Posts

Showing posts from 2010

Korea - Day 3 ( Nami Island, Namdaemun Market & Seoul Tower)

Image
Nampaknya apa yang telah dimulakan, kena habiskan jugak. Sebenarnya entry nih bertujuan untuk bagi sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana.  Melalui nama tempat, waktu operasi, pilihan kedai dan pengalaman saya mungkin orang lain boleh merancang perjalanan mereka lebih baik lagi dan menjimatkan masa.  Ini kerana itulah yang saya dapat melalui blog-blog lain yang saya baca terutama blog ita , terima kasih banyak-banyak. So hari ketiga, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul di eki(station keretapi) untuk ke Nami Island.  Nami Island ni kiranya di luar daripada Seoul, iaitu kira-kira 63km dan ke bahagian selatan, turun naik train adalah jugak dlm 2 jam perjalanan hingga ke station terakhir di Nami Island.  Di sini, snow dah kelihatan sikit-sikit dan sejuknya memang hingga ke tulang hitam.  Sampai sahaja ke station terakhir, kami menaik teksi dengan tambang 2600won untuk ke jeti.  Tambang feri adalah 8000won untuk dewasa dan 4000won untuk kanak-kanak dan perjalanannya cuma me

Korea - Day 2 ( Dongdaemun Market, Lotte World, Flea Market)

Image
Kami meneruskan misi berjalan-jalan pada hari kedua selepas bersarapan pagi.  Kali ini kami terpaksa mengenakan baju yang sedikit tebal beserta gloove dan mafla memandangkan suhu yang semakin sejuk.  Kami memilih untuk menggunakan train kerana cepat, mudah dan murah.  Memang tambang untuk pengangkutan awam di sini sangat murah.  Destinasi pertama ialah Dongdaemun market yang terkenal dengan pelbagai jenis fabrik seperti sutera, quilt dan cotton.  Selain itu di pasar ini juga terdapat kedai menjual pakaian, kasut, wedding products dan barangan kulit yang beroperasi dari jam 10.30am hingga 5.00am keesokan harinya, di samping terdapat juga kedai yang dibuka 24 jam. di hadapan great east gate(Dongdaemun) di pintu masuk Dongdaemun market pemandangan dalam kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik Selepas berwindow shopping, kami terus ke destinasi utama pada hari ini iaitu Lotte World.  Lotte World adalah theme park yang terbesar dan terkenal di sini selain Everland,(lebih kurang macam disn

Korea - Day 1 ( sight seeing,Samcheonggak,central seoul,duty free shop & Itaewon Street)

Image
Di sebalik segala kebimbangan akan kemungkinan untuk diserang lagi, kami akhirnya selamat sampai di Korea pada 22 Disember lepas.  Sebenarnya perancangan untuk bercuti ke korea memang sudah lama dibuat memandangkan ianya dekat dengan Jepun selain sengaja ingin mencuba angin di negara lain dan sebab utamanya mestilah kerana mata wangnya yang lebih rendah berbanding yen.  Cuaca yang baik dengan matahari yang bersinar terang, kami masih boleh bertahan dengan kesejukannya walaupun suhu sudah di bawah paras negatif ketika itu walaupun tiada snow. Untuk hari pertama kami terikat dengan aktiviti bersama travel agent, dan sebaik tiba di Itaewon Airport kami terus di bawa ke restoren makanan Korea yang berdekatan dengan menaiki van.  Menikmati makanan terkenal Korea, bimbimbap untuk kali pertama agak tidak mengecewakan.  Yang pasti makanan korea lebih pedas berbanding makanan jepun. Itaewon Airport Bimbimbap(seafood version) Selesai menjamu selera dan bersolat, kami meneruskan perjalanan k

Seikatsu Happyoukai 2010

Image
Menjelang akhir tahun, seperti biasa kebanyakan hoikuen (kindergarten) di sini akan mengadakan persembahan akhir tahun.  Seperti yang dijangka sungguh memukau dan menghiburkan, biasalah budak-budak kecik perform kan.   ari and tanpopo san Dada dan bara san Untuk tengok video sila click link di bawah.  http://www.youtube.com/watch?v=RQVud3WCGR8&feature=BF&list=ULU1M6l1QLSAY&index=12

lelaki

Image
Sungguh sepanjang hidup bersama, saya masih lagi blom atau dapat memahami lelaki atau lebih tepat lagi suami sepenuhnya.  Karekter yang sungguh berbeza antara kami ini mungkin jgak satu sebab kenapa keserasian itu dapat dicipta dan menjadikan perhubungan ini menjadi menarik disebabkan banyak 'ceritanya'. Lelaki biasanya suka memendam sesuatu, bercakap bila perlu dan tidak suka dibebel.  Berbanding saya yang suka bercakap, sebaik melihat kelibat dia jek terus mulut saya mula bercerita: apa yang saya tahu, saya dengar, saya lihat, saya rasa, saya pikir, saya baca dan yang saya mahu sepanjang seharian saya duduk di rumah saya luahkan sejurus dia tiba di muka pintu.  Kadang-kadang respon dia tidak seperti yang diharapkan. sy bercerita punyalah panjang, punyalah excited dan dia cuma menjawap "iya?" jek.  Kadang-kadang saya protes dan buat perang dingin tak nak bercakap berhari-hari,  dia kata sunyi rumah kalu saya tak cakap dan saya pulak rasa mendidih jek sbb terpaksa men

ani, angkat yuki.............

Image
jemuran dah turunnnnnnnn.....dan semalam yuki(snow) pon turun lah. Sehari suntuk snow rain tanpa henti..dan pagi nih dah tebal menggunung.  Pagi-pagi tadi dah start lah episod menyodok yuki. nih gambo yuki yang baru 2 jam turun dari apartment kami. Dah 2 tahun syik main sori(tarik upih) jek, thn nih ingat nak naik pangkat sket nak try main ski. Insyallah, nak enjoy this snow time sepuas-puasnya, sebelum nanti rindu-rinduan! gambar masa mula2 dtg dulu, first time merasa pegang yuki.

snippet

Image
a friend of mine had just went for her first viva last week.  i saw her: a huge smile, shining eyes and a full satisfaction emitted in her face. All the hard work had been paying off. me? yes..i'm happy for her. "Rezeki masing-masing" and i really damn sure that my presence here was  because of him, to accompany, to simplify, to support, to be by his side, and to anythings..but this strange, annoy and naughty sounds sometimes keep coming and bothering me, to make me myself uncertain with my own decision. i have kids around me to see they laugh and grow, having time to spend in whatever i like, and i should be thankful of that. enough is enough! lalalalala.....    some refreshment, takoyaki the making. i finally find out how to turn them into circle form instead of hemisfera. that's long enough time taken heh! 

plagiat

Image
Saya rajin jugak buat blog hopping ke blog-blog masakan sekadar nak jamu mata atau mencari idea untuk menu memasak kalau buntu tahap gaban pada hari itu.  Pada minggu lepas kalau x silap,  dalam beberapa blog yang saya singgah, ada menyiarkan entry marah atau x puas hati disebabkan ada orang yang tak bertanggungjawab mencuri/menggunakan gambar2 masakan mereka dalam blog peribadi tanpa memberi kredit atau menyatakan sumber asal gambar-gambar tersebut. Daripada apa yang saya baca, tuan punya gambar/resepi memang marah dan sedih kerana hasil kerja mereka diambil sesuka hati dan tanpa izin.  Saya cuba ke blog yang dimaksudkan, dan memang benarlah seperti yang mereka dakwa itu berlaku.  Tetapi selang beberapa hari, blog terbabit telah di'private'kan, bukan untuk tatapan umum lagi. teringat peristiwa 13 thn dulu iaitu semasa saya di tahun 1,  saya ader menghantar sebuah sajak yang terkenal(kalau x silap) ke unit majalah untuk keluaran bulanan majalah kolej saya ketika itu.  Meman

Dah tua!

Image
Biasanya kalau orang berchatting tak kiralah di ym or facebook, bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar dan perkataan2 nya jugak disingkatkan/dipendekkan seperti shat, umah, slm, blk, nnti, kija dan kalu demi menjimatkan masa.  Untuk orang2 yg seperti saya, bahasa chatting ini sudah well known dan digunakan for almost 10years back, tambahan pula singkatan yang digunakan memang mudah difaham kerana menyerupaikan perkataan asal. tetapi lately, saya mengalami kesukaran yang bukan sedikit untuk memahami maksud ayat/perkataan yang selalunya digunakan oleh golongan remaja di fb. cuba lihat contoh ayat di bawah, ~ Cke aty ur.. ~maken lame maken cekci ea qow..!! hahaxx.. ~anyway santex arr qow ckanx.. hehe^^ ~Da owg puji..xkan nk cdey kowt? ~npe sdp nek bas skt blkng dulu, pernah saya melihat satu filem melayu di mana dalam satu scene chattingnya, pelakonnya yg kaki chatting menggunakan bahasa standard dan menaipnya dengan perkataan yang penuh.  Komen saya, cerita itu tidak real

ushikunuma

Image
ushikunuma by shigamichi note: paling lama, paling susah, paling tak puas hati!

nilai

Image
masjid Kobe disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk, waktu siang sekarang menjadi semakin pendek. dan waktu sembahyang pon semakin cepat.  jadinya, semasa kelas drawing saya akan meminta izin sensei utk solat asar sebentar kerana tidak sempat apabila blk nanti.  saya solat di ruang sebelah yang hanya dipisahkan dengan tirai daripada kelas drawing.  pada kali pertama, sensei siap bukakan lampu dan  bertanya samada saya perlukan heater.  dan begitulah rutin setiap minggu sehinggalah pada suatu hari saya uzur, sensei yang pelik bertanya kenapa saya tidak sembahyang..apabila saya menjawab saya "cuti", dia pon membalas "aaa...mai nichi janai ka?" ....(oo bukan setiap hari ker?) dan saya hanya tersenyum sumbing.. Islam dan jepun sebenarnya masih baru kerana dikatakan muslim pertama di Jepun ialah pada 1891, nihonjin pertama pergi haji ialah pada tahun 1909 dan masjid kobe adalah masjid pertama di Jepun, dibina sekitar 1934.  Ertinya Islam di Jepun hanya sekitar 1

akhirnya...

Image
akhirnya selepas menunggu lama dan melalui pelbagai susah payah, cheesecake ku muncul jua.....  Bukan sedikit orang yang terlibat dengan projek cheesecake saya nih, special thanks antaranya kepada asmara, kamalia, aishah, zeha n lia.  Jasamu kukenang jua, dan sebenarnya nih ant kebaikan berkawan ngan food blogger nih, sbb bnyk tips n idea diorng bagi.  Selain masa yg panjang diperuntukkan (setahun rasanyer) untuk menjiwai resepi dan bahan2 lain, kepayahan mencari gelatin halal sehinggalah kepada pencarian loyang springform membuatkan entry ini wajib dipostkan. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan...memang tepat 100% perumpamaan nih utk menggambarkan projek cheesecake sy nih.  tetapi ader beberapa kesilapan teknikal yang boleh diperbaiki utk next try antaranya: 1. kalu nk buat time sejuk2 nih, gelatin dilarutkan paling akhir iaitu selepas semua bhn siap dipukul.  rasanya, proses melarutkan gelatin nih paling mencabar, sbb lps tuang jek air panas kejap jek dia dah beku. mahu

Salam Aidiladha

Image
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)  "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."( diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim) 

autumn

Image
bila sampai musim luruh, sana sini orang sibuk nak tengok daun merah atau kouyou.  kami pun sempat la jugak jenjalan tengok kouyou kat area sni.  Apapun, autumn memang cantik dan mendamaikan.  Kami menyelusuri tasik yang luas dengan bot untuk menikmati pemandangan daun-daun yang sudah bertukar warna kekuningan dan kemerahan sambil merasai kesejukan yang bukan sedikit.  Nih antara gambar favorite saya, dirakamkan sendiri oleh cameraman yang tak berteknik walaupun kamera rasanya dah canggih!

otanjoubi omedetou dada chan!

Image

Sejarah

Image
keratan akhabar utusan malaysia, 29/10/2010 Ini adalah hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap sekumpulan warga Malaysia tentang pengetahuan sejarah mereka.  Kesimpulan yang dibuat ialah orang muda buta sejarah!  Ekoran daripada itu, kerajaan bertindak untuk mengkaji semula subjek sejarah dan bakal memperkenalkan subjek tersebut di peringkat sekolah rendah. Kenapa sejarah? penting sangat ker subjek ini sampai riuh rendah satu kampung memperkatakannya.  * Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat  atau yang dilakukan oleh kita seharian.  Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain.  Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan ke arah mana kita akan pergi.  Mungkin kita percaya kita sedang maju ke hadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang. Memang, dalam kehidupan sehari-hari kita tidak langsung menggunakan fakta-f

pizza melayu

Image
saya tahu ramai yang terror buat pizza, dan saya bukanlah selalu sangat pun buat pizza.  Kalau buat pun, kadang jadik n sedap, kadang x berapa jadik.  Disebabkan saya tiada breadmaker, saya memang lah mengharapkan keajaiban agar dough pizza tuh menggebu.  dan disebabkan itulah saya terpikir untuk share resepi berikut di sini setelah percubaan saya berjaya, doughnya menggebu bukan sekali ganda tapi 3x ganda! Bahan: Topping: 1 ekor sotong (dipotong dadu) 1 keping dada ayam(potong dadu) 2 biji capsicum(potong dadu) 3 biji bwg putih(cincang) garam dan lada sulah secukup rasa Sos: Tomato cincang dalam tin sos cili lada sulah oregano basil Doh pizza: 140ml susu segar 2sb butter 2sb gula 450g tepung gandum 1 biji telor 2 biji kentang(rebus) secubit garam 1/2 paket(6g) mauripan(yis kering) Cara: Topping: 1. Panaskan minyak, tumis bwg putih sampai naik bau 2. Masukkan sotong dan ayam, masak sampai kering air 3. Perasakan, masukkan capsicum biar sekejap n tutup api