lelaki

Sungguh sepanjang hidup bersama, saya masih lagi blom atau dapat memahami lelaki atau lebih tepat lagi suami sepenuhnya.  Karekter yang sungguh berbeza antara kami ini mungkin jgak satu sebab kenapa keserasian itu dapat dicipta dan menjadikan perhubungan ini menjadi menarik disebabkan banyak 'ceritanya'. Lelaki biasanya suka memendam sesuatu, bercakap bila perlu dan tidak suka dibebel.  Berbanding saya yang suka bercakap, sebaik melihat kelibat dia jek terus mulut saya mula bercerita: apa yang saya tahu, saya dengar, saya lihat, saya rasa, saya pikir, saya baca dan yang saya mahu sepanjang seharian saya duduk di rumah saya luahkan sejurus dia tiba di muka pintu.  Kadang-kadang respon dia tidak seperti yang diharapkan. sy bercerita punyalah panjang, punyalah excited dan dia cuma menjawap "iya?" jek.  Kadang-kadang saya protes dan buat perang dingin tak nak bercakap berhari-hari,  dia kata sunyi rumah kalu saya tak cakap dan saya pulak rasa mendidih jek sbb terpaksa menahan diri drpd berckp banyak.

Dulu semasa dada kecik, saya selalu bising bila dia menapak sehingga berdetap detup bunyi tapak kaki dan tutup tingkap dengan kuat. Sekali tuh, saya terpaksa berkursus selama seminggu dan bila balik jek umah komen si dia, dia rasa rindu dan janggal bila dia jalan kuat2 tak de sapa yang bising, bila dia tutup tingkap tak de sapa yang marah!

Saya paling benci bila saya terpaksa menjadi orang terakhir yang tahu sesuatu benda, dan menjadi lebih menyinga bila saya tahu benda tuh daripada orang lain.  Contohnya,
#1. Cik A: mlm nih smayang terawih buat kat umah kak ayu kan? org perempuan join skali ker?
     Saya: Oh, buat kat umh akk ker? ntah la, akk pon baru tahu nih...
Sebab2 marah: yang pertama, buat kat umah sendiri tapi saya sendiri tak tahu. yang ke2, malam ni maksudnya hari nih dan saya hanya tahu benda nih last minute. yang ke 3, saya tahu daripada orang lain dan yang ke4, saya kelihatan bodoh sbb tak tahu apa2.
    
#2. Si Dia  : Esok kita nak bawak apa?
     Saya   : bwk apa? nak pegi mana?
     Si Dia  : oh, syg tatau lagi ek? esok kita nak pegi tengok bunga tahi ayam kat taman echigo,         kena bwk pot luck sorang sket.
Sebab2 marah: yang pertama, bagitau last minute, esok nak pgi, mlm nih baru bagitau. potluck apa yang bole dibuat/dipikir dlm ms yg x sampai 24 jam tuh? sebab ke2, kena perah otak nak bwk apa, nk buat apa yg sesuai dgn brg2 yg limited yg ader kat umh ms tuh.  Tapikan, i bwk jgk tau pot luck esoknyer w/pun mlm tuh membebel tak benti :P.

Tapi masalah yg nih seem to be settled by now since dia dh start nak bitau suma benda kat saya sejak episod2 berdarah yang lepas.  Tapi kdg2 jek, selebihnya saya tahu sendiri dengan membaca sms kat handset dia or bukak sendiri email dia.  So, lps tuh kalau ader kemusykilan nak tanya, sy akan tanya dia.  Senang kan?

Membebel dan wanita memang tak dapat dipisahkan.  Pada saya membebel adalah satu terapi untuk wanita menyegarkan diri dan tidak stress.
Contoh #1, sebaik mendengar sesi bebelan bermula, si dia dan ank2 kelam kabut mengemas umah yang bersepah.
Contoh#2:
Saya: Lepas mandikan anak, sapukan losyen kat badan dia, pakaikan baju yg sy dh sediakan tuh, pastuh jgn lupa ikatkan rambut dia, pakaikan bedak..sejuk2 nih, jgn lupa pakaikan setokin, sy lupa nak amik, ader dlm kotak kat rak atas tuh, sy lupa nk ambik td. Kalu dia lapar, bagi dia mkn tau..sy dh siapkan kat dapur tuh...
Si Dia: ok..ok..
Saya: Jgn lupa pakaikan setokin tau...ader kat.....
Si Dia: Ehhhh syg nih, tahulah saya..pesan bnyk2 mcm la saya bdk2..

Dan bila saya blk jer, keadaan umah memang mcm kapal karam tapi ari chan tak pakai setokin.  Jawab Si Dia "Saya tak jupa setokin, syg rajin sgt kemas sampai sy nak crk pon x jupa!".EERRKKK!!!

Sebenarnya dalam sesebuah relationship, kita tak bole selalu menerima. Lebih banyak memberi adalah lebih baik dan pada saya kedua2 nya perlu bertolak ansur kerana setiap org ader kelebihan dan kekurangan masing-masing.  Suami adalah pelengkap isteri dan begitulah vice versa.  Perkahwinan memang satu perjudian, kerana kita tidak dapat meramal masa hadapan.  Yang boleh kita buat ialah berdoa untuk perkara yang baik-baik sahaja.  Pengalaman merasai sendiri derita saudara terdekat didera suami memang begitu menakut dan menginsafkan.  Oleh itu, saya selalu mengingatkan diri untuk bersyukur, kerana saya sangat pasti walaupun si dia ader kekurangan sekurang-kurangnya dalam perkara-perkara tertentu yang lain dia lebih baik dari orang lain.  

Saudara emak sy yang kematian suami ketika usia perkahwinannya masih muda pernah meluahkan, sepanjang 4 tahun berkahwin rasa-rasanya 2 thn telah dihabiskan dengan merajuk dan bergaduh.  Dan kalaulah dia tahu semua ini akan berlaku, dia seboleh mungkin akan mengelak daripada bergaduh.  Sekali lagi, kita cuma manusia yang tak boleh meramal masa depan kan?

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain "terimalah lelaki sebagai sediakala".  Terimalah dia sebagai lelaki.  Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki.  Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain. yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Agak-agaknya benarkah seperti yang dinyatakan dalam pernyataan di atas? Wallahua'lam.
     


Comments

Ummu Aqil said…
Salam ayu....
Kite no komen pasal lelaki, dan mmg kadang tu wanita terutama isteri byk kena mengalah...
Ape2 pon happy Anniversary...1 bln ngan kite...
elmiahmyusup said…
setuju...! (kowt) hehe~
Idayu said…
aishah,
btol tuh, kena bnyk mengalah n bnyk sabo..asalkan dia masih di jln yg benar, itu dh kira 1000x syukur ha3x
happy anniversary 2 u 2!

emi,
setuju.......?? amboi3x
salam kak ayu.. setuju.. suka la baca.. hihih sebab hampir sama.. ahhahaha.. nanti rindu nak baca coretan akak ita kat msia internet tak de.. huhuhuhu.. happy holiday ke korea ye btw.. happy anniversary..
senyum sorg2 saya. agknya kan kalau suami saya baca mesti dia kata, "tengok, bukan b sorg je ada mas dlm mulut" hehehe...kdg2 sy perasan juga bila dia tercakap byk n agknya dia tiba2 tersedar dia dah terckp byk tu..dia boleh terus brenti mgejut! aikk? sabo je le kan kak.
Idayu said…
ita,
setuju jgk ker? aduhaiii..takpe2 blk nnti bole crk previous entry kat arkib :D
tenkiu..tenkiu..doakan sumanya selamat.
awak pun enjoy mkn la kat mesia nnti!

tq..

piah,
kalu btol ader emas, tak pe jgk kan? ha3x..
hubby akk bnyk ckp actually, tp dia x suka nk kecoh2 bnda yg dia rs x penting.pd hal penting jek benda tuh..
nmpaknya kebanyakan kita seropa.:D
wie said…
ayu...kita serupa....hahaha
happy anniversary....
Idayu said…
wie,
isk3..
tenkiu..tenkiu..
wie blk mesia bila ek?

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing