Wednesday, 18 November 2009

mazhab

semenjak dua menjak nih, terasa malas sgt nk baca surat khabar. mentang2 la bercuti, rasa mcm nk bercuti drp mengetahui semua benda yg menyerabutkan kepala. tapi si dia rajin membaca, mendengar, bercerita, menerang dan ajak berbincang. sengaja menimbulkan masalah, memancing otakku yg semakin berkarat nih utk sama2 berfikir dan mencari sesuatu penyelesaian atau kesesuaian?

berita penahanan seorang alim ulama terkenal yg pada mulanya ditahan tanpa pertuduhan, benar2 memalukan. yag ditahan orang islam, yg menahan pon orang islam, kedua2 pihak sangat arif dan ahli tentang agama islam. sebab2 tersirat yg membawa kepada penahanan itu, rasanya pon semua org dah tahu. bukan setakat kita yang tak berapa arif tentang agama nih pelik,bahkan org2 bukan islam termasuk kafir pon bergelak ketawa melihat insiden ini.

perselisihan pendapat dalam agama memang ada, tetapi yang kita tak faham kenapa sampai berlaku pertelingkahan begini? kebenaran memang pahit, tetapi harus dinyatakan. bukankah bermesyuarah lebih baik? mazhab itu berbeza kerana setiap satunya wujud mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan pada waktu itu. bukankah islam itu mudah dan indah?

kalu kita di malaysia, di mana keadaannya sangat mudah, tiada darurat dan kemudahan ada di mana2, perkara ini tidak menjadi 'besar'.

tetapi kalu kita di tempat lain, di negara bukan islam misalnya di mana keadaan cuacanya sejuk melampau, susah mencari masjid atau tiada langsung, pilihan makanan halalnya sedikit, anjing berkeliaran di merata-rata tempat, maka perkara ini menjadi sesuatu yang 'besar'.

kadang2, kalau terlalu darurat kami pon melakukan *ibadah sekadar yg termampu kerana kami amat pasti yang Allah itu maha mengetahui, maha penyayang lagi maha pengampun..

*ibadah= perkara2 yg dilakukan kerana Allah
p/s: saya cuma bersekolah agama pondok shj.


Tuesday, 17 November 2009

gigi


since i have lots of free time now, thinking of something which i couldn't or can't do before. one of them is gigi treatment. rasa2nya before came here adalah dlm sekali dua pgi gigi treatment kat klinik swasta, itupon percuma sebab klinik panel hubby. betapa kita(sayalah tuh) mengabaikan salah satu tanggungjwb terhadap anggota tubuh badan yang satu nih..

actually,the main reason pgi dentist sebab mmg nak buat treatment, as my fren said the treatment mmg sgt2 bagus. other reason is, mmg ader gigi geraham yg berlubang.so before worse come to worst better pgi check n fix mana2 yg patut. this coming friday will be my seventh appointment, and i really feel the satisfaction of my teeth condition.

kalu kat msia, kita pgi dentist then ckp part mna yg sakit or service apa yg kita nak cthnya scaling ke. then dentist tuh pon akan buat something kat bhgian yg sakit tuh,whether cabut or tampal. and kalu kita mmg nk buat scaling, dentist akan scaling shj gigi patient. it really depends on the patient needs.(sila betulkan jika sy salah)

but here, once kita dh pgi dentist, dia akan buat treatment untuk keseluruhannya sekali. segala apa yg rosak, perlu diperbaiki akan diperbaiki. everything tentang gigi kita, dia akan buat bagi elok. they do the treatment part by part, a little at time,very gentle, and for my geraham yang rosak tuh aje, it took 3 times appointment to settled. that why la, my appointment going to be seventh :D.

one of the reason, why they set the appointment continuously is may be because of the fee.for one time visit,the fee is less than 2000 yen which is much much affordable for every one.the whole bunch treatment at one time may cause the fee higher and the longer time consume too. and the hidden target is that they will have a number of permanent patient at least for about 3 months!(business strategy)

Japanese people are very conscious of their teeth cleanliness, (or may be because most of them are heavy smoker?) and to my surprise, old folks also intend to visit the dentist very often. warga tua nih sangat2 berdisiplin utk dtg memenuhi appointment, w/pon ada yg sudah bongkok tiga. yang kelakarnya yang bergigi palsu pon dtg .agak2nya apa treatment yg sesuai utk pemakai gigi2 palsu nih kan?

kalu inilah senarionya, tak salah kalu anak2 kita bercita-cita nak jadik dentist. janganlah jadi mcm klinik gigi tuttt di parit r_ _a yang bila saya tengok mcm hidup segan mati tak mahu. bila saya semakin gembira dengan gigi saya, cik abang sayang (banker bank negara)pulak mula bising bila tretment gigi nak habis nih? sebab poket dia sudah semakin kering!!

Sunday, 15 November 2009

otanjoubi kai

during her birthday party celebration(otanjoubi kai) at school, dada was asked about her ambition. here is some part of the interview.
sensei: otanjoubi omedetou....
dada chan: arigatou..
watashi no namae wa nurkhaleeda binti sofian desu.
kondo go sai ni narimashita.
ookiiku nattara, kekiya san ni naritai desu.
watashi no otanjoubi wa juu ichi gatsu yoka desu.

(malay version)
sensei: tahniah
dada chan: terima kasih
nama saya nurkhaleeda binti sofian
umur saya 5 tahun
apabila besar nanti, saya mahu menjadi ...............
hari lahir saya ialah pada 8 november

nak tahu tak apa cita-cita dada? surprise.....!!!kekiya san ataupun taukeh kedai kek! tanya dia, kenapa ckp nk jdk kekiya san? dia kata, kwn2 dia ramai yg nk jdk kekiya san. so, dia pon ikut jer la....
kalu kita tnya budak2 kecik kat msia, apa cita2 diorng..jawapan standard ialah doktor,lawyer,askar,cikgu or any other professional jobs.

but nihonjin kids nih, most of them cita2nya ialah nak jadik kekiya san, ohanaya san(taukeh kedai bunga), sakanaya san(taukeh ikan) dan pemain yakyuu yg hebat( baseball player) . and the famous answer from the younger kids(probably 1,2 or 3 years) ialah nk jdk anpanman n kamen rider.

sangat2 berbeza kan??
IMG_6226
interview session
IMG_6278
show time!
IMG_6198
dada with frens

Sunday, 8 November 2009

Happy Fifth Birthday my dear,Nurkhaleeda!

otanjoubidada
otanjoubidada

Al-fatihah

Al-fatihah dihadiahkan kepada pak long Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 November 2009. semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yang beriman dan diredhaiNya. amin....al-fatihah.

Wednesday, 4 November 2009

Al-fatihah

al-fatihah utk arwah pak long, Shahrodin bin Hj Kassim yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 november 2009. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang mukmin yang diredhaiNya. salam takziah utk kak naniz sekeluarga , semoga tabah n kuat menghadapinya dan meneruskan kehidupan. Al-fatihah..........

Sunday, 1 November 2009

a year passed


IMG_5941

when we reached here, it was autumn. and now the autumn turn up again, which is means it has been a year since our first came. the time flies quicker than i ever expected. a year that full of patience, love, endurance and longing. the fresh and chilly air, really make the day peaceful. and i will be here, waiting for another 2 series autumn to come, patiently.
for more pictures, click here

Thursday, 29 October 2009

sakuhin

sakuhin @ hasil kerja yang fareeha dan khaleeda buat kat sekolah memang banyak dan comel2 belaka. last two week ada open school kat sekolah(sakuhinten), semua sakuhin bdk2 nih dipamerkan kepada parents yang datang. cuba tengok sakuhin terbaru daripada Ari chan nih
PA300111
comel kan? mari kita close up picture ni n tengok part mana yang ari chan contribute sebenarnya...

PA300112
haaa nampak x kat bahagian muka tuh? contengan yang ala2 leonardo da vinci tuh la sebenarnya hasil kerja ari chan
PA300113
dan juga cap mohor kaki-kaki yang comel nih memang milik mutlak dia! Sebenarnya cikgu2 kat sini memang sangat2 rajin. kebanyakan sakuhin yang dibuat memang rumit,kreatif dan besar2 saiznya..untuk kelas fareeha, sudah tentulah 99.99% sakuhinnya dibuat oleh cikgu, fareeha cuma menyumbang 0.01% jer(sampai ker??). sebenarnya banyak lagi sakuhin dada n ari kat umah nih, tapi simpan dalam kotak jer sebab x muat! below antara sakuhin ari chan.sakuhin1
from left: full view, close up view

sakuhin5
yang nih birthday card ari chan daripada cikgu.from left: front view, back view

sakuhin4
yang ala-ala tulisan tamil tuh ialah tulisan dada dalam katakana n hiragana...kawaii!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
yang nih pulak sakuhin dada chan

PA300118
sakuhin2
from top: full view,left part view,right part view

sakuhin3
from left: full view, close up flower,leaves

sakuhin6
hajat di hati nak bawak balik suma nih, and nak display kat umah sendiri nanti.agak2nya by the time nak balik nnti, tercapai ker hajat tuh or sakuhin yang berlambak nih masuk tong sampah jer??

Tuesday, 20 October 2009

budou gari

last weekend pgi jalan2 ke ladang anggur(budou gari)....
IMG_5656
IMG_5676IMG_5711IMG_5680IMG_5705IMG_5664_009
_075
menjamu selera dengan nasi beryani n roti naan di kedai pakistan.

Monday, 5 October 2009

Wanita oh wanita

Sepanjang minggu lepas, fareeha tak berapa sihat. jadi 3,4 malam tidurnya tidak lena, menangis, merengek dan gelisah. jadi, sepanjang masa tuh jugaklah tidur saya terganggu. bila bangun jer pagi rasa pening, nak pitam dan sakit2 badan. maklumlah orang tak cukup tidur. sakit2 badan pulak sebab tidur mengereng menyusukan dia. kadang2 bila dh penat sangat mengadu(merungut??) dgn hubby, mntk tlg picit2kan badan. dan semalam baru ada masa baca email yang dah bersarang dan berkulat dalam inbox tuh. bila sampai satu email tuh, terkedu dan bergenang air mata bila membaca.....

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Ya Allah, betapa dhaifnya hambamu ini. bukan tak tahu, tapi kekadang kita lupa dan leka. bila kebaikan itu diperincikan sedemikian rupa, terasa betapa kecil dan hinanya diri ini. memang tidur saya terganggu, memang saya berjaga melega dan menenangkan dia, memang saya menyusukan dia sepanjang ketidakselesaan itu..tetapi sejauh mana mamamu ini redha dan ikhlas melakukannya, saya sendiri tidak tahu. agak2nya apa lah yang saya dapat sepanjang minggu itu melainkan penat dan ngantuk yang pastinya??

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

saya mengandungkan khaleeda ketika berumur 26 tahun. truly speaking saya tak de apa2 knowledge pasal susu ibu or breastfeeding. selepas disahkan mengandung, bulan ke3 mula buat monthly check up di hospital. dan sejak itulah saya didedahkan oleh nurse2 dan bidan2 hospital tentang kebaikan susu ibu. setiap kali check up, bidan2 tuh akan explain satu persatu, everything pasal breastfeeding dan selama 9 bulan tuh tertanam lah tekad yang bulat di hati ini untuk breastfeed baby sendiri walau apa pun yang berlaku.

selepas khaleeda lahir bermulalah episod breastfeeding ini. Alhamdulillah, tuhan permudahkan dan air susu pun banyak. bila mula bekerja, khaleeda akan minum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk. saya menyusukan dia sehingga umurnya 3 tahun lebih, itupun berhenti sebab mengandungkan fareeha.

daripada segi fizikal dan spiritual, saya dapat pastikan memang dia anak yang sihat, antibodi memang kuat jadi susah nak demam atau terkena penyakit. dia juga anak yang cerdas, aktif dan mudah menerima sesuatu. hubungannya dengan saya memang intim, susah untuk berpisah walau sekejap, kedua-duanya gembeng! saya juga kembali kurus selepas bersalin dengan hanya menyusukan dia secara istiqomah.

tetapi daripada segi ibadah, sekali lagi saya tak pasti. apakah pengorbanan atau penat lelah saya selama 3 tahun itu boleh dikira sebagai ibadah selepas apa yang saya lakukan. walau pun semuanya dengan kehendak sendiri, saya kerap merungut bila badan sakit2 dan lenguh2 kerana tidur mengereng, pernah menangis dan mencubitnya bila dia sudah pandai mengigit(sakitnya tuhan saja yang tahu!), membebel bila baju2 sayu renyok seribu selepas menyusukan dia.

dan kesedaran ini terdetik sekali lagi apabila terbaca email yang sama....

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Duhai hati redha dan ikhlaslah...sesungguhnya pahala menanti setiap amalan yang baik itu.

Monday, 21 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


IMG_5424
DSC_0032
DSC_0028aDSC_0032a
IMG_5352

Sunday, 13 September 2009

jodoh terpanjang


BEATRICE dan  Walter, kedua-duanya berusia 100 tahun.

LONDON: Jika hendak berbicara mengenai perhubungan, Walter dan Beatrice Postings pasti mengetahui satu atau dua perkara.
Mereka yang bercinta sejak muda sudah berkahwin selama 80 tahun, sekali gus menjadi pasangan Britain paling lama hidup sebagai suami isteri.
Kini, dengan kedua-duanya berusia 100 tahun, rumah tangga yang mereka dirikan telah melalui dua perang dunia, pemerintahan lima raja dan 19 perdana menteri.
Kakitangan sebuah rumah penjagaan orang tua sering melihat pasangan romantik itu berpegang tangan.
Pasangan itu tidak segan untuk mengaku mereka berbuat demikian setiap hari.
Ketika menjelaskan bagaimana hubungan mereka dapat bertahan begitu lama, Beatrice berkata: “Saya hanya mencintainya. Itu saja.”
Walter yang mesra dengan panggilan Wally pula berkata: “Semuanya berlaku kerana sikap tolak ansur.”
Pasangan yang berasal dari Burnham-on-Sea, Somerset, berkenalan di satu majlis ketika berusia 18 tahun.
Anehnya, Beatrice jatuh hati pada Wally kerana dia sering menarik rambutnya. Mereka berkahwin pada 1929.
Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga anak, empat cucu, lapan cicit dan dua piut.
Pasangan itu menjalankan perniagaan barang antik pada 1951 sehingga bersara pada 1975.Mereka dinobatkan sebagai pasangan paling lama berkahwin selepas kematian Frank Milford dari Plymouth minggu lalu, yang hidup bersama isterinya, Anita, selama 81 tahun. - Agensi

Bila baca artikel nih, rasa sejuk jer hati...bestnya couple nih, relationship diorng last forever. Lagi satu petua berguna, selalu bertengkar pun dapat mengeratkan perhubungan. sebab melalui pertengkaranlah kita memahami kehendak masing-masing. tapi dengan syarat pertengkaran itu mesti diakhiri dengan perdamaian segera iaitu sesapa yang buat salah kena mintak maaf dulu.

Selalu berangan-angan kalau dah tua nanti kalau diizinkan Allah nak habiskan masa bersama-sama hubby,buat gardening sikit-sikit, pegi masjid naik harley davidson (jaguh pon bole),ngeteh malam-malam kat kedai mamak sambil tunggu anak cucu balik time weekend or holidays.

agak-agaknya by that time nak tak hubby:
  • berjalan berpegangan tangan macam muda-muda dulu
  • makan bersama kat McDonalds sambil bercerita kisah-kisah manis dulu
  • tengok wayang cerita romantik bersama
  • membonceng saya dengan basikal tua
  • berpeluk dan bercium di hadapan anak-anak
hehehe selalu berangan tak abis-abis, bak kata orang berangan tuh free, tak kena bayar. Kekadang kita kena tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak...apa salahnya kan??

Monday, 7 September 2009

Alhamdulillah...


lately, there is so much reasons that make me feel so happy n bersyukur...amongs them are:

  • we're doing well with the new life here, new friends, with all new
  • the kids are having their fun time very much at school
  • i manage to complete the japanese intensive course finally!!.....
  • we're able to get the japan driving licences after a very hard tries...
  • our family yang baik2 n sihat2 sumanya in msia..
  • moving to our new house at Danchi after hari raya, insyAllah (which is much much more comfortable and cheaper definitly)
  • hubby is doing fine with his studies, (in his high motivated mode)
with all that reasons stated above, there is nothing else than say syukur to Allah, Alhamdulillah..

Friday, 28 August 2009

baju raya


tqvm kepada mak tok, atok ayah n ucu..
buat tapai guna ragi, tahun depan bole pos lagi!

Sunday, 23 August 2009

cabaran mama(updates)

salam ramadhan kepada semua. entry nih pasal dada n puasa. actually dada mmg dh dimotivasikan untuk berpuasa semenjak tahun lepas lg. jadi tahun ni kira tahun percubaan untuk dia mula berpuasa. bila tgk crita upin n ipin & diari ramadhan rafique tuh, mcm beria2 n confident jer dia nak berpuasa.

hari pertama puasa kebetulan sabtu, dia x sekolah. so mmg cantikla nak train dia puasa. mlm tuh masa kejut bangun sahur, dia tak mahu makan walaupon dipujuk berkali-kali,cuma minum air masak aje tapi still kata dia akan puasa esok. esoknya pukul 7.30pg dia dh bangun, lepas main2 ngan fareeha pkul 9.30 pg dia dh merengek lapar! bukan setakat merengek, kadang2 menangis kata dia lapar. so, nk bagi dia khayal n lupa pasal lapar tuh bagi la dia tgk crita rafique lagi...sepanjang tgk crita tuh dia ok, lagi2 bila sampai scene si maisarah perli2 rafique pasal x puasa bersemangat kejap la dia. bila tgk fareeha mkn plak mula lah berlinangan air mata mintak kesian. itulah critanya hari pertama dada berpuasa diselangselikan dgn menangis n merengek lapar hinggalah dia akhirnya berbuka pada pukul 11 pagi.

hari kedua pon tak sahur tapi dia mcm tough sket dr smalam. hari kedua we all bwk dia jalan2 kat tmn. kira berjaya jugakla bila dia leka main buai n basikal, lupa kejap psl makan. so hari kedua sampai pkul 12.30 tghari....hari ketiga kena pgi sekolah, n pagi2 tadi dh mkn nasi ngan fareeha.

masa saya dulu start puasa masa umur 5 tahun, entah macamana bole jadi begitu kuat semangat untuk menghabiskan puasa w/pon dh mula bersekolah tadika. masa di sekolah itu saya dan seorang dua kawan sahaja yg berpuasa, cikgu begitu supportive hingga membungkuskan mknan tengahari untuk dibawa pulang. bila ada anak sendiri, rasa macam nak dia ikut apa yg kita buat dulu. kalu mama boleh, mesti dada pon boleh. tapi iyalah, zaman dh berubah, mungkin dia kecik sangat lagi. kemampuan dan kebolehan seseorang pon berbeza-beza. bulan november nih, genap umur dia 5 tahun, rasanya sedang molek untuk dia mulakan. dia akan mengalami lagi situasi begini tahun dpn, dengan persekitaran sekolah yang memang tidak menggalakkan langsung untuk dia blaja berpuasa. kalu dia tak blaja sekarang, bila lagi? masa blk msia nanti InsyaAllah umurnya 8 tahun, takkan masa tuh baru terhegeh2 nak blaja puasa.

sesungguhnya memang berat cabaran ini, membesarkan anak di bumi asing yang memang pasti soal2 berkaitan agama dan aqidah terletak sepenuhnya di bahu ibu bapa. mungkinkah saya patut memikirkan alternatif lain? atau saya patut mulakan dengan weekend sahaja utk tahun ni? bersabarlah wahai mama, sesungguhnya barulah aku tahu susah senang mendidik dan membesarkan satu jiwa. Ya Allah permudahkan lah urusanku...ameen.

**alhamdulillah, skang dada dah berpuasa separuh hari. setakat 24 ramadhan nih, kira dah 17 hari la dia berpuasa. walau pon tak penuh, sekurang-kurangnya dia mencubakan? menangis n merengek lapar tetap maintain, tinggal mama jer kena pandai2 pujuk. caranya?? mulakan dari tengahari, iaitu pukul 11 pagi(weekends) dan 12.30(weekdays-sbb sekolah). so, dia dapat merasai kenikmatan dan kegembiraan waktu berbuka sekaligus merangsang dia untuk terus berpuasa. Omedetou anak mama!!