Posts

Showing posts from October, 2011

Farhan

Sejak mula mengajar, saya selalu dapat pelajar lelaki. maklumlah subjek teknikal, makanya lelakilah yang paling sesuai.  Semasa di kluang, satu-satunya sekolah yang saya dapat mengajar mengikut optian, saya mendapat sekumpulan pelajar yang betul-betul samseng.  Mereka ini langsung tidak diberikan harapan, perokok tegar sejak kecil sampai bibir dan jari birat, pelajar-pelajar bermasalah dan samada gagal/ atau mendapat keputusan tercorot dalam pmr. Pendek kata, kalu tengok muka memang sebijik muka orang pecah rumah lah. Bersama nurul, bukan sedikit ujian dan dugaan yang kami hadapi untuk mendidik mereka, sampai hati sendiri kena jadik keras mcm tembok batu. Dan semalam, seseorang menegur saya di facebook. Mohd Farhan: salam cikgu  saya:----  Mohd Farhan: sihat..ckgu igt sy ag x?  saya:--- Mohd Farhan: btl2  hihi geng degil  ckgu kt oversea ag ke?  saya: mcmna interview polis? (dia pernah minta sy doakan ms nk pgi intvw)  Mohd Farhan: da kje da pn ckgu  sy kne kt penang   s