Posts

Showing posts from September, 2010

myoko

Image
lately suka sangat nak lukis gunung ganang.  kat sini gunung ganangnya sangat cantik, lebih-lebih lagi kalau ader snow kat atasnya. myoko, salah satu antara 20 bandar dalam Niigata Prefecture. gambar asal daripada calender. Semalam sensei ada cakap, dia nak mintak lukisan nih sebab nak framekan dan letak kat tepi tangga kelas lukisan tuh.  dengan senyum yang terpaksa saya menjawab ok, walaupun dalam hati menjerit tidak!...tidak!....

karat

Image
pertapaan yang begitu lama, membuatkan otakku semakin berkarat. pemikiran juga semakin tidak  fokus selain terasa di awang-awangan. betapa teruknya saya menggambarkan keadaan diri dan minda ketika ini.  selalu lupa dan tidak peka kepada isu di sekeliling.  ibarat katak di bawah tempurung teknologi berubah setiap hari, malah mungkin setiap minit dan saat.  maka boleh tak kalau saya katakan ilmu agama juga perlu sentiasa digali dan dipelajari setiap masa.  setakat ilmu sekolah pondok yang saya pegang sejak sekian lama dulu, rasanya banyak yang  compang camping dan perlu diperbaiki.  dulu, saya pegang kenyataan "jika kita berpuasa wajib contohnya qada' puasa ramadhan pada hari yang kebetulan sunat berpuasa contohnya isnin, maka kita akan dikira memperoleh kedua-dua pahala berpuasa iaitu puasa wajib dan puasa sunat sekaligus". atau "jika kita qada' puasa di bulan syawal selama 6 hari, maka kita juga akan memperoleh pahala puasa 6".  tetapi ternyata pegangan

Salam Lebaran 1431H

Image

Bandai bashi

Image
ini projek lukisan yang telah lama siap dan tertangguh untuk dimasukkan di sini.  Bandai Bashi, ialah jambatan yang melintangi sungai shinano di Niigata yang dibina pada tahun 1929.  Ia menjadi antara Important Cultural Properties of Japan dan sangat penting seterusnya menjadi kebanggaan rakyat Jepun. Fikir saya, sempatlah saya mengupdate blog sekerap mungkin, tetapi ternyata masa-masa ramadhan begitu menghambat.  Mungkin dengan masa tidur yang kurang dan kesibukan menyediakan juadah berbuka di samping keletihan menjalani ibadah puasa menjadi kekangan untuk saya berlama-lama di depan pc. Berpuasa kali kedua di perantauan, kami menjadi semakin biasa dengannya.  Tiada lagi pasar ramadhan yang menyajikan juadah enak-enak di depan mata.  Semuanya perlu disediakan sendiri, termasuklah kuih muih yang menjadi menu wajib untuk difikirkan setiap hari.  Pada hujung minggu, kami masih meneruskan tradisi berbuka puasa beramai-ramai di mana makanan disediakan secara gotong royong mengikut kump