plagiat

Saya rajin jugak buat blog hopping ke blog-blog masakan sekadar nak jamu mata atau mencari idea untuk menu memasak kalau buntu tahap gaban pada hari itu.  Pada minggu lepas kalau x silap,  dalam beberapa blog yang saya singgah, ada menyiarkan entry marah atau x puas hati disebabkan ada orang yang tak bertanggungjawab mencuri/menggunakan gambar2 masakan mereka dalam blog peribadi tanpa memberi kredit atau menyatakan sumber asal gambar-gambar tersebut.

Daripada apa yang saya baca, tuan punya gambar/resepi memang marah dan sedih kerana hasil kerja mereka diambil sesuka hati dan tanpa izin.  Saya cuba ke blog yang dimaksudkan, dan memang benarlah seperti yang mereka dakwa itu berlaku.  Tetapi selang beberapa hari, blog terbabit telah di'private'kan, bukan untuk tatapan umum lagi.

teringat peristiwa 13 thn dulu iaitu semasa saya di tahun 1,  saya ader menghantar sebuah sajak yang terkenal(kalau x silap) ke unit majalah untuk keluaran bulanan majalah kolej saya ketika itu.  Memang bukan saya yang tulis sajak itu, tetapi sebab saya suka, saya menaip dan menghantarnya untuk tujuan diterbitkan dalam majalah tersebut.  Selepas itu, seorang abang dari unit majalah ader menegur dan bertanyakan saya tentang keaslian sajak itu.  Barulah saya sedar saya telah melakukan kesalahan secara tidak langsung iaitu memplagiat karya orang lain.  Hidup saya selepas itu begitu huru hara, semua yang saya buat serba tak kena dan perasaan risau dan bersalah menghantui saya beberapa lama.  Sajak itu akhirnya tidak diterbitkan, dan saya perlahan-lahan bertenang dan keadaan menjadi kembali normal selepas itu.

sejak peritiwa itu barulah saya tahu tentang plagiat. plagiat atau maksud mudahnya ciplak.  Menurut kamus dewan, plagiat ialah hasil mencedok karya atau tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karya sendiri(biasanya dalam hal karangan).


Kemajuan teknologi it yang menjadikan dunia tanpa sempadan ini memboleh dan membenarkan aktiviti plagiat dilakukan semudah mungkin seperti mendownload perisian, audio, video, animasi, teks, buku dan games.  Even jika saya menggunakan image yang diperolehi di google juga boleh dianggap sebagai plagiat, jika tidak dinyatan sumber asal image tersebut.  Secara tak langsung, kemarahan tuan punya blog-blog masakan itu juga seperti memberi peringatan kepada saya untuk lebih berhati-hati dan menghormati hak individu lain.
Plagiat dianggap sebagai jenayah besar dalam penulisan kerana ianya membunuh karya, kreativiti dan hak cipta penulis asal seterusnya membunuh perkembangan ilmu dalam bidang itu.  Difahamkan di Malaysia tidak banyak kes plagiat yang di bawa ke mahkamah disebabkan kosnya yang tinggi.  Teringat jugak dulu pernah artis-artis Malaysia sibuk mebuat kempen anti cetak rompak demi menjaga periuk nasi mereka, almaklum lah di Malaysia cd dan vcd cetak rompak boleh diperolehi dengan mudah di mana-mana pun.

Di bawah ini disenaraikan antara cara untuk elak plagiat:
1. memberi kredit dalam tulisan
2.menyatakan sumber dalam teks
3.membuat petikan
4.menyenaraikan rujukan(bibliografi, nota kaki, nota hujung)
5.memohon izin penulis asal

Dalam perkembangan yang sama, seorang kawan lama saya sedang berkira-kira untuk menyaman sebuah badan kerajaan negeri berikutan gambar emaknya terpampang di billboard sebuah negeri lain.  Ceritanya begini, dia yang pernah menulis entry khusus untuk emaknya di blog beribadi beliau telah turut menyiarkan gambar emaknya yang sedang tersenyum manis itu.  Seorang kawan yang kebetulan ke negeri terbabit, telah menyedari gambar emak kawan saya di billboard rasmi negeri itu, lalu memaklumkan kepada beliau.  Bukan setakat satu, tetapi ader 5 biji billboard di sekitar bandar negeri itu yang memaparkan gambar emak kawan saya sebijik seperti gambar dalam blog beliau.  hehehehe, bukan dalam majalah or pamphlet or pliers fliers or blog tetapi di billboard tuh! Glamour mak cik skang!..

contoh billboard.( image from google.com)

source:

Comments

Anonymous said…
wah glamournya makcik... iklan apa tu??
misah said…
ayu..saya pun pernah terkena jugak. ada org ambil gambar produk kami beserta kod sekali letak dlm blog dia. sbb org tu pun berniaga produk yg sama macam kami jugak. tersangat la geramnya sbb kita penat2 ambil gambar, then ada org cnp gambar tu utk dia berniaga..
salam kak.. saya pun ada kena gak bulan puasa haritu tahu pun kawan kat msia bagi tahu orang ambil gambar saya kat blog dan ditayang dipasar ramadan siap ada nama blog lagi.. huhuuhu glamour sekejap.. hahahha

akak jadi ke ke korea
Idayu said…
fireflies,
iklan satu program yg dibuat kat negeri tuh..mcm iklan tuh nk tunjuklah yg mak cik tuh tersenyum gembira dgn projek/program yg dilaksanakan oleh bdn neg tersebut(katanya kwn sy la)

misah,
alahai siannya...produk mcm bantalkalbu jugak ker? amik kija sng jek kan? so aper tindakan awak?

ita,
hehehe, conpius sekejap. knapa plak dia nk display gambo awak ek? ker diorng nk promote mkanan kat kedai masing2, yg mna mknan tuh resepinya drp blog awak? x mntk kwn tuh tlg snap gambo ker? glamournyer blog ita, sampai kat psr ramadhan pon org duk canang!

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing