Korea - Day 2 ( Dongdaemun Market, Lotte World, Flea Market)

Kami meneruskan misi berjalan-jalan pada hari kedua selepas bersarapan pagi.  Kali ini kami terpaksa mengenakan baju yang sedikit tebal beserta gloove dan mafla memandangkan suhu yang semakin sejuk.  Kami memilih untuk menggunakan train kerana cepat, mudah dan murah.  Memang tambang untuk pengangkutan awam di sini sangat murah.  Destinasi pertama ialah Dongdaemun market yang terkenal dengan pelbagai jenis fabrik seperti sutera, quilt dan cotton.  Selain itu di pasar ini juga terdapat kedai menjual pakaian, kasut, wedding products dan barangan kulit yang beroperasi dari jam 10.30am hingga 5.00am keesokan harinya, di samping terdapat juga kedai yang dibuka 24 jam.
Photobucket
di hadapan great east gate(Dongdaemun)
Photobucket
di pintu masuk Dongdaemun market
Photobucket
pemandangan dalam kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik
Selepas berwindow shopping, kami terus ke destinasi utama pada hari ini iaitu Lotte World.  Lotte World adalah theme park yang terbesar dan terkenal di sini selain Everland,(lebih kurang macam disneyland Korea lah nih).  Sebenarnya sebelum ke mari, saya ada jugak surf kat internet dan baca blog kawan2 untuk carik info pasal Korea.  Saya sangat berterima kasih pada ita kerana bagi info tentang bayaran masuk ke Lotte world nih terutama tentang pakej ibu dan anak yang cuma berharga 39000 won tuh.  Bayaran utk dewasa ialah 33300 won(2400yen) dan kanak-kanak 28000 won yang mana lebih murah berbanding Disneyland Tokyo. Di kaunter pembelian tiket tuh, saya tercari2 jugak la harga tiket untuk pakej ibu dan ank tapi mungkin disebabkan orang yang terlalu ramai atau memang tidak ditulis langsung di situ, saya pun kurang pasti.  Nasib baik saya bertanya sendiri kepada petugas kaunter dan dapat beli pakej tersebut yang memang menjimatkan.  Kepada sesiapa yang berminat untuk berkunjung ke mari bole lah click link berikut:
Photobucket
Adventure Indoor
PhotobucketPhotobucket
Secara umumnya Lotte World terbahagi kepada 5 bahagian utama iaitu adventure indoor, magic island, folk museum, shopping mall dan sports.  Disebabkan suhu yang sangat sejuk di luar, kami memilih adventure indoor dulu dengan games yang sesuai untuk ari dan dada. Terlalu banyak games sampai tak sempat nak main semua, sebelum gelap kami pun keluar ke magic island yang menempatkan banyak games lasak dan berbahaya.  
Photobucket
magic island
Photobucket
from left: gyro drop,bungee drop and swing tree
Kami meninggalkan lotte world dalam pukul 6pm, agak terkilan jugaklah sbb banyak games yang tak sempat main tapi memandangkan banyak lagi tempat yang ingin dituju dan ada perancangan untuk ke disneyland tokyo thn dpn so kira oklah dapat pegi sekejap dan ambik gambo.  

Perjalanan diteruskan ke destinasi ke 3 iaitu flea market.  Jika di Jepun kebanyakan flea marketnya berpindah randah mcm pasar mlm kat malaysia, di sini ada bangunan khas yang menempatkan semua gerai.  Bila malam, gerai-gerai ini cuma ditutup ngan kanvas or kain dan dipagar.  Nasib kami kurang baik kerana tiba agak lewat dalam pukul 7.30pm dan kebanyakan kedai sudah ditutup.  Tetapi sempat jugaklah menjamu mata dengan beberapa kedai yang ada.
Photobucket
Akhir sekali sebagai penutup untuk hari ini, kami sekali lagi menjamu selera di Restoren Maharaja sebelum balik ke hotel untuk berehat.

Next entry: Korea - Day 3(Nami Island, Namdaemun Market & Seoul Tower)

Comments

Popular posts from this blog

anjing

fuji san