Korea - Day 3 ( Nami Island, Namdaemun Market & Seoul Tower)

Nampaknya apa yang telah dimulakan, kena habiskan jugak. Sebenarnya entry nih bertujuan untuk bagi sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana.  Melalui nama tempat, waktu operasi, pilihan kedai dan pengalaman saya mungkin orang lain boleh merancang perjalanan mereka lebih baik lagi dan menjimatkan masa.  Ini kerana itulah yang saya dapat melalui blog-blog lain yang saya baca terutama blog ita, terima kasih banyak-banyak.

So hari ketiga, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul di eki(station keretapi) untuk ke Nami Island.  Nami Island ni kiranya di luar daripada Seoul, iaitu kira-kira 63km dan ke bahagian selatan, turun naik train adalah jugak dlm 2 jam perjalanan hingga ke station terakhir di Nami Island.  Di sini, snow dah kelihatan sikit-sikit dan sejuknya memang hingga ke tulang hitam.  Sampai sahaja ke station terakhir, kami menaik teksi dengan tambang 2600won untuk ke jeti.  Tambang feri adalah 8000won untuk dewasa dan 4000won untuk kanak-kanak dan perjalanannya cuma mengambil masa sekitar 15minit .

Nami island ialah pulau yang dinamakan sempena General Nami, seorang pahlawan Korea yang mati ketika berumur 26 tahun.  Selain pemandangan alam semulajadinya yang sangat cantik, pokok-pokoknya yang tinggi dan berusia puluhan tahun, binatang-binatang seperti arnab, tupai, rusa dan ostriches juga banyak kelihatan di sini.  Sebab yang paling penting yang menyebabkan nami island menjadi tarikan pelancong tentulah kerana di sini jugaklah lokasi untuk drama korea yang paling popular iaitu winter sonata.
Photobucket
nami island
 Photobucket
dari kiri: dada n ari yang sudah beku n kejung, bersama patung2 pelakon winter sonata dan lokasi drama tersebut
Photobucket
di lokasi drama winter sonata
Disebabkan suhu yang terlampau sejuk (-15), dada &  ari sampai menangis sebab kaki dan tangan dah beku n kejung.  Terpaksalah menumpang heater di bilik information center untuk menenangkan keadaan budak berdua tuh.

Photobucket
heater di mana-mana
Disebabkan Korea memang terkenal dengan drama-drama cinta yang popular di seluruh dunia, banyak tempat-tempat lokasi penggambaraan drama telah dijadikan pusat pelancongan sebagai daya tarikan pelancong ke negara itu.  Selain itu, terdapat juga coklat-coklat yang mempunyai tema drama-drama popular dengan gambar muka pelakon di abadikan di coklat tersebut.  

Destinasi seterusnya ialah destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Namdaemun market, iaitu syurga membeli belah.  Selain brooch korea yang terkenal itu, barangan kulit berjenama, pakaian dan aksesori  juga boleh didapati di sini.  Sekali lagi, melalui info yang saya dapat, kedai brooch paling murah ialah kedai 209, di tingkat 2. Kedainya sangat kecik dan sempit tetapi mak ciknya ramah dan baik hati.  Ada banyak blok di sini, ada blok yang menjual brooch & aksesori, dan blok yang menjual baju dan lain2.  Selesai menyudahkan amanah kawan-kawan yang mengirim brooch, kami pun bershopping untuk diri sendiri.  Kebanyakan peniaga lebih gemar berbahasa jepun dan mereka bersikap agak memaksa dan kelihatan marah bila kita tak jadi membeli.  Apa yang pasti, kita kena pandai tawar menawar kerana kadang-kadang harga yang ditawar boleh dapat serendah 50% daripada harga asal. Masa operasi kedai brooch ialah 11am-5pm, tutup pada hari cuti umum mcm krismas. kedai-kedai lain rasanya masa operasi lebih panjang  

Photobucket
di pintu masuk Namdaemun market
Photobucket
dari kiri: pemandangan di kedai 209, kedai aksesori
Selesai bershopping, kami menjamu selera di restoren korea yang terkenal di kalangan student malaysia di sini.  Menu istimewa nasi sotong, nasi udang dan tomyam yang sedap dan pedas rasanya. Side dishnya iaitu kimchi, ikan bilis goreng dan sejenis fish cake diberi percuma dan boleh top up sesuka hati.
Photobucket
bersama farid
Photobucket
paling kiri ialah kimchi iaitu korean famous food
Destinasi terakhir hari ini ialah seoul tower.  Disebabkan hari kami pergi nih ialah malam krismas(24dis) maka ramai sungguh couple yang turut sama bersesak-sesak dalam bas untuk ke tower bagi meraikan krismas.  Pengalaman naik bas yang sempit dan sendat untuk menaiki bukit yang curam dan tinggi memang sangat kelakar dan melemaskan.  Bas berhenti di terminal terakhir  sebelum sampai ke puncak tower.  Kami pun ambil kesempatan bergambar sedikit sebelum masuk ke kedai kopi berhampiran untuk menumpang heater.  Kami balik ke hotel malam tuh dengan teksi dengan tambang yang cukup murah iaitu 4200won sahaja.
Photobucket
Seoul tower

Next entry: Korea- Day 4(Masjid Itaewon)

Comments

Kak Azi said…
wahhh best nya makan angin...
Idayu said…
kak azie,
lama x dgr brita. sihat? apa aktiviti skang? meh la jenjln jepun he3
Kak Azi said…
Ayu
Kak Azi datang jepun nak makan Takoyaki hehehehe...
Idayu said…
kak azi,
ha3..jauhnya kak semata2 nk mkn..douzo2..
Kak Azi said…
Hahahahaha.. Of course lah yg ayu buat .. Bila habis yea? 2014 or 2013? Lebih kurang sama kita kan.. Nnt nak kirim pot for Takoyaki laaaaa.. hehehehe
Yanti said…
suka sgt tgk cerita Winter Sonata tu..
Idayu said…
kak azie,
ha3..bole2..nnti kat pt raja kita wat la get together, bole mkn2..akk msk germany food, sy bbwklah takoyaki ker, okonomiyaki ker orait x?
sy blk 2012, tp tatau lagi samada april or september. akk 2013 heh? dkt2 jek tuh..
nk kirim pot takoyaki? boleh jek...murah jek benda tuh kat sni..he3

yanti,
suka ker? actually aku x sempat lg nk tgk crita tuh betol2 sbb dulu duk hostel n ntah knape ntah x tgk. padahal jdk blockbuster drama tuh kan...he3..pas nih nk crk masa tgk btol2..
Anonymous said…
Salam...
Kak, boleh saya tahu nama restoran dan alamatnye...;)
tq

-shida-
Idayu said…
shida,
sorry akk tatau nama restorennyer sbb student sna yg bwk, so add nyer pon tatau he3.sorry eh..
Anonymous said…
akak...just walking by...nk tanye yg kedai brooch no 209 tuh kt block mne eh?...boleh email kt saye tak add kedai tuh? TQ~
aimizaty@gmail.com
Aida said…
salam...
same here, just walking by...nk tahu jugak kedai brooch no 209 tuh kt block mne. You can email me at aida17@yahoo.com

TQ!
Idayu said…
kpd sesapa yg nak tahu kedai brooch tuh kat mana,

nih ader link utk kedai brooch di namdaemun

http://www.korea-hotel-reservations.com/images/namdaemun_market_hotels_map_b.gif

tp, sy x sure kat block no brapa, it's either no 5 or 7, tingkat 2, no 209.

harap membantu sedikit sebanyak.

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing