anjing

Satu hari dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba sebuah kereta hampir2 melanggar seekor anjing yg sedang melintas jalan. Spontan reaksi saya,” nasib baik tak kena kereta, kalu tak kemek!”..pintas cik abang, “eh kenapa pulak nasib baik tak kena kereta? Nasib baik tak kena anjing la. Mana lebih penting nyawa anjing ke, kereta?” saya terpukul dengan jawapan itu. Sebenarnya pesepsi banyak orang melayu khususnya saya, anjing itu binatang yang hina, tak berguna, garang, ditakuti dan dibenci. Pesepsi itu diwarisi sejak turun temurun mungkin disebabkan statusnya sebagai najis mughollazah, iaitu najis berat maka kita seboleh mungkin cuba untuk menghindarinya. Malah di Malaysia, banyak kes anjing gila yang menyerang manusia.

Di tempat saya mengajar sekarang nih, ada seekor anjing milik tuan punya bangunan yang sangat besar dan ‘garang’. Setiap kali ke situ, saya akan berdoa sambil mulut tak abis2 mengucapkan ayat 'summum bukmun~. Kalau bernasib baik, saya tak akan berjumpa dgnnya, kalau nasib tak baik kita akan disergahnya! Disebabkan kelas tuisyen terletak di tingkat 3, saya perlu melalui kawasannya di tingkat 1 dan 2. Dulu masa saya belajar tuisyen dengan seorang guru singh, anak anjingnya berkeliaran lari di bawah meja tempat kami belajar. Jadi, sepanjang masa belajar kami akan bersila di atas kerusi. Jadinya, anjing betul2 menakutkan saya sejak dulu lagi.

Petua semasa kecil dulu, kalu nampak anjing jangan lari sebab nanti dia ingat kita nak curi rumah tuan dia.so, buat2 bodoh je la sambil mulut terkumat kamit membaca ayat di atas, tapi sebenarnya dalam hati tuhan saja yang tahu. Sebenarnya ketakutan kita kepada anjing boleh dipadam kalau kita menganggapnya seperti haiwan yang lain macam kucing. Mmg sifat semulajadi anjing untuk ‘mengherdik’ orang yang pertama kali berjumpa. Dan kalau difikirkan, tuhan tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, setiap kejadian mesti ada sebabnya, maka anjing dan babi tidak dijadikan untuk dihina. Anjing berguna untuk berburu dan sebagai pengawal untuk keselamatan diri atau harta benda. salah satu sebab mengapa daging babi diharamkan kerana ia mengandungi sejenis ulat yang hanya boleh mati melalui air rebusan dengan kepanasan yang melampau. ianya boleh hidup di dalam perut dan usus seterusnya merosakkan organ-organ dalaman manusia. salah satu sebab mengapa daging anjing diharamkan pula adalah kerana dagingnya terlalu keras, tidak sesuai dan sedap untuk dimakan.

Dalam kurikulum Doktor Perubatan Veterinar atau Vet seperti di UPM , pelajar akan terlibat mengendalikan anjing dan babi. bermula dengan organ-organ haiwan tersebut dalam amali subjek anatomi dan fisiologi sehinggalah kepada mengendali, merawat dan membuat post mortem terhadap haiwan tersebut. Malah melalui gambar-gambar di internet terdapat pelajar perempuan melayu dan bertudung memegang anak babi tanpa memakai sarung tangan. tetapi sudah tentulah kewajipan mereka untuk menyucikan anggota-anggota badan seperti yang dituntut oleh hukum feqah. memetik kata-kata seorang graduan veterinar, anjing dan babi juga merupakan makhluk Allah dan termasuk dalam tanggungjawab manusia sebagai khalifah untuk menguruskannya samada memberi makan apabila ia lapar, minuman apabila haus dan rawatan apabila sakit. Teringat kisah seorang pelacur yang diampunkan dosa-dosanya oleh Allah hanya kerana dia memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan kasutnya.

Kesimpulannya, Islam itu adalah cara hidup yang syumul. Islam itu indah dan mudah. pesepsi seperti di atas perlu diubah kerana sebagai manusia kita perlu menjaga 3 hubungan, iaitu hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan makhluk yang lain. Tapi next week kena pegi lagi, ishhh macamana nih??

Comments

MyBotanG said…
heheheheh doggy mak Harumi tu punyer ler lemau..dah tua kot.. i think dog can sense fear.. so lagi u takut lagi dia nak dekat..buat-2 tak pandang jek.. the worst that can happen is terkena bulu dia..i dont think that dog bites.. :D Ganbatte next week!!
suhaila said…
Ada lagi ke anjing tu?? Recently selalu singgah head, tapi tak pernah jumpa pon..
Idayu said…
kak sue,
tue la, anjing tuh mmg dh dipotretkan sebegitu rupa drp kita kecik. jdnya nk buang perasaan takut tuh susah betol.dh le besau, sekali dia terkam sy mampuss. perasaan3x!kalu dog tuh ader, selalunya sy akan tunggu Goh, naik n trn sama2 ngan dia. he3x
Idayu said…
su,
ada..time2 kul 5-6 tuh mmg suka beno dia kuar or menyalak2..

Popular posts from this blog

Thank you Allah.