nilai

masjid Kobe

disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk, waktu siang sekarang menjadi semakin pendek. dan waktu sembahyang pon semakin cepat.  jadinya, semasa kelas drawing saya akan meminta izin sensei utk solat asar sebentar kerana tidak sempat apabila blk nanti.  saya solat di ruang sebelah yang hanya dipisahkan dengan tirai daripada kelas drawing.  pada kali pertama, sensei siap bukakan lampu dan  bertanya samada saya perlukan heater.  dan begitulah rutin setiap minggu sehinggalah pada suatu hari saya uzur, sensei yang pelik bertanya kenapa saya tidak sembahyang..apabila saya menjawab saya "cuti", dia pon membalas "aaa...mai nichi janai ka?" ....(oo bukan setiap hari ker?) dan saya hanya tersenyum sumbing..

Islam dan jepun sebenarnya masih baru kerana dikatakan muslim pertama di Jepun ialah pada 1891, nihonjin pertama pergi haji ialah pada tahun 1909 dan masjid kobe adalah masjid pertama di Jepun, dibina sekitar 1934.  Ertinya Islam di Jepun hanya sekitar 100 tahun.  Hari ini dianggarkan 10 000 rakyat Jepun yang menganut Islam.

Pada saya 100 thn tuh cukup lama, 10 000 org tuh agak ramai tetapi saya memang tidak nampak bayang langsung ciri-ciri muslim atau penganut Islam di sini.  Nihonjin memang bangsa yang baik, bersopan santun, menepati masa, pentingkan kebersihan, berdisplin dan rajin bekerja.  Nila-nilai murni itu semua menepati dan hampir sekali dengan ajaran Islam.  Bak kata seorang kawan, jika nihonjin memeluk Islam insyAllah dia akan menjadi seorang muslim yang sangat baik. Tetapi, penganut Islam di sini masih tetap dengan identiti nihonjinnya atau dengan kata lain Islam sama sekali tidak melunturkan japaneseness mereka.  Mungkin sebab itu, imej seorang islam itu tidak langsung kelihatan sepertimana typical muslim lain iaitu berserban/songkok atau berjilbab.

mungkin kah? mungkin kot...
source: drmaza.com

Comments

bagusnya sensei bagi ruang untuk solat .. suka dengar
Idayu said…
ita,
tuh la sensei tuh mmg baik..sgt2 memahami..
lady zaini said…
hehe, memang kalau explain elok2 diorang faham:) aritu kitorang solat kat ueno parks, guard mula2 sound tanya buat apa nih, bila kitorang cakap nak solat, dia yang tolong jagakan tak kasi orang kacau... sogan den :D

10, 000 tuh banyak, tapi rakyatnya 220 juta kan? so tak sampai 0.001 percent pun.. tentu susah nak nampak :D

nice info, kalau ada website pasal islam dalam bahasa jepun tolong kasitau yer.. tengah cari utk seseorang tapi tak sempat nak cari lagi :((
Idayu said…
z,
we all kalu smayg kat tmpt awam, adalh jgk nihonjin pandang2 tp xde la sampai marah..may be pelik kot. tp tuh la sy rs knowledge diorng psl islam x luas n mendlm..since diorng mcm terkejut kalau tgk org2 bertudung n smayang nih..jdnya sy confuse dgn info yg sebut islam dh lama menapak kat nihon nih.....may be kat certain2 tmpt jek kot..

haa betol lahtu, kalu nk ikut ratio penduduk sgt sikitlah tuh..bijak..bijak..sy terhilang ingatan sebentar.

ghehehe...if and only if sy terjupa eh..insyA.Nk berdakwah ker? kat sni ader jgk nihonjin yg berminat ngan islam, selalu join majlis2 agama, siap ikut open house n marhaban lagi tuh...
lady zaini said…
Ayu,
panjang ceritanya.. dia sendiri yang dalam 50-50 nak tapi tak terlangkah lagi ke sebelah sini. Doa-doakanlah yer :) Yang terbaik untuk dia dunia dan akhirat
Idayu said…
z,
ooo sokka.gud luck, yg baik suma dr Allah.

Popular posts from this blog

anjing

fuji san