Sejarah


keratan akhabar utusan malaysia, 29/10/2010
Ini adalah hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap sekumpulan warga Malaysia tentang pengetahuan sejarah mereka.  Kesimpulan yang dibuat ialah orang muda buta sejarah!  Ekoran daripada itu, kerajaan bertindak untuk mengkaji semula subjek sejarah dan bakal memperkenalkan subjek tersebut di peringkat sekolah rendah.

Kenapa sejarah? penting sangat ker subjek ini sampai riuh rendah satu kampung memperkatakannya.  *Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat  atau yang dilakukan oleh kita seharian.  Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain.  Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan ke arah mana kita akan pergi.  Mungkin kita percaya kita sedang maju ke hadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang.

Memang, dalam kehidupan sehari-hari kita tidak langsung menggunakan fakta-fakta sejarah yang kita pelajari dulu.  Untuk memasak misalnya, kita tidak perlu ingat langsung tarikh jepun menjajah tanah melayu, tarikh pengisytiharan malaysia atau tarikh penubuhan UMNO. Tetapi ilmu itu adalah untuk dihayati, bukan untuk lulus periksa semata-mata.  Melalui sejarah kita tahu bagaimana mahsyurnya kerajaan Melayu Melaka suatu masa dahulu dan kita juga tahu sebab-sebab kejatuhannya.  Bukankah secara tak langsung kita boleh mengambil iktibar untuk memajukan sesebuah negara atau setidak-tidaknya sebuah organisasi dan berusaha untuk mempertahankannya melalui sejarah melaka itu? Kita tahu betapa seksa dan sengsaranya nenek moyang kita pada zaman penjajahan jepun dahulu, kesedaran itu semestinya dapat memupuk semangat cintakan kedamaian dan kenegaraan yang jitu dan menebal dalam diri setiap orang.  Tragedi 13 Mei yang begitu menakutkan seharusnya dijadikan iktibar untuk kita sama-sama menjaga silaturrahim dan hubungan baik sesama kaum agar peristiwa berdarah itu tidak berulang lagi.

Guru sejarah saya dulu, En Maan bin Diran sangat suka bercerita.  Kerana kelebihannya itu, dia dapat mengaitkan peristiwa-peristiwa penting dan fakta dalam bentuk penceritaan menjadikan subjek sejarah ketika itu sangat menarik.  *Semua subjek susah.  Kalau senang apa gunanya kita adakan sekolah, apa perlunya guru yang terlatih.  Sebenarnya sekolah mempermudah penguasaan ilmu melalui susunan dan tingkatan, sehingga yang lemah pun boleh belajar, dari satu tingkat ke satu tingkat.  Dengan bantuan komputer dan segala jenis teknologi informasi terkini, teknik pengajaran dan pembelajaran sejarah boleh dipelbagaikan untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan.

Iya, soalan-soalan di atas sangat remeh dan tidak mencerminkan penguasaan seseorang individu terhadap sejarah secara keseluruhannya.  Tetapi jika nama perdana menteri Malaysia yang pertama pun dijawab Tun Abd Razak Husin manakala nama bendera Malaysia pula digelar belang, kita seharusnya malu untuk mengaku kita anak Malaysia!

nota cik ayu: suka subjek sejarah.
*source: chedet.co.cc>>sekolah

Comments

Asmara said…
Sejarah antara subjek faveret kat sekolah dulu. budak2 sekolah sekarang ni byk sgt belajarnya sampai tak teringat kot yg mana satu penting.
Kak, org jepun pun tak pandai sejarah, mlm td punya show tunjuk betapa rendahnya pengetahuan sejarah diorang. huhu..
lady zaini said…
baru nak tanya ayu suka sejarah ker?hehe..

agaknya 23 buah negeri tuh sebab dia ingat negeri sembilan tuh sembilan negeri kut..:P melampau jugakla benda2 basic macam nama bendera, rukun negara n pm pertama pun tak tau..

dulu2 kt jepun, sensei tanya saper yg tau lagu "kimi ga yo".. ada la 2 orang (dari 100 orang). Tapi maksudnya diorang tak tau juga..
Idayu said…
as,
setahu akk b4 dtg sni arituh, buku teks sejarahnya masih sma mcm kita dulu, kalu x silap la ek..mslhnya bdk2 nih x minat, blom apa2 dh malas...mind set dh x btol..

bdk2 skang mmg x sama mcm kita dl..
ooh yea ker?kalu gitu mmg org muda kat mna2 pon buta sejarah la kot..

z,
suka..suka...
tuhla, setakat basic2 tuh, xkan x tau langsung kan..
kimi ga yo tuh lagu kebangsaan jepun kn?2 org jek yg tahu nyanyi? lg teruk tuh...
org muda skang mmg x brapa kisah ttg sejarah negara, kurang jati diri...:(
salam kak ayu.. saya dulu waktu sekolah subjek sejarah ni kurang minat sikit.. hihihi tapi waktu tingkatan 5 tu dapat cikgu yang suka tanya saya terus jadi pandai sejarah.. hahahaha.. yang pastinya betul kata akak generasi muda sekarang kena tahu sejarah untuk kenal asal usul dan jati diri...
Idayu said…
ita,
wah mesti score sejarah pas tuh ek? actually xde la sush sgt, kena ader minat sket n rajin la...

Popular posts from this blog

anjing

fuji san