nabe vs yong tau fu


nabe sejenis makanan yang agak popular kat sini, kalau kat malaysia lbh kurang mcm yong tau fu. Bahan2 asas nya memang seafood dan sayur-sayuran tetapi kuahnya mcm kuah sambal,just beli yg ready made jer. biasanya nabe dimasak/direbus dalam bekas tembikar (clay pot), kerana clay pot boleh memerangkap haba lebih lama. so that nabe akan kekal panas after being taken off the fire. sesuai dimakan pada musim2 sejuk seperti sekarang nih dan masyarakat jepun percaya makan bersama daripada satu pot begini dpt mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.
Tapi semalam terasa nk makan nabe versi malaysia plak, so twist sket kuah nabe tuh buat mcm kuah petis.
ytf
Resepi nih amik kat blog hana's family, tapi dah diubahsuai sedikit mengikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan
  • 10 tangkai cili kering
  • gula melaka
  • gula(kalau kurang manis)
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
  • kicap, sos tiram, sos cili
  • sedikit kacang tumbuk
Cara-cara
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. masukkan kicap, sos tiram, sos cili, garam dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  6. masukkan kacang tumbuk dan siap untuk dihidang bersama seafood.
  7. Untuk bhn2 aksesori : Rebus dengan kiub pati ikan bilis atau kiub pati ayam.
Dan untuk minum petang semalam, try buat apple crumble pie. Sengaja biarkan agak garing sebab suka..
pie apple
Cara2 dan bahan2nya sangat mudah.
Bahan-bahan
Utk Crumble *loyang 18cm
  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Utk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  • Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  • Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  • Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  • Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Tapi sayangnya Dada tak suka, ada rasa marjerin kata dia. bila tanya papa dada, boleh mkn x? "bulehhhhh".
Tapi bila tanya nak buat lg ker next time? " dok buat dok pe!" Maka terserlahlah tekak jawa-terengganu dua beranak nih!

Comments

Nur said…
ayu..pandainya ko masak!aku tgh gigih simpan duit nk beli oven kekeke...

tp kalu hubby dgn anak suka, mmg semangat nk buat.kalu x makan, takkanlaa kita nk mkn sumer..terboyak perut :P

bdw, hubby ko org mane?cam loghat t'ganu jer..
Idayu said…
nur, tak de la pndai tgh blaja2 jgk. tp setakat nk idup kt sini,AlhamD la.

mmg, kita org pompuan nih kalu nk msk pikir tekak suami n ank jer.selera sndri tolak tepi, kang kalu msk syok sndri, mkn ler sensorang..ha3x

3 markah utk ko! trganu mari...
suhaila said…
ayu...
minum petang??? aduiiii macam dah ilang vocab tu dalam kamus kami..hehehe.anyway, kalo tekak pian & the gang tak masuk, tekak kami yg lain2 ni semuanya masukkkkkk...nnti buat lagi, bagi kat kami yer....yum yum yum
mis said…
sodap nyeeeee! meh semangkuk!!
ryna said…
cedapnyee kak ayu...telan air liuq ryna tgk crumble pie tuh...
Idayu said…
su,
mmg kena buat/belikan, kalu x budk berdua nih kija keluar msuk dapur jer..buat sikit jer, nxt time la ek he3x..

mis,
sorry udah yilek!

ryna,
bole thn sedap..awak pon rajin buat minum2 ptgkn? try ler
MyBotanG said…
suker nyer apple pie...!! rajin nyer awak.. bagusla!! *nada tak puas hati* hehehe
Idayu said…
kak sue,
rajin x rajin jgk la..itu yg paling senang.
amboiiii..akak sodappppnyaaaa,ni kena buat bagi kat kami ni...tererlaa....jom k,suhaila dan k.su kita gi terjah rumah k.ayu...untuk makan2...hehehehe,
Idayu said…
imah,
terjah jgn x terjah..kang dtg dpt mkn biskut kering jer har3x, sapo nk jawab??

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing