beautiful language

Usman Awang
Sejak dulu lagi, saya cukup suka kepada nukilan-nukilan indah yang prolifik. Antara yang begitu terkesan sampai sekarang sudah semestinya sajak-sajak karya Usman Awang. Cuba hayati keindahan sajak berikut,

Kekasih
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
Akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidurmu
Akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malammu
Akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluhi rindu
Akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu
Kekasih, hitunglah mimpi yang membunuh realiti dengan syurga ilusi.

pada saya, kata-kata yang digunakan terlalu indah dan cukup mendalam untuk menyampaikan mesej. bait-baitnya penuh dengan maksud tersirat, memerlukan penafsiran yang bukan sedikit seterusnya menjadikan ia begitu istimewa.

Gadis Kecil

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.


Untuk sajak gadis kecil, keindahan kata-kata yang digunakan pula dapat membuatkan kita turut sama merasai kesedihan, kekuatan dan perjuangan anak tersebut. Di sini lah terletaknya keindahan bahasa kita yang sebenarnya.
Masa sekolah dulu, belajar subjek bahasa Melayu bukan satu yang senang. Truly speaking karangan2 saya semasa form 4 dan 5 tak pernah mencapai markah 70%. Saya rasa dah buat yang terbaik, tapi cik khairiah selalu cakap tak cukup isi, isi tidak dikembangkan dengan baik, kesimpulan yang lemah dan lain2 lagi yang saya tak ingat. Sampaikan satu tahap tuh, saya pun naik menyampah dengan cikgu.
Tetapi saya cukup suka membaca karya2 popular samada sajak ataupun novel. Novelis kegemaran tentulah Khadijah Hashim. Saya membaca karya-karya popular beliau seperti senator adila, badai semalam, mira edora dan laila azwa gadisku selain cerpen-cerpen beliau yang juga bermutu. Karya beliau seringkali memfokuskan kepada watak wanita seterusnya mengangkatnya ke suatu darjat dan tempat yang begitu istimewa. Kebetulan emak pon berkongsi minat yang sama, dan dialah selalunya yang akan membelikan novel untuk kami baca bersama.
Khadijah Hashim
Selain Khadijah Hashim, saya juga meminati karya-karya Shamsiah Mohd Noor. Cubalah tenggelam bersama dengan keasyikan novel Tangisan Bulan madu...
Cerita nih telah pon didramakan, mengambil judul yang sama tapi ada perbezaan sedikit daripada segi jalan cerita. tetapi, sesuatu yang pasti feel menonton tidak sehebat feel jika kita membaca. Bukti betapa bahasa begitu kuat untuk mempengaruhi emosi pembaca melalui tulisan, walaupon tv menghidangkan cerita dalam bentuk 3 dimensi.
Saya sebenarnya tengah mencari novel yang hilang, di sana sayang di sini sayang. Lupa pulak siapa yang pinjam.
Tercari-cari jugak kat internet kot2 ada novel online, boleh baca percuma. :) melampau!!...

Comments

misah said…
saya paling suka sajak kekasih tu. simple dan penuh makna.
mamanaufal said…
saya pun suka sajak tuh..puitis yg teramat sangat...
dulu ryna gile kat novel tangisan bulan madu,setiapkali membaca pasti nangis sampai sempit2 idung...heheh..lau tak silap heroin nye name amira..
lady zaini said…
Uish..the other side of you ker nih? :D memang, best macamana pun drama tuh, selalunya baca buku lagi best.. :)
MyBotanG said…
Natsukashi.. mmg suka sangat Usman Awang and khadijah Hashim - novel-2 yang you mention tu mmg favourite mada muda remaja dulu.. bestkan to be lost in a good book..kalau kat umah my mom, if dia tengok I tgh kusyuk membaca mmg dia tak kacau.. uhuhuh rindunyer!!! and tangisan bulan madu mmg toksah cerita la kan.. :D jom kita start book club nak?? interesting and beneficial way to fill our time.. dou??
Idayu said…
misah,
haah, simple dan begitu mendalam.mcm betul2 in love kn kn?:)

mamanaufal,
haah amira. hero dia nama bogat.part paling sedih ms dia nak mati tuh kan?aduhhh...merembess air mata.

z,
haah, mata pena lebih tajam drpd mata pedang..

my botang,
he3x. layan jugak ker? mmg khayal dlm dunia sendri, mcm kitalah heroin nyer konon! good idea,tp mcm x sempat jer nk buat tuh suma skang nih.kena crk masa nih!!

Popular posts from this blog

anjing

fuji san