Posts

Showing posts with the label articles

Terima kasih Cik S!

Terpegun dan terharu dengan sikap bertanggungjawab Cik S. Dia bukan sesiapa, hanya guru sekolah rendah biasa dan yang lebih membuatkan saya kagum lagi bertambah pelik dia berbangsa India dan sudah tentulah beragama Hindu. Tetapi sikapnya sangat berbeza dengan kebanyakan Melayu yang sah-sah beragama Islam dan memegang kuasa untuk melaksanakan dasar dan menguatkuasa undang-undang. Setelah mengesan, katanya dia telah memberitahu pihak sekolah dan beberapa guru agama lain di sekolah sama. Tidak cukup dengan itu dia juga menghubungi pejabat agama islam untuk memaklumkan tentang "penemuannya" yang dianggap serius.  Tetapi katanya juga dia merungut kerana tidak mendapat respon yang cepat daripada pejabat itu. Beliau seterusnya menghubungi pejabat-pejabat lain termasuklah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat. Sedar aduannya itu tidak mendapat respon yang diharapkan, dia lantas menelefon penulis akhbar dan juga pendakwah Ridhuan Tee Abdullah. Melihat kepada...

Tandas

Orang kata, kalau kita mahu melihat orang lihatlah tandasnya. Orang juga kata, kalau kita mahu melihat negara lihatlah pemandu teksinya. Tandas kita macam mana? Tandas-tandas awam di stesen-stesen bas, taman bunga or stesen minyak? Selain bau hancing dan tidak sempurna tahap kebersihannya, dinding-dindingnya juga diconteng dengan luahan perkataan yang tidak sepatutnya.  Lebih teruk lagi tiada bekalan air dan sampah sarap juga terutama diaper anak-anak yang dibiar bertaburan.  Mungkin tidak semua, tandas-tandas awam di KLCC misalnya jauh lebih baik dan moden.  Disebabkan itu, ada tandas-tandas ini dikenakan bayaran kerana dikawalselia oleh pihak swasta yang mana pada hemat saya masih juga jauh jika mahu dibandingkan dengan kualiti tandas-tandas awam di sini. Di sini, di mana-mana ada tandas, percuma lagi. Semua kedai n tempat yang saya pergi ada tandas.  Tahap kebersihan tak payah cerita sebab saya sampaikan boleh bersembahyang di dalam tandas yang dikhaskan untuk o...

the value of rm1

when i went back to Malaysia recently, i was shocked of the goods price that was rising rapidly.  To buy a trolley full of groceries in Tesco i had to pay rm200++, where once i only need to pay around rm100 for the same quantity of goods before . my hand was like shaking when i paid for the stuff. Actually, we as consumer do play a role which led to the rises in prices.  As we know, rm1 is made up of 100 cent and it also can be mixed up with 5cent, 10cent and 50cent coin to makes RM1 or seringgit.  Bank Negara Malaysia has stopped produce 1 sen coin as the cost of producing it is high which is worth 20 cent per piece. So the smallest coin we have now is 5 cent, which means we already loss 4 cent here. But unfortunately, we Malaysian for what reason are prefer to use 10cent coin instead of 5cent coin in many transactions made. So, here we already loss another 9 cent. Before this 1cent coin is widely use in paying bills like electricity or water  ...

khusyuk dalam solat

saya tak mahu ulas panjang2, rasanya semua orang sudah tahu dan lebih arif. kadang-kadang kita sebagai ibu dengan anak-anak kecil, untuk khusyuk dalam solat 100% memang susah, semasa sedang sembahyang si kecil berlari ke sana sini, memanjat belakang, menarik telekung, bertanyakan something dan menangis minta sesuatu.  Berusaha untuk lebih fokus dan khusyuk, ini antara tip yang bole diapply dalam solat,  1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan ...

plagiat

Image
Saya rajin jugak buat blog hopping ke blog-blog masakan sekadar nak jamu mata atau mencari idea untuk menu memasak kalau buntu tahap gaban pada hari itu.  Pada minggu lepas kalau x silap,  dalam beberapa blog yang saya singgah, ada menyiarkan entry marah atau x puas hati disebabkan ada orang yang tak bertanggungjawab mencuri/menggunakan gambar2 masakan mereka dalam blog peribadi tanpa memberi kredit atau menyatakan sumber asal gambar-gambar tersebut. Daripada apa yang saya baca, tuan punya gambar/resepi memang marah dan sedih kerana hasil kerja mereka diambil sesuka hati dan tanpa izin.  Saya cuba ke blog yang dimaksudkan, dan memang benarlah seperti yang mereka dakwa itu berlaku.  Tetapi selang beberapa hari, blog terbabit telah di'private'kan, bukan untuk tatapan umum lagi. teringat peristiwa 13 thn dulu iaitu semasa saya di tahun 1,  saya ader menghantar sebuah sajak yang terkenal(kalau x silap) ke unit majalah untuk keluaran bulanan majalah kolej saya ke...

nilai

Image
masjid Kobe disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk, waktu siang sekarang menjadi semakin pendek. dan waktu sembahyang pon semakin cepat.  jadinya, semasa kelas drawing saya akan meminta izin sensei utk solat asar sebentar kerana tidak sempat apabila blk nanti.  saya solat di ruang sebelah yang hanya dipisahkan dengan tirai daripada kelas drawing.  pada kali pertama, sensei siap bukakan lampu dan  bertanya samada saya perlukan heater.  dan begitulah rutin setiap minggu sehinggalah pada suatu hari saya uzur, sensei yang pelik bertanya kenapa saya tidak sembahyang..apabila saya menjawab saya "cuti", dia pon membalas "aaa...mai nichi janai ka?" ....(oo bukan setiap hari ker?) dan saya hanya tersenyum sumbing.. Islam dan jepun sebenarnya masih baru kerana dikatakan muslim pertama di Jepun ialah pada 1891, nihonjin pertama pergi haji ialah pada tahun 1909 dan masjid kobe adalah masjid pertama di Jepun, dibina sekitar 1934.  Ertinya Islam di Jepun hanya ...

Sejarah

Image
keratan akhabar utusan malaysia, 29/10/2010 Ini adalah hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap sekumpulan warga Malaysia tentang pengetahuan sejarah mereka.  Kesimpulan yang dibuat ialah orang muda buta sejarah!  Ekoran daripada itu, kerajaan bertindak untuk mengkaji semula subjek sejarah dan bakal memperkenalkan subjek tersebut di peringkat sekolah rendah. Kenapa sejarah? penting sangat ker subjek ini sampai riuh rendah satu kampung memperkatakannya.  * Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat  atau yang dilakukan oleh kita seharian.  Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain.  Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan ke arah mana kita akan pergi.  Mungkin kita percaya kita sedang maju ke hadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang. Memang, dalam kehidupan sehari-hari kita ...

karat

Image
pertapaan yang begitu lama, membuatkan otakku semakin berkarat. pemikiran juga semakin tidak  fokus selain terasa di awang-awangan. betapa teruknya saya menggambarkan keadaan diri dan minda ketika ini.  selalu lupa dan tidak peka kepada isu di sekeliling.  ibarat katak di bawah tempurung teknologi berubah setiap hari, malah mungkin setiap minit dan saat.  maka boleh tak kalau saya katakan ilmu agama juga perlu sentiasa digali dan dipelajari setiap masa.  setakat ilmu sekolah pondok yang saya pegang sejak sekian lama dulu, rasanya banyak yang  compang camping dan perlu diperbaiki.  dulu, saya pegang kenyataan "jika kita berpuasa wajib contohnya qada' puasa ramadhan pada hari yang kebetulan sunat berpuasa contohnya isnin, maka kita akan dikira memperoleh kedua-dua pahala berpuasa iaitu puasa wajib dan puasa sunat sekaligus". atau "jika kita qada' puasa di bulan syawal selama 6 hari, maka kita juga akan memperoleh pahala puasa 6".  tetapi ternyat...

Saya dulu..

Do'a  malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan jika dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:    * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);  * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;  * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.    Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita  bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.  Oleh itu     SAYA  TERLEBIH DAHULU MEMOHON  MAAF     jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,   insyaallah.   SELAMAT BERPUASA .............................  salam ramadhan al m...

Kenapa Tak Rogol Saya?

Image
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan...

Gandaan Pahala Sedekah

Image
Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut: 1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah. 2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan). 3. Sedekah yang diberi balas...

nilai yang terhakis

Image
walaupun berada jauh, tidak sedikit pun rasa tertinggal dari Malaysia. saya masih berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan, makan dan memasak makanan Malaysia, membaca surat khabar melayu, bercakap Melayu dengan anak-anak dan kawan-kawan, malah masih menonton tv dan mendengar lagu-lagu melayu terkini(melalui internet). Pendek kata memang mcm duduk kat Malaysia jugak! Jadinya segala permasalahan sosial yang berlaku begitu ketara sekarang ni memang tidak lepas menjadi kebimbangan saya juga. isu-isu lapuk seperti pembuangan bayi yang tidak berdosa dan kes ragut yang semakin berleluasa even di dalam pagar rumah sendiri benar-benar menyesakkan lagi dada dan fikiran. segala punca dan langkah penyelesaian kepada masalah tersebut dah banyak dibincangkan dalam surat khabar. Malas dah rasa nak ulas atau panjang-panjangkan.. saya juga seorang ibu, pernah rasa melahirkan tetapi hairan bagaimana mereka ini begitu kuat dan mampu untuk melahirkan sendiri dalam keadaan serba kekurangan dan tak ...

warga asing dan bahasa Melayu

Saya sebetulnya tidak tahu menahu tentang pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri yang berlangsung baru-baru ini. Apabila saja membaca surat khabar, saya jadi terpaku melihat sambutan yang begitu menggalakkan, 56 peserta dari 51 buah negara yang kebanyakannya berasal dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur. Pertandingan ini diadakan sejak 2007 dan sambutannya diberitakan semakin menggalakkan dari tahun ke tahun. Senang sangat ke nak cakap dan fasih melayu? Sedang saya terkial-kial nak mempelajari bahasa Jepun dalam masa yang sama mendalami bahasa inggeris, hati jadi terharu dan bangga bila tiba-tiba bahasa sendiri mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Kesungguhan pihak penganjur wajar dipuji, kerana ini secara tidak langsung mengangkat kembali martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca semasa zaman kegemilangan tamadun Melayu dahulu. Sedang Bahasa Melayu itu bagai dianaktirikan di negara sendiri: penyalahgunaan tatabahasa yang me...

seiza

Image
when i went to fetch my kids from the kindergarten, most of time i saw them sitting quietly in orderly manner, while enjoying watching the videos. it is not the videos that matter, but the way of their sitting that really attracted me more. have you ever seen seiza-sitting style? what is seiza? seiza is a Japanese term for the traditional formal way of sitting. to sit seiza-style, one first kneels on the floor, folding one's legs underneath one's thighs, while resting the buttocks on the heels. depending on the circumstances, the hands are folded modestly in the lap, or are placed palm down on the upper thighs with the fingers close together, or are placed on the floor next to the hips. the back is kept straight. traditionally, women sit with the knees together while men separate them slightly. doing seiza-sitting style is a required part of several traditional Japanese arts such as certain martial arts and tea ceremony. a women in seiza-sitting style performing tea ceremo...

asians vs westerners

(1) Opinion Westerners: Talk to the point Asians: Talk around the circle, especially if opinions are different (2) Way of Life Westerners: individualism, think of himself or herself. Asians: enjoy gathering with family and friends, solving their problems, and know each other's business. (3) Punctuality Westerners: on time. Asians: in time. (4) Contacts Westerners: Contact to related person only . Asians: Contact everyone everywhere, business very successful. (5) Anger Westerners: S how that I am angry. Asians: I am angry, but still smiling... (Beware!) (6) Queue when Waiting Westerners: Queuing in an orderly manner . Asians: Queuing?! What's that? (7) Sundays on the Road Westerners: Enjoy weekend relaxing peacefully. Asians: Enjoy weekend in crowded places, like going to the mall. (8) Party Westerners: Only gather with their own group. Asians: All focus on the one activity that is hosted by the CEO. (9) In the restaurant Westerners: Talk softly and gently in ...