Posts

Showing posts from September, 2011

Terima kasih Cik S!

Terpegun dan terharu dengan sikap bertanggungjawab Cik S. Dia bukan sesiapa, hanya guru sekolah rendah biasa dan yang lebih membuatkan saya kagum lagi bertambah pelik dia berbangsa India dan sudah tentulah beragama Hindu. Tetapi sikapnya sangat berbeza dengan kebanyakan Melayu yang sah-sah beragama Islam dan memegang kuasa untuk melaksanakan dasar dan menguatkuasa undang-undang. Setelah mengesan, katanya dia telah memberitahu pihak sekolah dan beberapa guru agama lain di sekolah sama. Tidak cukup dengan itu dia juga menghubungi pejabat agama islam untuk memaklumkan tentang "penemuannya" yang dianggap serius.  Tetapi katanya juga dia merungut kerana tidak mendapat respon yang cepat daripada pejabat itu. Beliau seterusnya menghubungi pejabat-pejabat lain termasuklah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat. Sedar aduannya itu tidak mendapat respon yang diharapkan, dia lantas menelefon penulis akhbar dan juga pendakwah Ridhuan Tee Abdullah. Melihat kepada

blogging: antara keterbukaan & keterbatasan

termenung lama memikirkan tajuk entry. lama, sangat lama sampai ambik masa 2 bulan.  Sampai satu ketika saya rasa bersalah dan perlu memikirkan semula kesan tulisan yang dipaparkan selama ini, samada mengundang kebaikan atau keburukan: fitnah, dengki, iri hati, rasa menyampah atau riak. mungkin niat kita baik, sekadar mahu berkongsi cerita, terlalu leka dan alpa sampai terkadang-kadang over atau keterlaluan, sampai menelanjangbulatkan diri sendiri.  jika sudah sampai ke tahap itu, sekurang-kurangnya sedikit perasaan riak terdetik di hati, na'uzubillahi min zalik. niat yang baik  tidak semestinya baik juga di pandangan orang. yea, rambut sama hitam, tapi hati lain2 kan. i contemplated whether to proceed or stop writing until finally i came up with the newest entry last week. ada masanya, tiba-tiba jiwa terasa kosong, macam tak de tempat nak meluahkan, and that is the only reason why i'm start to write again. after did some muhasabah, here i'm.  berharap segala yang

menjunjung langit

Asyik melihat sukan olahraga yang rancak ditayangkan di TV, di sebalik wajah-wajah berkilat atlet berkulit hitam yang kelihatan gagah dan berkuasa, terselit wajah asia berkulit cerah dan bermata sepet. Dada bersungguh-sungguh menyokong. Ganbare! ganbare! ganbare nihon! Gembira bila atlet bermata sepet itu menang dan kecewa bila atlet negara yang disokongnya itu tertinggal di belakang. Sambil sekali sekala dia mengupdate perkembangan terkini pencapaian atlet-atlet jepun kepada saya. Patriotik sekali dia seolah-olah dia rakyat jepun. Pepatah ada menyebut, kita menjunjung langit di mana bumi kita pijak. Yelah tu agaknya. p/s: bak kata ari chan " mama orang mesia, adik orang jepun!" ngehehehe

bahagian

melihat seorang kawan menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk melahirkan zuriatnya baru-baru ini, membuatkan saya terkenang kembali peristiwa sama 7 tahun dulu. pengalaman pertama yang masih segar bugar dalam ingatan. sakitnya memang tidak tertahan, dan tak terungkap dengan perkataan.  hanya yang pernah mengalami dan merasainya tahu bagaimana kroniknya di saat kita bergadai nyawa melahirkan zuriat sendiri. pernah rasa berperang sendirian dalam labour room selama 8 jam. pernah rasa dipindahkan secara emergency ke hospital lain semasa rahim sudah pon terbuka 10cm. Driver ambulance memecut mengalahkan schumacher, bunyi hon bertali arus sedang 2 orang nurse memegang badan dan mententeramkan saya. pernah rasa pengalaman di"vacuum" bayi, dan akhirnya masih tak keluar juga pernah rasa pengalaman di"forcep"bayi, yang akhirnya bayi berjaya dikeluarkan tapi kepala dan mukanya bengkak dan lebam sana sini. pernah rasa pengalaman dijahit selama 2 jam sambil mendengar