Korea - Day 1 ( sight seeing,Samcheonggak,central seoul,duty free shop & Itaewon Street)
Di sebalik segala kebimbangan akan kemungkinan untuk diserang lagi, kami akhirnya selamat sampai di Korea pada 22 Disember lepas. Sebenarnya perancangan untuk bercuti ke korea memang sudah lama dibuat memandangkan ianya dekat dengan Jepun selain sengaja ingin mencuba angin di negara lain dan sebab utamanya mestilah kerana mata wangnya yang lebih rendah berbanding yen. Cuaca yang baik dengan matahari yang bersinar terang, kami masih boleh bertahan dengan kesejukannya walaupun suhu sudah di bawah paras negatif ketika itu walaupun tiada snow.
Untuk hari pertama kami terikat dengan aktiviti bersama travel agent, dan sebaik tiba di Itaewon Airport kami terus di bawa ke restoren makanan Korea yang berdekatan dengan menaiki van. Menikmati makanan terkenal Korea, bimbimbap untuk kali pertama agak tidak mengecewakan. Yang pasti makanan korea lebih pedas berbanding makanan jepun.
Untuk hari pertama kami terikat dengan aktiviti bersama travel agent, dan sebaik tiba di Itaewon Airport kami terus di bawa ke restoren makanan Korea yang berdekatan dengan menaiki van. Menikmati makanan terkenal Korea, bimbimbap untuk kali pertama agak tidak mengecewakan. Yang pasti makanan korea lebih pedas berbanding makanan jepun.
Itaewon Airport
Bimbimbap(seafood version)
bersama azi dan niza di Samcheonggak
kami dengan pakaian dang-eui
(pakaian tradisional korea iaitu hanbuk yang biasa dipakai di istana sebagai pakaian rasmi @ casual)
Itaewon street
Selesai menjamu selera dan bersolat, kami meneruskan perjalanan ke bandar seoul yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Aktiviti seterusnya ialah sightseeing dengan van ke Gyeongbokgung Palace, Blue House dan Ibu Pejabat Polis Seoul yang kesemuanya ditempatkan di satu kawasan bukit khas yang dikawal rapi.
Gyeongbokgung Palace atau 'Palace of Shining Happiness' adalah istana utama dan terbesar yang dibina oleh King Taejo dari Joseon Dynasty pada 1394. Istana ini sekarang dibuka kepada public dan menempatkan National Folk Museum of Korea dan National Palace Museum of Korea.
Blue House atau Cheongwadae adalah pejabat eksekutif dan kediaman rasmi President of the Republic of Korea. Sepanjang perjalanan mendaki bukit yang menempatkan ketiga-tiga tempat penting ini, anggota polis dan tentera kelihatan di merata-rata tempat untuk mengawal ketat pergerakan keluar masuk kenderaan di kawasan tersebut. Kamera juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar kemungkinan disebabkan oleh ketegangan yang disebabkan oleh serangan dari Korea Utara baru-baru ini.
dari kiri: Blue House dan Gyeongbokgung Palace (gambar dari google.com)Destinasi seterusnya ialah Samcheonggak yang terletak di tengah-tengah Mount Bukak berdekatan dengan ketiga-tiga tempat penting tadi. Keindahan alam semulajadinya dikekal dan dipelihara selama lebih 50 tahun dan this is the place where visitor can experience the traditional Korean Culture.
bersama azi dan niza di Samcheonggak
Kami menuruni Mount Bukak untuk ke destinasi seterusnya iaitu central Seoul. Apa yang dapat dilihat, di sebalik berita-berita tentang keadaan yang kurang stabil yang diwar-warkan media, aktiviti di sini berjalan seperti biasa malah banyak pelancong asing kelihatan di merata-rata tempat di bandar ini. Kami turun dari van untuk bersiar-siar di sekitar bandar Seoul.
di hadapan tugu patung pelopor tulisan kanji korea
kami dengan pakaian dang-eui
(pakaian tradisional korea iaitu hanbuk yang biasa dipakai di istana sebagai pakaian rasmi @ casual)
Baju tradisional atau hanbuk ini boleh dipakai secara percuma di booth berdekatan dengan tugu tersebut.
Selepas itu, kami dibawa ke beberapa kedai cenderamata di duty free zone. Slot bersama travel agent habis dalam pkul 6pm dan kami terus dibawa ke hotel iaitu Crown Hotel, Itaewon. Selepas check-in dan berehat sekejap, kami sambung jalan-jalan malam tuh ke Itaewon Street yang terletak kira-kira 10minit berjalan kaki dari hotel.
Itaewon street memang terkenal kerana banyak pelacong asing dan kedai-kedai barangan import berjenama ada di sini. Pilihan untuk makanan halal juga sangat mudah di sini terutama kedai makanan dari pakistan dan India. Kami semestinya tidak melepaskan peluang untuk menikmati beriyani ayam atau roti naan setiap hari semasa di sini kerana sangat mudah dicari selain harganya yang berpatutan. Selain itu, di sepanjang kaki jalan juga banyak booth yang menjual brg2 cenderamata seperti topi, mafla, cermin mata, gloove dan baju. Gera-gerai ini beroperasi dari jam 11am hingga 10pm. Malam itu juga kami berjumpa dengan ramai pelancong terutama dari Malaysia yang kebetulan mengambil peluang sempena cuti sekolah dan promosi tiket murah airasia yang baru dilancar ke Korea.
Itaewon street
Melalui interaksi dengan penjual semasa bershopping, bolehlah dikatakan kebanyakan orang korea boleh berbahasa Inggeris malah english mereka lebih baik daripada orang Jepun. Mereka juga prefer dan fasih berbahasa asing especially bahasa jepun mungkin disebabkan majoriti besar pelancong datang dari negara jepun. Malah di sesetengah signboard penting juga ada yang menggunakan tulisan kanji jepun dan tanda harga pada barang yang dijual juga diletak dalam yen.
Selepas bershopping, kami ke Restoren Maharaja untuk menjamu selera. Dalam banyak-banyak pilihan restoren halal yang ada, Restoren Maharaja ini yang direkomen oleh farid, kawan azi yang juga student di Korea. Farid jugaklah yang menjadi tourist guard sepanjang kami di sini, alhamdulillah segala-galanya menjadi mudah dan lancar. Menu malam itu ialah nasi beriyani ayam dan roti naan. Satu set beriyani ayam berharga 10000 won (lbh kurang 700yen) shj dan rasanya sungguh lazat sekali. Dalam perjalanan balik ke hotel, angin bertiup sangat kuat dan cuaca sejuk luar biasa yang tak pernah kami rasa sebelum ini iaitu sekitar -10 degree celcius. Selepas daripada malam tuh, suhu memang drop habis dan kami menggigil kesejukan sepanjang di sana.
nxt entry: Korea Day 2( Dongdaemun market, Lotte World, Flea Market)
untuk gambar-gambar penuh sila click link berikut:
http://www.facebook.com/album.php?aid=82067&id=1612714253&l=414ac12055
Comments
tp plg best pegi nami island..magical!bila laa nk pegi lagi ekkk...
pekabo? lama x jupa eh..
00h awalnya ko pgi, may be ms tuh blom wujud lg kot restoren halal kat situ ha3
tp apa yg aku perati, mostly restoren halal nih bukan kat sepanjng jln utama itaewon tuh, samada kat jln2 yg blakang or kena masuk simpang lain drp main road tuh. sepnjg aku kat situ aku jupa lbh 6 biji kedai la..mmg senang nk crk kedai halal kt itaewon compared to nagaoka la..
ko pgi musim aper? nami island best n cntik tp sgt sejukkk time winter nih.
emi,
bole3..ader rezki nnti pegilah:)
saje2 blogwalking kat blog akak ni..sgt teruja dgn percutian kat korea ni..
kak, hari pertama yg guna tourist guide tu dia kire mcm mane ye??
akak pakai tourist guide travel agent apa ye?? hehee..mcm2 pulak nak tanye nih..;)
suke dgn blog akak, selamat berkenalan...
-niza-
akak kene apply visa tak??
-niza lagi..;)
akk mmg guna travel agency utk ke korea nih, kira tambng flight, hotel, shuttle bus n tourist guard utk first and last day includes. amik agent yg kat nagaoka nih jgk, lupa nma apa...nk tahu jgk ker?he3
dari japan ke korea x perlu. dr malaysia akk x pasti, kena kot.niza dr mna??
Niza duk kat Ishikawa. mmg ada plan nak pegi, tiket pun dah book bln 3 ni.alang2 dah duk sini, rasa rugi la pulak kalau tak ke korea..
pegi jangan tak pergi, mmg rugi sbb dh dekat sgr dh kan. kalu naik flight 1 jam setengah dh sampai dr nagaoka.
akk dpt tambang murah 37000 yen sorang utk suma yg mcm akk ckp tuh. Ishikawa? he3 kat mna eh? dh lama duk jepun? xde blog ker?
anyway, selamat berjalan2!
nak tanya pasal cuaca kat korea.if sy pergi waktu musim bunga, cuaca dia still dingin ke? perlu prepare baju sejuk tebal jgk x?
-mas-
akk x pasti la..cuba check kat internet. kalu ader masa nnti akk cuba tnya bdk2 junior yg dh pgi sna, kot2 diorng tahu..pgi next month kan? happy jalan2-:)
sorry..komen kat atas tuh ditujukan utk mas, bukn niza ngehehe..apa2 pun, prepare la bj2 sejuk jgk sbb kak jepun nih pun time musim bunganya masih sejuk lagi..apatah lg kat sna..