Dah tua!
Biasanya kalau orang berchatting tak kiralah di ym or facebook, bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar dan perkataan2 nya jugak disingkatkan/dipendekkan seperti shat, umah, slm, blk, nnti, kija dan kalu demi menjimatkan masa. Untuk orang2 yg seperti saya, bahasa chatting ini sudah well known dan digunakan for almost 10years back, tambahan pula singkatan yang digunakan memang mudah difaham kerana menyerupaikan perkataan asal. tetapi lately, saya mengalami kesukaran
~Cke aty ur..
~maken lame maken cekci ea qow..!!
hahaxx..
~anyway santex arr qow ckanx..
hehe^^
~Da owg puji..xkan nk cdey kowt?
~npe sdp nek bas skt blkngdulu, pernah saya melihat satu filem melayu di mana dalam satu scene chattingnya, pelakonnya yg kaki chatting menggunakan bahasa standard dan menaipnya dengan perkataan yang penuh. Komen saya, cerita itu tidak real kerana tidak memaparkan situasi sebenar seorang chatter.
Dulu masa saya mula2 berblog, saya jugak meggunakan bahasa yang sangat pasar( ditambah dengan penggunaan singkatan yg banyak sekali). Sampai satu tahap saya terpikir, yang saya tidak berbuat apa2 untuk mempertahankan bahasa ibunda saya, jauh sekali untuk memperkasakannya. dan jika saya mahu berbuat sesuatu di sinilah medium yang saya pikir paling sesuai untuk saya berpeluang melakukannya. Perlahan-lahan saya mengubahnya, walaupun kedengaran dan kelihatan agak skema(blog ini) tetapi sekurang-kurangnya saya tahu saya melakukan sesuatu yang betul(at least untuk diri saya).
Berbalik kepada bahasa pasar di atas, mungkin bahasa ini lebih trendy kepada remaja sekarang. Jika mereka terpaksa membuat karangan bahasa melayu di sekolah, tidakkah tergeliat lidah dan otak untuk menukarkan kesemuanya ke bahasa standard? Atau sebenarnya, bahasa trendy ini sebagai benchmark saya dan yang seangkatan dengannya sudah jauh ditinggalkan, outdated atau dengan bahasa yang lebih mudah, sudah tua!
nota cik ayu: 1)pening kapla! 2) age is just a number
Comments
haah same goes to me..fenin kapla den!