Korea - Day 3 ( Nami Island, Namdaemun Market & Seoul Tower)
Nampaknya apa yang telah dimulakan, kena habiskan jugak. Sebenarnya entry nih bertujuan untuk bagi sedikit info kepada sesiapa yang berminat untuk ke sana. Melalui nama tempat, waktu operasi, pilihan kedai dan pengalaman saya mungkin orang lain boleh merancang perjalanan mereka lebih baik lagi dan menjimatkan masa. Ini kerana itulah yang saya dapat melalui blog-blog lain yang saya baca terutama blog ita , terima kasih banyak-banyak. So hari ketiga, pagi-pagi lagi kami dah berkumpul di eki(station keretapi) untuk ke Nami Island. Nami Island ni kiranya di luar daripada Seoul, iaitu kira-kira 63km dan ke bahagian selatan, turun naik train adalah jugak dlm 2 jam perjalanan hingga ke station terakhir di Nami Island. Di sini, snow dah kelihatan sikit-sikit dan sejuknya memang hingga ke tulang hitam. Sampai sahaja ke station terakhir, kami menaik teksi dengan tambang 2600won untuk ke jeti. Tambang feri adalah 8000won untuk dewasa dan 4000won untuk kanak-ka...