omutsu

Bermula bulan 8 yang lepas, Ari dah tak pakai diaper kat sekolah, sebaliknya hanya pakai panty.  ya, di sekolah saje yea...Sebenarnya toilet training dah bermula since dia umur setahun lagi tapi start birthday dia yang kedua arituh barulah dia dapat lesen utk pakai panty kat sekolah.

Dalam sehari, saya bwk balik either satu or tak de langsung diaper yang kotor.  Kat rumah pon kecuali buang air besar, Ari hanya akan kencing bila ditanggalkan diapernyer untuk tujuan mandi atau cebok.

Di sekolah, dia memakai panty sepanjang masa, ke mana2 even dalam majlis2 rasmi sekolah macam birthday party yang dihadiri ramai orang termasuk parents tuh.  Yang menjadi isu di sini ialah cikgu-cikgu Ari yang begitu berani dan yakin dengan training yang mereka lakukan sehingga membiarkan Ari dan kawan-kawannya "berkeadaan begitu".  Apa yang membuat saya betul-betul salute ialah pada minggu lepas mereka ada bus trip ke pets' shop, dan budak-budak kecik nih hanya memakai panties sahaja sepanjang lawatan!

Bertentangan dengan sikap cikgu-cikgu itu, saya pula sepantas kilat akan memakaikannya diaper sebaik menjemput dia dari sekolah( dlm keta lagi tuh).  Apabila kadang-kadang saya lewat memakaikannya baju selepas mandi, tahu-tahu dia sudah siap berpakaian tanpa diaper. 

Ada jugak dia cakap "omutsu tak nak!". Tapi.......nanti dululah adik, mama belom berani, mama belom yakin, mama takut dan yang paling penting............mama malasssss.....


DSC_0023DSC_0021

Ari dan kawan-kawan bersiar-siar 

omutsu=diaper
p/s: ibu sendiri yang selalu tak yakin dan pandang rendah dengan anak-anak?? Adakah??

Comments

kawai ari chan.. suka sangat tgk perkembangannya.. bijak.. akak kena percaya kan dia la ita rasa supaya dia tak confuse...

btw.. nanti kalau akak nak tanya ita tentang korea tu leh la call ita akak nak gi bulan 12 berapa hari bulan ita bulan 12 balik msia dari 21/12.. ita rasa pilihan tempat tinggal dengan kedai brooch tu memang dah survey awal dan ita rasa terbaik sebab kedai brooch tu memng ramai tulis kat forum dan adik korea suggest... ita saja tulis pnjang entry ita tu bagi orang dapat info sikit tentang korea sebab sebelum ni ita survey ada info tapi kurang sikit
Idayu said…
ita,
tuh la..mama yg malas!

tq psl entry korea tuh..bnyk membantu.busy btol awak berjln2 yea. tiket x confirm lagi, tp pertengahan dis insyA. if nk tnya apa2, nnti akk call.
blk mesia naik airasia ker?..

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing