memandu di jepun

berpeluang memandu kereta di sini, nagaoka khasnya dapat dilihat beberapa perbezaan yang begitu ketara baik daripada segi sikap atau keadaan fizikal. Selain keadaan jalan yang kecik dan sempit yang memerlukan kita supaya lebih berhati-hati, warga tuanya juga masih aktif memandu. kenderaan yang dipandu golongan emas ini selalunya dilekatkan dengan sticker berwarna oren-kuning, selain memandu dengan perlahan terjadi juga kejadian bilamana pak cik nak belok kanan bagi signal kiri! adussss..

pejalan kaki dan penunggang basikal adalah sangat-sangat diutamakan, di mana-manapun terdapat ruang khas untuk penunggang basikal dan pejalan kaki disediakan. oleh itu, mereka sangat lah sesuka hatinya melintas jalan tanpa menoleh kiri kanan kerana priority memang untuk mereka. jadinya kitalah yang perlu lebih alert dan extra berhati-hati dengan golongan ini.

lampu isyarat tiada di kebanyakan simpang empat bukan jalan utama dan kebanyakan simpang juga tiada lampu isyarat untuk belok ke kanan. oleh itu, sikap bertolak ansur pemandu sangat-sangat penting dan japanese begitu berdisiplin daripada segi memberi keutamaan dan mematuhi giliran untuk melintaskan kenderaan masing-masing. kadang-kadang terpikir jugak, kalu beginilah keadaannya di Malaysia alamat berlaku kemalangan ler setiap hari. :)

satu keistimewaan dan kepakaran mereka ialah budaya memakir kenderaan dari arah bontot/belakang, yang pastinya untuk memudahkan urusan keluar kereta kemudian. rasanya, semua perbezaan itu masih boleh dipenuhi oleh akal yang waras kecuali satu-satunya sikap japanese yang buat saya geram iaitu lewat bagi signal untuk masuk ke satu-satu simpang. kita yang nak keluar simpang nih punyalah menunggu bagai nak rak, kereta yang memang dipandu laju tetiba bagi signal nak masuk simpang. sekuntum senyuman kambing sajalah yang dapatku berikan kerana sentiasa sedar diri ini menumpang ....:)

kereta idaman

Comments

misuarina said…
sana keta murah kan.. pas ni bolehla abg pian beli odyssey satu.. hangkut balik mesia! hihiii
Idayu said…
mis,
insyAllah kalu ader rezki:)
Kamalia said…
salam kak..mmgkn nihonjin ni..suke bg signal last2 minute..pastu,kot lintas jln,suke2 ati die jekan..taula raja jalan raya..huhh..tp driving kat sini rs lg selamat..bile balik mesia aritu,tgok org kite drive,eiii..seram..takut..:)
Idayu said…
salam..
yg paling kelako makcik2 br blk berkebun siap tolak keta sorong terkedek-kedek berjalan. dah la zebra crosing tuh signal hijau time kita nk belok kanan/kiri...mmg bahaya kan?

org msia terror...tp pelik kat jepun kurang accident kan?

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing