Korea - Day 4 ( Itaewon Mosque )

Akhirnya sampai ke episod terakhir jalan-jalan korea nih.  Hari terakhir schedule  kami agak ringan sedikit.  Pagi-pagi selepas subuh (subuh abis 7.50 am), kami sekali lagi ke Restoren Maharaja untuk bersarapan.  Kali nih menu disediakan secara buffet, iaitu berharga 600won seorang. Selesai bersarapan, kami pun menjejaki masjid Itaewon yang terletak berdekatan sahaja dari restoren tetapi perlu mendaki bukit yang agak tinggi.
Photobucket
perjalanan menjejaki masjid Itaewon.  kelihatan menara masjid di belakang

Di sepanjang jalan menuju ke masjid, kelihatan banyak kedai milik peniaga Islam. Masjid Itaewon pula terletak betul-betul di atas bukit dengan kawasan pemandangan yang sangat cantik.  Masjid ini dibuka dari subuh dan akan ditutup sesudah isyak.

Photobucket
kedai-kedai milik peniaga islam
Photobucket
di pintu masuk masjid

Photobucket
Photobucket
pemandangan dalam masjid

Selepas selesai menziarah masjid, saya dan anak2 balik ke hotel memandangkan ari chan yang masih belum kebah demamnya.  sementara suami, azi dan niza meneruskan misi bershopping yang belum selesai ke Flea market dan Namdaemun Market. Kami check-out pada jam 1pm sementara menunggu travel agent datang menjemput untuk dibawa ke kedai cenderamata sebelum akhirnya dihantar ke Incheon Airport.  

Alhamdulillah, kami akhirnya selamat sampai di Niigata pada jam 7.30pm selepas melalui penerbangan yang mendebarkan disebabkan keadaan cuaca yang buruk.  Sekian shj cuti2 korea kita untuk kali ini, rasa serik dah nak jadik traveller writer:P

Comments

Umie said…
Salam kak Ayu,

Selalu gak datang ziarah blog akak thru blog kak Zakiah tp x penah tinggalkan jejak..n3 nie rasa terpanggil2 plak utk mengomen..hehe

bagus sekali itinerary akak buat nih, boleh jd panduan utk bakal2 tourist yg lain..akak guna agent kan?ok tak caj dia?mana tau tetiba rasa nak terpegi korea..hehe
Idayu said…
umie,
salam. actually akk pun slalu perasan nama umie kat blog z. he3..tp malas jek nk mulakan langkah berkenalan...jahat btolkan?

tuhla, mmg niat asal nk bg info kat sesapa yg bakal ke korea sbb akk pun dpt bnyk benefit through blog kwn.tq la kalu umie rs mcm tuh, btw korea mmg best sgt utk melancong..

kami guna travel agent kat sni, 37000 yen sorang utk flight ticket, hotel 4hr 3 mlm, shuttle bus pgi blk airport n tourist guard which is the cheapest rate i think. 37000 yen = rm1400 lbh kurang. tp kan, rate tuh dpt time winter jek la kot..korea sgt sejuk time winter, lg satu tourist guard tuh utk hr pertama n hr terakhir jek..yg len jln sndri..tp xpe jln sndri lg best n x sush sgt pon..

itu aje for now, jupa lg nanti eh babai

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing