Posts

Showing posts from November, 2010

nilai

Image
masjid Kobe disebabkan perubahan cuaca yang semakin sejuk, waktu siang sekarang menjadi semakin pendek. dan waktu sembahyang pon semakin cepat.  jadinya, semasa kelas drawing saya akan meminta izin sensei utk solat asar sebentar kerana tidak sempat apabila blk nanti.  saya solat di ruang sebelah yang hanya dipisahkan dengan tirai daripada kelas drawing.  pada kali pertama, sensei siap bukakan lampu dan  bertanya samada saya perlukan heater.  dan begitulah rutin setiap minggu sehinggalah pada suatu hari saya uzur, sensei yang pelik bertanya kenapa saya tidak sembahyang..apabila saya menjawab saya "cuti", dia pon membalas "aaa...mai nichi janai ka?" ....(oo bukan setiap hari ker?) dan saya hanya tersenyum sumbing.. Islam dan jepun sebenarnya masih baru kerana dikatakan muslim pertama di Jepun ialah pada 1891, nihonjin pertama pergi haji ialah pada tahun 1909 dan masjid kobe adalah masjid pertama di Jepun, dibina sekitar 1934.  Ertinya Islam di Jepun hanya ...

akhirnya...

Image
akhirnya selepas menunggu lama dan melalui pelbagai susah payah, cheesecake ku muncul jua.....  Bukan sedikit orang yang terlibat dengan projek cheesecake saya nih, special thanks antaranya kepada asmara, kamalia, aishah, zeha n lia.  Jasamu kukenang jua, dan sebenarnya nih ant kebaikan berkawan ngan food blogger nih, sbb bnyk tips n idea diorng bagi.  Selain masa yg panjang diperuntukkan (setahun rasanyer) untuk menjiwai resepi dan bahan2 lain, kepayahan mencari gelatin halal sehinggalah kepada pencarian loyang springform membuatkan entry ini wajib dipostkan. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan...memang tepat 100% perumpamaan nih utk menggambarkan projek cheesecake sy nih.  tetapi ader beberapa kesilapan teknikal yang boleh diperbaiki utk next try antaranya: 1. kalu nk buat time sejuk2 nih, gelatin dilarutkan paling akhir iaitu selepas semua bhn siap dipukul.  rasanya, proses melarutkan gelatin nih paling mencabar, sbb lps tuang jek air panas ...

Salam Aidiladha

Image
 “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)  "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."( diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim) 

autumn

Image
bila sampai musim luruh, sana sini orang sibuk nak tengok daun merah atau kouyou.  kami pun sempat la jugak jenjalan tengok kouyou kat area sni.  Apapun, autumn memang cantik dan mendamaikan.  Kami menyelusuri tasik yang luas dengan bot untuk menikmati pemandangan daun-daun yang sudah bertukar warna kekuningan dan kemerahan sambil merasai kesejukan yang bukan sedikit.  Nih antara gambar favorite saya, dirakamkan sendiri oleh cameraman yang tak berteknik walaupun kamera rasanya dah canggih!

otanjoubi omedetou dada chan!

Image

Sejarah

Image
keratan akhabar utusan malaysia, 29/10/2010 Ini adalah hasil kaji selidik yang dilakukan terhadap sekumpulan warga Malaysia tentang pengetahuan sejarah mereka.  Kesimpulan yang dibuat ialah orang muda buta sejarah!  Ekoran daripada itu, kerajaan bertindak untuk mengkaji semula subjek sejarah dan bakal memperkenalkan subjek tersebut di peringkat sekolah rendah. Kenapa sejarah? penting sangat ker subjek ini sampai riuh rendah satu kampung memperkatakannya.  * Mungkin sejarah tak ada kena mengena dengan jenis kerja yang akan dibuat  atau yang dilakukan oleh kita seharian.  Tetapi tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain.  Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan ke arah mana kita akan pergi.  Mungkin kita percaya kita sedang maju ke hadapan tetapi sebaliknya kita sedang undur ke belakang. Memang, dalam kehidupan sehari-hari kita ...

pizza melayu

Image
saya tahu ramai yang terror buat pizza, dan saya bukanlah selalu sangat pun buat pizza.  Kalau buat pun, kadang jadik n sedap, kadang x berapa jadik.  Disebabkan saya tiada breadmaker, saya memang lah mengharapkan keajaiban agar dough pizza tuh menggebu.  dan disebabkan itulah saya terpikir untuk share resepi berikut di sini setelah percubaan saya berjaya, doughnya menggebu bukan sekali ganda tapi 3x ganda! Bahan: Topping: 1 ekor sotong (dipotong dadu) 1 keping dada ayam(potong dadu) 2 biji capsicum(potong dadu) 3 biji bwg putih(cincang) garam dan lada sulah secukup rasa Sos: Tomato cincang dalam tin sos cili lada sulah oregano basil Doh pizza: 140ml susu segar 2sb butter 2sb gula 450g tepung gandum 1 biji telor 2 biji kentang(rebus) secubit garam 1/2 paket(6g) mauripan(yis kering) Cara: Topping: 1. Panaskan minyak, tumis bwg putih sampai naik bau 2. Masukkan sotong dan ayam, masak sampai kering air 3. Perasakan, masukkan capsicum biar sekej...