Speaking London

Sejak kecil, saya begitu teruja untuk bercakap dan memahami bahasa inggeris. Tidak tahu mengapa, tetapi saya sangat beria-ia untuk bercakap inggeris. Namun, persekitaran saya (keluarga, kawan-kawan & masyarakat) tidak menggalakkan langsung untuk saya mempelajari bahasa tersebut. Minat itu tetap subur dalam diri saya sehinggalah zaman persekolahan saya.
Bersekolah di sekolah rendah melayu yang rata-rata muridnya terdiri daripada anak-anak orang kampung juga tidak memungkinkan saya untuk bercakap inggeris. Saya hanya belajar inggeris pada waktu pelajaran bahasa inggeris itu sahaja lah.

Semasa bersekolah menengah, peluang saya lebih terbuka kerana bersekolah di bandar, dikelilingi kawan-kawan anak orang berpendidikan dan berada yang memang pandai inggeris. Namun, untuk bercakap inggeris secara penuh memang tidak kerana stigma masyarakat melayu terhadap orang melayu yang berbahasa itu, selain sikap kita yang malu jika tersalah grammer atau salah nahunya. Semasa di tingkatan 3, saya memujuk ayah untuk mengambil tuisyen subjek inggeris dengan seorang guru inggeris yang berpengalaman, Mr Harinder Singh. Mengambil kelas tuisyen pada waktu itu bukanlah satu perkara yang biasa untuk sebuah keluarga sederhana seperti kami, yang saya memang tahu ayah tentunya banyak komitmen lain yang lebih penting daripada memenuhi impian saya itu. Bersama kawan baik, Mai Adlimah mencari sendiri rumah guru tersebut di sebuah taman di Kluang dengan menaiki bas. Mencari rumah yang hanya berdasarkan alamat dengan berjalan kaki di sebuah taman yang besar, tentunya sangat memenatkan dan membuang masa. Sepanjang belajar di rumah guru tersebut, kami terpaksa bersila di atas kerusi kerana anjingnya berlari-larian di bawah meja! Itulah antara cabaran untuk saya mempelajari bahasa ini.

Saya sangat berterima kasih kepada guru bahasa Inggeris semasa di MRSMJ, Mr Amin yang garang dan komited mengajar inggeris ketika itu. Tidak ada sepatah perkataan Melayu yang keluar daripada mulutnya, selain menjadikan pelajaran tersebut sangat menghiburkan, merentas segalanya. Kami disuruh membuat diari bercerita tentang apa sahaja setiap hari(lupa setiap hari atau minggu). Daripada situ saya mula mengasah bakat saya dalam bahasa ini sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, walaupun tidak pandai atau mahir sepenuhnya, saya dapat mengukuhkan keyakinan untuk bercakap dan menulis karangan berbahasa Inggeris. Saya juga minat membaca novel inggeris kepunyaan abang ketika itu. Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang untuk subjek inggeris semasa PMR & SPM, kemahiran berbahasa saya tidak ke mana.

Berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, saya memilih UTM yang pengantarnya BM. Sekali lagi impian itu, tidak kesampaian. Tetapi pada waktu itu, zaman vcd mula berkembang. Saya mengambil peluang menonton movie inggeris melalui komputer, juga salah satu cara untuk memperkaya bahasa tersebut. Apabila habis belajar, saya mendapat kerja di sebuah kilang jepun. Memang memerlukan saya bercakap inggeris dengan mereka, tapi bahasa inggeris yang biasa-biasa sebab saya dapati kemahiran mereka pun biasa-biasa sahaja.

Selepas menceburi profesion keguruan selama 5 tahun, satu tahun yang terakhir (sebelum cuti tanpa gaji) saya diberi peluang untuk mengajar subjek kimia dan matematik yang memerlukan saya menggunakan bahasa inggeris. Bagai orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang. Begitulah ibaratnya saya ketika itu, peluang itu saya anggap sebagai satu alasan yang kuat untuk saya bercakap inggeris, sekurang-kurangnya di dalam kelas, bersama-sama anak murid saya.

Sepanjang lebih kurang setahun mengajar kimia, pengalaman saya lebih kurang 40% pelajar akan menjawab dalam bahasa inggeris sepenuhnya manakala selebihnya dalam bahasa melayu+inggeris atau melayu sahaja. Pelajar-pelajar cemerlang memang menjawab dengan betul menggunakan bahasa inggeris. Tetapi pelajar-pelajar yang menjawap separuh melayu atau melayu sepenuhnya memang tidak ada isi, atau jawapannya salah sama sekali.(walaupun tidak semua) Jadi kesimpulan saya, ini bukan masalah bahasa. Masalahnya mereka tidak mengulangkaji, jadi tidak tahu memberi jawapan apalagi untuk menjawabnya dalam bahasa inggeris. Saya tidak lah begitu 'strict' , jawapan dalam bahasa melayu asalkan betul memang ada markahnya. Lagi satu, saya dapati guru-guru yang mengajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris sangat komited dan memang boleh berbahasa inggeris dengan baik(pengamatan di 3 buah sekolah). Walaupun kadang kala mereka tertekan dengan segala bebanan kerja: penilaian, kursus, penyedian peralatan p&p seperti lcd.

Sekarang, saya mengikut suami melanjutkan pelajaran di Jepun. Peluang itu nampaknya memang tidak ada, malah saya pula yang terpaksa mempelajari bahasa mereka. Tetapi, saya begitu dekat dengan dunia kerana kemudahan IT ini. Ini sahaja peluang yang tinggal untuk saya memperkaya dan memperbaiki kemahiran saya dalam bahasa yang saya minati di usia yang agak lewat ini.

Persolannya, perlukah PPSMI dimansuhkan? Adakah cukup dengan hanya bersandarkan kepada 5 waktu bahasa inggeris seminggu yang termaktub dalam jadual waktu itu, untuk menjadikan anak-anak kita sebaris dengan bangsa asing, menceduk segala ilmu dan teknologi dalam bahasa itu? Setelah berada dalam profesion ini(walaupun terpaksa pada mulanya), saya merasakan hanya orang-orang yang telus dan jujur sahaja yang layak berada di dalamnya tanpa ada apa-apa kepentingan peribadi. Walaupun suara hati saya tidak sampai ke pengetahuan orang-orang besar di kementerian, sekurang-kurangnya saya puas kerana dapat meluahkannya di sini. Mana tahu ada orang yang tersinggah dan menyampaikan, dapat memberi idea dan warna dalam keputusan yang dibuat kelak. Bukan untuk saya yang sudah terlebih umur ini, sekurang-kurangnya untuk anak, cucu, cicit kita iaitu generasi yang akan datang.

Comments

Nur said…
ayu..
bukan mudah jadi cikgu sebenarnya...kan?

my humble opinion,
actually kalu boleh biarlah sains & maths diajarkan dlm bahasa melayu..kenapa jepun x gunakan bhs inggeris sepenuhnya, but yet they still be the pioneer...?

mungkin students malas nk study sbb takut dgn bhs inggeris..anak sedara aku sendiri kalu aku bg hadiah buku bhs inggeris, mengeluh 'alamak, bhs inggeris?'

the idea is still in doubt..it is ok kalu mak bapak yg prihatin dgn bhs inggeris anak & ulangkaji sesama, & explain everything..but not everybody is THAT lucky esp in rural areas..

oppps...sorry..terpjg lak..heheh..
Idayu said…
senah,

tq..yelah pendapat masing2..mmg skang nih bila sebut BI semua pon mcm seram jer dengar. tp kalu kita tak mulakan sekarang bila lg?

kalu nk mansuh, bazir duit n tenaga. kalu nk maintain pun still kna guna bnyak duit n tenaga. apa salahnya diperbaiki n dipermudahkan, diperelokkan.. sekali x jadi, sekali rombak. rombak n rombak.yg jd mangsa, ank bngsa kita juga..pening kapla.

at first, mmg ader pihak yg kena berkorban n jd mangsa iaitu batch yg PIONEER misalnya yg dah tua mcm form4, tetiba kna tukar guna BI.sedangkan selama ini drpd tadika smpi form 3 guna BM. Tp alah bisa tegal biasa...bila dah fully english, means dh sampai masa di mana start from stndrd 1 dh english, bnda tuh dh jd senang..

pasal bangsa jepun tuh, mereka maju sbb sikap dan sifat mereka yang tekun, rajin dan bersemangat tinggi. mampu ker kita bngsa melayu yang terkenal dengan 'M' nyer tuh?? sebab kita tak sama n may be x mampu kita kena pikir cara lain yg lebih praktikal untuk tujuan itu..

hehehe..anyway, tq again..
Qimy said…
nak beckp ni jgn risau sgt bab grammar..dah lama3 terbiasa baru pk pasal grammar hehe..

yg penting sebenonya bunyik sebutan kena btoi..
Idayu said…
qimy,

haah betol..tp masalhnya nk memulakn brckp tu yg sush..lg senang kalu ckp ngan foreigner.

tp, actually mat salih tu pon ckp grammer tunggang langgang kn.
Anonymous said…
apa yg bleh aku kata.. kesian kt budak2 tu.. pening kaplo diorg! jap BI jap BM. kalo rase blom bersedia, blom abis wat research n xberkemampuan nk wat dlm BI baik xyah dulu in the 1st place. adatla benda baru bukannye terus bleh perfect. besala ada lobang sana sket, sini sket. yg terbaik adalah perbaiki lagi jgnlah ditukar 360degree. ni kang kena tukar buku teks baru ke plak?? hish.. masyhuk lagi kt depa.. iskh2 parents gak yg makin susah.

aku sokong blaja dlm BI sbb nye amik cth aku jekla.. dh blaja BI dkt 20 thn kt skolah tp xjugak pandai2 lagi.. huhuuu

anyway, just my 2 cents
Idayu said…
mis,

haah, tu ler kna org yg betul2 ikhlas,telus n yg btol2 involve dlm bisnes nih yg wat decision..

rombak suma skali mmg keputusan x cerdik. sian kat bdk2, mak bdk n cikgu2 nyer skali.

tu ler, kalu sik ckp melayu jadik ler mcm kita yg berpuluh2 thn blaja bi x pndai2 nih..kwang..kwang..kwang
tq for ur 2 cents!
lady zaini said…
This comment has been removed by the author.
lady zaini said…
haah, sy pun kesian budak2 tuh. cikgunya pun kesian, hihi...

masalahnya syllabus dlm english macam mengejut sangat. Patut start sebelum pre-school dulu (klu yg formal).

bagi saya bahasa ni macam juga sains, ada orang gifted dlm sains, ada gifted dlm bahasa asing, ada yg dua2. so sepertimana kita bagi option utk advanced/pure science, sy rasa bahasa pun perlu diberi option..

wallahua'lam.
cikgu2 mungkin lebih nampak kut.

tp betullah awak cakap, beza benar cikgu yg mengajar dengan tulus dan bersungguh,ilmu pun cepat jer sampai ke dada. iskk..sy salute betul guru2 macam nie. moga guru2 macam ni diberkati dunia akhirat
Idayu said…
zacque,

may betul n lebih mudah kalu start dr pre school, x perlu libatkan yang dah terlajak mcm form1-form6 tuh. ialah, orang lain2 kelebihan pon lain kan.kita pon tahu suma org x sama.

tu ler, sy pon terpaksa mengaku akhirnya yg sy rasa begitu dkt dgn dunia nih w/pun dulu 'terpaksa'. kihkihkih.

tp yg pasti, wlau apa pon alasan cikgu2 kpli msuk bidang nih pd mula2 dulu, bila ia berkaitan dgn amanah n tgjwb trhdp ank bngsa, kami mmg komited. apatah lg, cikgu2 yg mmg dilahirkan sbg seorang 'cikgu'..pekerjaan yang begitu mulia..
Anonymous said…
tp... kalo tukaq ke BM... xdpt la allowance 2... wpun xbyk, dpt le daku mbli kain kurung spsg kat gulati's 2 sekali-sekala...
Idayu said…
liza,
kwang kwang kwang. yes to all! actually allowance tuh pon sbg penggalak utk cikgu mengajar in english kn?

tp kalu nk dikira, kos yg dikuarkan olh cikgu utk tujuan itu spt membeli buku, kamus, tuisyen, seminar n etc mmg x cukup pon allowance tuh kn? tp, besa ler cikgu kn 'lilin'. beraninyer aku kuarkan statement maut nih!

btw, dh try bli ker japanesecotton? skang tgh jdk kegilaan bdk2 nagaoka, including me!

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing