clueless
sejak hari pertama menjejakkan kaki di sini, benda nih dah bermain-main kat kepala dan setiap kali itu jugaklah saya cuba mengelak untuk bercakap atau berfikir tentangnya.
Sehinggalah minggu lepas, benda nih terjadi lagi kepada seorang kawan di sini. Saya akhirnya berfikir secara serius, apa pendirian saya kalau ianya terjadi kepada diri sendiri??
Saya pun bertanyalah kepada hb, jika terjadi kematian di kalangan ahli keluarga terdekat, macamana??
Dia pun sebenarnya mengelak untuk berfikir benda yang sama. Saya katakan pada dia, bukan mahu mendoakan yang tidak2 kerana ajal dan maut tuhan yang tentukan tetapi sekurang-kurangnya kita sudah bersedia.
Kata dia, tak payah balik pun tak pe sebab kalau balik pun memang tak sempat nak jumpa. Tetapi dia tidaklah menghalang kalau saya ingin balik jika sekiranya melibatkan keluarga di sebelah saya.
Memang takkan sempat jumpa, yang pergi tetap pergi dan kita seharusnya berdoa untuk roh arwah. Tetapi saya mahu bersama-sama keluarga, berada di situ untuk sekurang-kurangnya menenangkan dan ditenangkan......
Moga sumanya sihat2 belaka dan dikurniakan umur dan jodoh yang panjang untuk kita bertemu lagi.
P/S: untuk cik L yang jauh di sana, tabahkan lah hati dan semoga kesedihan ini akan hilang bersama waktu..

Comments
mcm x terluah kan? harap2 sumanya akan ok2 jek...
ita,
amiinn..!
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2008/07/memoirs-of-ma-quotes-of-my-family.html
sorry to hear that. i'm sure dgn segala kesedihan n kepayahan masa tuh, menjadikan master awak begitu berharga n bermakna kan..