cabaran mama(updates)

salam ramadhan kepada semua. entry nih pasal dada n puasa. actually dada mmg dh dimotivasikan untuk berpuasa semenjak tahun lepas lg. jadi tahun ni kira tahun percubaan untuk dia mula berpuasa. bila tgk crita upin n ipin & diari ramadhan rafique tuh, mcm beria2 n confident jer dia nak berpuasa.

hari pertama puasa kebetulan sabtu, dia x sekolah. so mmg cantikla nak train dia puasa. mlm tuh masa kejut bangun sahur, dia tak mahu makan walaupon dipujuk berkali-kali,cuma minum air masak aje tapi still kata dia akan puasa esok. esoknya pukul 7.30pg dia dh bangun, lepas main2 ngan fareeha pkul 9.30 pg dia dh merengek lapar! bukan setakat merengek, kadang2 menangis kata dia lapar. so, nk bagi dia khayal n lupa pasal lapar tuh bagi la dia tgk crita rafique lagi...sepanjang tgk crita tuh dia ok, lagi2 bila sampai scene si maisarah perli2 rafique pasal x puasa bersemangat kejap la dia. bila tgk fareeha mkn plak mula lah berlinangan air mata mintak kesian. itulah critanya hari pertama dada berpuasa diselangselikan dgn menangis n merengek lapar hinggalah dia akhirnya berbuka pada pukul 11 pagi.

hari kedua pon tak sahur tapi dia mcm tough sket dr smalam. hari kedua we all bwk dia jalan2 kat tmn. kira berjaya jugakla bila dia leka main buai n basikal, lupa kejap psl makan. so hari kedua sampai pkul 12.30 tghari....hari ketiga kena pgi sekolah, n pagi2 tadi dh mkn nasi ngan fareeha.

masa saya dulu start puasa masa umur 5 tahun, entah macamana bole jadi begitu kuat semangat untuk menghabiskan puasa w/pon dh mula bersekolah tadika. masa di sekolah itu saya dan seorang dua kawan sahaja yg berpuasa, cikgu begitu supportive hingga membungkuskan mknan tengahari untuk dibawa pulang. bila ada anak sendiri, rasa macam nak dia ikut apa yg kita buat dulu. kalu mama boleh, mesti dada pon boleh. tapi iyalah, zaman dh berubah, mungkin dia kecik sangat lagi. kemampuan dan kebolehan seseorang pon berbeza-beza. bulan november nih, genap umur dia 5 tahun, rasanya sedang molek untuk dia mulakan. dia akan mengalami lagi situasi begini tahun dpn, dengan persekitaran sekolah yang memang tidak menggalakkan langsung untuk dia blaja berpuasa. kalu dia tak blaja sekarang, bila lagi? masa blk msia nanti InsyaAllah umurnya 8 tahun, takkan masa tuh baru terhegeh2 nak blaja puasa.

sesungguhnya memang berat cabaran ini, membesarkan anak di bumi asing yang memang pasti soal2 berkaitan agama dan aqidah terletak sepenuhnya di bahu ibu bapa. mungkinkah saya patut memikirkan alternatif lain? atau saya patut mulakan dengan weekend sahaja utk tahun ni? bersabarlah wahai mama, sesungguhnya barulah aku tahu susah senang mendidik dan membesarkan satu jiwa. Ya Allah permudahkan lah urusanku...ameen.

**alhamdulillah, skang dada dah berpuasa separuh hari. setakat 24 ramadhan nih, kira dah 17 hari la dia berpuasa. walau pon tak penuh, sekurang-kurangnya dia mencubakan? menangis n merengek lapar tetap maintain, tinggal mama jer kena pandai2 pujuk. caranya?? mulakan dari tengahari, iaitu pukul 11 pagi(weekends) dan 12.30(weekdays-sbb sekolah). so, dia dapat merasai kenikmatan dan kegembiraan waktu berbuka sekaligus merangsang dia untuk terus berpuasa. Omedetou anak mama!!

Comments

MyBotanG said…
I paham sgt perasaan you too.. Sofea pun still lemau lagi.. macam-2 negotiation dia time puasa nie.. but alhamdulillah yg improve Ramadhan tahun ni - dia mau solat berjemaah ngan kami almost all waktu.. maybe tahun ni Ramadhan kena time natsu yasumi..so byk chance dia nak observe apa yg kita buat..
For the time being weekend jek la yg i think the best time Sofea nak puasa.. but kejut sahur kul 2.30a.m mmg dia tak leh bangun..so time dia bangun at 7a.m tu trus bg breakfast merangkap sahur..tahan la till 3-4pm.. hopefully weekend akan dtg nie dapat la puasa penuh.. insyaallah..
がんばります!!
Idayu said…
Kak su, tu la akk mesti lg bnyk pngalmn. Bila ank dh besa ni tetiba jd risau bnyk btol nk kena ajar n didik, esp bab2 agama nih. Kalu kat msia, at least kat school dia ada blaja, mengaji, smayg, kwn2 pon posa..ada galakan utk dia buat suma tuh. Kalu sini, ibu bapa kena main peranan lebih, pulak tuh mulut dia pndai menjwb mcm2!
Wah, sofia dh posa ek? Bagusla, at least momentum dh ada. May be i should try on weekends, n bg dia mkn right after dia bngun kn? Tahan la sikit perut dia tuh, good idea, tq
Nur said…
ayu, aku dpt tips dr kwn aku. dia kata kalu nk ajar anak pose, start dr tgh sampai waktu berbuka. dia kata anak2 dia menjd cara mcm tu. umur 5 tahun da pandai puasa...aku pun nk try utk yana nanti...

gud luck yer..x pe, maybe menda ni baru utk dia.cubalaa ajak dia tgk upin ipin yg bulan puasa tu.:)
Idayu said…
Nur, haah bagus jgk idea ko tuh..tak terpikir langsung.bg dia rasa keseronokan berbuka dulu, then br ada feel nk posa penuh. Anyway, tqvm nnti kalu dh berjaya aku update yea, ganbarimasu mama!
misah said…
salam ramadhan Ayu dan keluarga.. tahniah kerana dah ajar anak berpuasa dr umur awal lagi. sabar..sabar, insyaAllah dada boleh buat, maybe memula ni susah sikit bnyk "cabaran" yg dada kene hadapi terutama bila dia kat sekolah.
Idayu said…
misah, tq.
hopefully, sumanya dipermudahkan.
liza said…
slm ayu..
da bsr da fareeha ek?.. happy belated bday 2 her.. ;-)
moga jd ank solehah yg mmudahkn ibubapanya.. amin
Idayu said…
Liza, tq. Bile nk hupdate blog aunty liza woi?

Popular posts from this blog

anjing

fuji san