khusyuk dalam solat

saya tak mahu ulas panjang2, rasanya semua orang sudah tahu dan lebih arif.
kadang-kadang kita sebagai ibu dengan anak-anak kecil, untuk khusyuk dalam solat 100% memang susah, semasa sedang sembahyang si kecil berlari ke sana sini, memanjat belakang, menarik telekung, bertanyakan something dan menangis minta sesuatu.  Berusaha untuk lebih fokus dan khusyuk, ini antara tip yang bole diapply dalam solat, 

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya selalu percaya Islam itu mudah dan Allah sentiasa menyayangi dan memaafkan hambanya, dan semasa "berjalan-jalan " tadi saya terjumpa ini, 
Khusyuk dalam solat adalah satu tuntutan yang penting. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mukminun, ayat 1-2] Akan tetapi kita adalah manusia dan bukannya robot sehingga memelihara kekhusyukan seratus peratus dalam solat adalah hampir mustahil. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak selalu khusyuk dalam solatnya.
Dalam hadis-hadis yang sahih diterangkan bahawa Rasulullah pernah memendekkan bacaan solat ketika mendengar tangisan bayi, agar ibunya dapat segera mengurusi bayinya. Rasulullah juga pernah bergegas bangun sebaik sahaja selesai solat kerana ketika solat, baginda teringat kepingan logam berharga yang tersimpan di rumah yang masih belum disedekahkan.
Para sahabat pernah mengucapkan salam ketika Rasulullah sedang solat dan baginda menjawabnya. Namun pada ketika yang lain baginda tidak pula menjawabnya. Apabila ditanya kenapa, baginda menjawab: “Dalam solat terdapat kesibukan”. Contoh-contoh di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w. juga tidak selalu khusyuk dalam solatnya. Saya mengemukakan contoh-contoh di atas bukan untuk membuktikan kekurangan solat Rasulullah, tetapi bagi menerangkan bahawa adalah sesuatu yang normal jika seseorang itu tidak khusyuk dalam solatnya. Ini adalah penting kerana ramai yang diserangi sindrom “terlalu khusyuk memikirkan bagaimana nak khusyuk hingga akhirnya tidak khusyuk langsung.”
Terdapat banyak petua untuk khusyuk dalam solat. Petua saya: Adalah lumrah untuk tidak khusyuk, maka jangan merasa sedih, was was atau gusar. Jika kekhusyukan lari ketika solat, maka tariklah ia. Beberapa ketika kemudian ia pasti akan lari semula, maka tariklah ia kembali. Petua saya memang aneh berbanding yang lain, tetapi ia memiliki dasar dari sunnah Rasulullah s.a.w.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Teringat semasa saya di UTM dulu, roomate saya seorang Chinese dan dia sangat baik.  Satu hari tuh, saya sedang bersembahyang dan dia tiba-tiba perlu ke cafeteria.  Lalu dia dtg dekat kepada saya yang sedang bersambahyang sambil berbisik " saya pergi ke cafe dulu ya", demi Allah hampir ketawa besar saya ketika itu tetapi terpaksa menahan perut dan meneruskan sembahyang.

Yang ini cerita kelakar yang diceritakan oleh ayah sejak saya kecik lagi, ceritanya lebih kurang begini:
Tiga orang pemuda sedang bersembahyang, tiba-tiba ada seekor kucing melintas,
A: Eh, kucing tuh tak ada ekor la
B: sshhhh....sembahyang mana boleh cakap!
C: Haah la, nasib baik aku tak cakap.

Comments

yatie chomeyl said…
lelaki C paling lawak okeh hehe

thanks for sharing this :)
Kamalia said…
sy setuju!mmg bila ade ank2 kecik ni,mmg agak susah tuk kusyuk dlm solat..masuk dlm telekung dah pasti,pastu panjat belakang pun ye jugak..duk depan kite, pastu bila nak rukuk or sujud, gelak2 smbil lari..kononnye kite tgh main ngan diorg..nak tggu diorg tido,mmg susahla..takut abis pulak waktukan..
btw,tips tu mmg bagus skali..thanx for sharing kak..:D
Idayu said…
yatie,
absolutely!!

dou ittashimashite...

kamalia,
paham3, bila kita rukuk or sujud dia "inai-inai baa" kan kita hu3.
pas nih, cpt2 kejo "en khusyuk" kalu dia lari!
Ajzie said…
Hehehehehe ragam anak2 memang macam2 kan Ayu. Tapi membiasakan mereka melihat kita bersolat dan ajak mereka bersolat juga penting.
Umie said…
funny ending..;-) btw,thanks kak share this info.. Muaz skrg pun kalau tgk mak ayahnye tgh solat sibuk aje dia berguling dtg dekat kaki kite..pastu sengih2x..hilang khusyuk jap..pasnih nak kena kejar balik le khusyuk tuh..;-)
Idayu said…
kak azie,

dada dh beso n phm, tp si kecik tuh la yg x phm lg.
haah,mmg penting sbb bila diorng dh biasa, time sy uzur pon dada tanya mama dh smayag ker?
sy pon dh kena start train dada smayang sikit2, tq sbb mengingatkan.

kak azie, sy follow cara akk train alya n ammar puasa which is start from tghari onward, separuh hr jek. dh 2 thn sy apply cara tuh..it works, dada rs gembira time bukak posa sma2 tuh..many thanks...

mcmna akk train ank2 smayg plak? dh start smayg ke bdk2 tuh?
Idayu said…
unie,
sma2, itu ingatan utk akk jugak sebenarnya..

eh, nnti dtgla jenjalan nagaoka..
salam kak,
lama tak singgah. sekali singgah byk citer yg menarik. Dalam pada tergelak baca citer ada jugak ilmu baru. thx for sharing
Idayu said…
piah,
sma2 kasih...

last sekolah dulu kat mna ek? ajo mped ker? akk dh x ajo dah hu3

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing