warga asing dan bahasa Melayu

Saya sebetulnya tidak tahu menahu tentang pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri yang berlangsung baru-baru ini. Apabila saja membaca surat khabar, saya jadi terpaku melihat sambutan yang begitu menggalakkan, 56 peserta dari 51 buah negara yang kebanyakannya berasal dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur. Pertandingan ini diadakan sejak 2007 dan sambutannya diberitakan semakin menggalakkan dari tahun ke tahun.

Senang sangat ke nak cakap dan fasih melayu? Sedang saya terkial-kial nak mempelajari bahasa Jepun dalam masa yang sama mendalami bahasa inggeris, hati jadi terharu dan bangga bila tiba-tiba bahasa sendiri mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Kesungguhan pihak penganjur wajar dipuji, kerana ini secara tidak langsung mengangkat kembali martabat bahasa Melayu yang pernah menjadi lingua franca semasa zaman kegemilangan tamadun Melayu dahulu.

Sedang Bahasa Melayu itu bagai dianaktirikan di negara sendiri: penyalahgunaan tatabahasa yang meluas pada papan tanda dan iklan, penggunaan bahasa rojak di kebanyakan media massa utama termasuklah pemimpin negara, pengunaan bahasa inggeris pada upacara-upacara rasmi negara dan ketidakmahiran rakyat malaysia terutama bukan melayu untuk menuturnya, ia diangkat sebegitu tinggi oleh orang luar, yang begitu berbeza budayanya.

Juara bagi kategori antarabangsa yang berasal dari China, Zhang Song khabarnya juga adalah anak didik kepada tokoh bahasa, Awang Sariyan yang kini profesor di universiti di negara itu. Juara bagi tahun 2007 iaitu peserta dari negara Rusia pula, Olga Vasilevskaya melanjutkan pengajian peringkat sarjananya di Malaysia. Beliau tidak menggunakan bahasa rojak sebagaimana yang digunakan majoriti kita, malah penguasaan bahasa melayunya bagai seorang guru bahasa.

Harap-harapnya, kita tidak akan menjadi seperti pendatang di negara sendiri, bilamana nanti pekerja-pekerja Nepal dan Bangladesh di stesen-stesen minyak lebih fasih melayunya daripada kita yang memang melayu.

Cuba-cuba google youtube cari kalau-kalau ada video yang berkenaan, dan saya jumpa yang ini. memang memukau tapi video tak berapa clear sebab tak nampak muka!
Pemidato dari Negara China

Pemidato Russia, Olga Vasilevskaya

Tapi dalam banyak-banyak video yang saya jumpa, cukup terpikat dengan minah Australia sorang nih, begitu lemah lembutnya dia.

Comments

manisnya org australia ni lembut je...ooo kira hebat juga ye bahasa melayu diperkenalkan luar negara...bangga pulak...hihihi
Idayu said…
imah,
haah, rasa comei jer minah omputih nih ble dia ckp melayu..
mmg bangga!

Popular posts from this blog

anjing

fuji san