Sistem Pendidikan Awal di Jepun

Berpeluang untuk tinggal di sini, saya begitu teruja untuk menghantar anak-anak ke sekolah Jepun sambil melihat dan belajar selok belok sistem pendidikan awalnya. setelah genap setahun khaleeda dan fareeha ke sekolah, sesuatu yang boleh dikongsi bersama ialah pendidikan peringkat awal mereka sangat menitikberatkan aspek kesihatan (iaitu melalui aktiviti senaman dan pemakanan) dan kemahiran asas.

aktiviti senaman atau pergerakan anggota tubuh badan paling banyak mengisi slot seharian mereka. seawal pagi lagi mereka ber'exercises' seperti melakukan pelbagai aktiviti gimnastik, berjoging dan melompat. lebih kurang satu jam pertama setiap hari diperuntukkan untuk aktiviti fizikal ini. kanak-kanak juga disajikan dengan menu pemakanan yang seimbang, merangkumi semua diet yang diperlukan oleh badan. Satu yang pasti berbeza, kanak-kanak diajar makan sayur-sayuran samada mentah atau direbus separuh masak, dan cikgu akan sentiasa memastikan mereka melicinkan tray masing-masing!

kanak-kanak diajar kemahiran asas seperti menukar dan melipat pakaian, naik tangga dengan cara yang betul dan cara-cara melintas jalan yang selamat. kanak-kanak seawal umur 1 tahun seperti fareeha diajar untuk mengambil, membuka dan memakai diapernya sendiri. setiap pagi mereka diasuh untuk membersihkan diri dan kencing di tandas, malah fareeha dan kawan-kawannya juga sudah boleh makan menggunakan sudu dan garfu sendiri selain minum susu menggunakan cawan.

selain itu, untuk aktiviti bebas mereka dibiarkan bermain bersama kawan-kawan dengan alat permainan yang disediakan atau menonton video cerita kartun. Aktiviti nyanyian(koir) dan permainan alat muzik juga dilihat penting di kebanyakan sekolah di sini. Dalam banyak acara, mereka akan mempersembahkan koir dengan pelbagai jenis lagu dan persembahan alat muzik seperti keyboard dan kebanyakan sekolah mempunyai pasukan brass bandnya sendiri.

Untuk slot p&p sebenar, cikgunya menggunakan sistem flash card dengan meluas, iaitu setiap hari dengan kadar kelajuan yang agak tinggi. maksudnya, kad-kad itu ditukar dengan laju sambil kanak-kanak membaca paparan pada kad tersebut. Untuk subjek matematik, cikgu menggunakan sempoa yang besar saiznya. aktiviti-aktiviti pengiraan, tambah dan tolak dilakukan secara terus dengan sempoa tersebut sambil kanak-kanak memberikan jawapannya. Apa yang pasti, slot p&p sebenar ini sangat ringkas kaedahnya, ringan isinya dan sekejap masanya.

Kesimpulan yang boleh dibuat, sistem pendidikan awal mereka sungguh memenatkan dengan pelbagai aktiviti fizikal tetapi pada masa yang sama membiarkan kanak-kanak enjoy their child hood as much as they can. Dan anak-anak saya kelihatan sangat gembira setiap kali ke sekolah dan sangat letih setiap kali pulang ke rumah. Saya?? juga sangat-sangat gembira..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Khaleeda, saya hantar ke sekolah(taska) sewaktu berumur 2 tahun setelah merasakan dia tidak berbuat apa-apa di rumah pengasuh melainkan melihat rancangan akademi fantasia setiap hari. Tidak sampai sebulan di sekolah itu, dia sudah boleh menghafaz surah al-fatihah, sesuatu yang menakjubkan dan saya betul-betul gembira. Di taska itu, dia diajar mengaji setiap hari, belajar sembahyang dan bacaan-bacaan di dlm sembahyang, belajar subjek sains, matematik dan juga english di samping aktiviti-aktiviti lain. Setiap hari, dia akan dibekalkan homework at least 1 page per day dan buku sains matematiknya sangat tebal untuk kanak-kanak seusianya. Yuran semesternya, boleh tahan mahal beserta berjenis-jenis buku lagi yang perlu dibeli. Saya memang kagum dengan pencapaiannya sepanjang dia bersekolah di situ. Sebenarnya, ada pilihan taska atau nursery lain yang lebih santai dan ringan pengisiannya, tetapi sengaja kami memilih sekolah tersebut.

Bercuti pulang ke Malaysia baru-baru ini, saya tidak dapat menyembunyikan kebimbangan yang bukan sedikit melihat anak saudara sebaya khaleeda boleh membaca buku. Lantas pelbagai buku saya belikan untuk bekalan khaleeda dan fareeha di sini. Dan semestinya menjadi tanggungjawab saya untuk mengisi segala kekosongan dalam sistem pendidikan jepun ini kepada anak-anak.

Seorang kawan yang baru kembali for good ke malaysia dari jepun menghadapi saat-saat sukar penyesuaian anak-anaknya dengan sistem persekolahan di Malaysia. Selain masalah bahasa, anak-anaknya juga tidak pandai membaca jawi, menambah sukar untuk mereka mempelajari subjek agama Islam. Jadi, anaknya menangis sehari sebelum periksa kerana berasa pasti tidak dapat menjawab soalan untuk subjek tersebut. Maka, ibunyalah yang terpaksa berkorban untuk membantu anak-anak catch up semula syllabus yang tertinggal dalam waktu penyesuaian ini.

Bekas supervisor suami, Profesor A melanjutkan pelajaran ke UK dalam usia yang agak lewat, di mana anak-anaknya sedang bersekolah menengah ketika itu. Sekembalinya ke tanah air selepas habis belajar, dia dengan penuh rasa tanggungjawab memperuntukkan masa membantu anak-anaknya untuk catch up semula pelajaran yg tertinggal, setelah mengenangkan betapa anak-anak telah berkorban untuknya sebelum itu.

Kesimpulan:
1) Sistem yang mana yang kita rasa terbaik untuk anak-anak kita?
2) Salah ke sistem pendidikan awal di Malaysia yang kebanyakannya yang agak berat dan membebankan kanak-kanak?
3) Kita mahu anak-anak kita hidup gembira macam kita kecik-kecik dulu tanpa apa-apa bebanan, tapi dalam masa yang sama kita tak nak dia ketinggalan kan? tamak sungguh kita nih??

p/s: ini adalah pandangan peribadi saya melalui pemerhatian sendiri terhadap sistem hoikuen(tadika kerajaan) di sini. Mungkin salah atau tidak tepat atau tidak lengkap untuk dijadikan model bagi menggambarkan keseluruhan sistem pendidikan awal di jepun. Harap maklum.

Layan mata dengan video-video fareeha dan khaleeda semasa open school, kibougaoka hoikuen 7 Mac 2010 yang lepas.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Comments

mis said…
mmg mostly kt mesia ni preschool nye agak 'berat' ngan subjek2 mcm primary school dh. kesian gak kdg2 kt budak2 sbb kita nk diorg enjoy blaja instead of pressure sbb nk siapkan homework takut cikgu marah!

tp personally, kitorg xpressure haziq sgt bab2 akademik ni (for the time being la) sbb kitorg nk dia enjoy n feel that learning is fun. kalo malas wat homework pon kdg2 xkesah hihii.. but 1 thing for sure, mmg cantik kalo bleh balance btwn academic n emotional/physical aspect (extracurriculur ye?)
misah said…
saya seperti tertarik dengan entri ini. tidak dinafikan, sistem pendidikan awal kanak-kanak di malaysia sekarang ini banyak menjurus kepada 3M (membaca, menulis dan mengira)dan telah sedikit sebanyak mengabaikan aktiviti2 yg sepatutnya.Ini adalah kerana "demand" ibu bapa sekarang yg ingin anak2 mereka cepat membaca seawal usia.Ada juga ibubapa menghantar anak2 mereka kelas2 tuisyen walaupun anak mereka diperingkat tadika. Semasa saya menghadiri oreintasi Arissa disekolahnya (ibubapa pun kene orientasi), pengetua tadika telah berpesan kepada ibubapa jgn risau sekiranya anak2 diusia 4 thn tidak boleh lagi membaca, kerana kanak2 masih diawal usia 4 thn adalah tempoh dimana proses pembelajaran sosial,berdikari,emosi dan berkomunikasi. Dalam pada masa yang sama,kanak-kanak dapat belajar secara enjoy. Alhamdulillah, walaupun yurannya agak sedikit mahal dr yg lain, kami berpuashati kerana anak kami dapat belajar mengikut yg sepatutnya seperti umurnya.
p/s: kalau dulu tadika kemas selalu dikaitkan dgn tadika nyayi2..sekarang tidak lagi. murid2 tadika sekarang sudah mempunyai homework dan ada kelas tambahan.
misah said…
Ayu.. sori ye komen panjang2. seronok juga dapat berkongsi pengalaman.
Kamalia said…
salam..k.Ayu..mmg betul apa yg akak cakap tu..sblm kami smpi ke sini lg, Dr M (kwn suami)die dh psn awl2..bwkla buku ape yg patut utk ajar anak mmbaca bila kat Jepun ni..Jadi,1st parcel received frm M'sia, satu kotak je pnuh dgn Buku2 utk ank2..Iqra' pun adela jugak(tp blm mula ajr lg..huhu)..Dr M tu cite,ble blk M'sia dulu(dr Jpun),ank dia dh msuk drjh 3 kot,jd ade mslh dgn subjek BM..kena anta tuisyen..agak susah jugakla sbnrnya utk kita mengajar ank2 mmbaca kat sini..yela,kat skola bljr nihongo,bl kat umah nk kena ajr romanji pulak.(yg ni xperience kwn yg dh nk blik bln 4 ni)..itula, yg saya pulak blum cuba ape2 lg..br ajar baca skit2..bole jugakla Amni buat..xtau dah skola nnt,mst dia agak confius kot..akak ajar dada cmne pulak??die x confius ke?x tye ke nape skola blja lain,kat umah blaja lain?nk gak tau cmne agak ajar die? TQ..menarik n3 nih.:D
Idayu said…
mis,
preschool kat msia mcm berlumba2 nk offer services terbaik, pulak tuh parents pon mmg demand lebih psl academic nih. so, kalu crita bab ank2, tukang sapu tuh pon nk yg terbaik utk ank dia..sanggup anto tuisyen bagai.ada saudara aku yg mmg berjaya dlm bisnes w/pon academicnya tak tinggi, still anto ank dia ke sek yg terbaik. padahal dia penah bitau, tinggi manapon pencapaian academic, x menjanjikan peluang pekerjaan yg lebih baik @ kesenangan hidup.

bagusla kalu korang x pressure haziq, biar dia enjoy dulu time2 kecik nih..lgpon bdk laki2, kecik2 dia blom show off dia nyer talent lg..nanti dh beso hah ko, result gempak2!

tpkan mis, berada di sini, keadaan aku skang mmg tak dpt tidak buatkn aku risau psl ank2.semuanya kena bersedia dr awal..bukan pressure,just bg dia biasa dgn sistem sekolah kat msia,adat dan suruhan agama.kalu x nnti, dia jugak yg susah..bnyk yg kena berkorban. InsyA, bole kot. doakan ler
Idayu said…
misah,
tuh la...kalu kita biarkan ank2 kita enjoy jer, nnti dia jgk yg tertinggal.ada ker mak bpk yug nk ank dia rasa/tertinggal compared to org lain. system pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan @ IQ based. rasanya mcm x balanced dgn EQ dan aspek2 kerohanian yg lain.

dan mentaliti kita mcm dh diset kan, blaja pandai2, masuk u then dpt kija bagus.padahal, instead of masuk u ada jgk pekerjaan2 lain yg lbh bagus dan mendtgkn kemewahan hidup mcm pelukis,penulis,pengubah lagu.mentaliti yg sudah diwarisi, saya pon tidak terkecuali.

oh yea ker tadika kemas skang dh upgrad? bagusla mcm tuh, dulu sy pon tadika kemas jer:).tadika kemas dpn umh mak sy tuh hidup segan mati x mahu, hampir2 ditutup sbb x cukup stdt. ramai org kpg yg anto ank ke tadika PASTI. tgk, org kpg pon dh tahu menilai yg terbaik utk ank2, walaupon byrnnya mhl sedikit.

drp sudut yg lain, bagus jgk..lps nih bnyk la org msia yg pandai2..makin ketat la syarat nk masuk u he3x.

p/s: sy sukalah sekolah arissa, yg part blaja bhs cina tuh.org cina respect org melayu yg tahu mandarin tau.nnti bnyk rahsia2 berniaga boleh diperturunkn.!
Idayu said…
kamalia,
tuh la, org kata sediakan payung sblum hujan kn? akk x risau sgt psl dada, sbb dia ada pengalaman 4 thn hidup kat msia, penah jgk sekolah kat sana.so far dia masih ingt bnyk vocab melayu, instead kami pon guna melayu kat umh. dia mmg bole twist nihonggo-malaygo or vice-versa, hopefully kekallah mcm tuh. cumanya, surah2 lazim yg sudah dihafaz dulu hilang begitu shj he3x.
kalu nk risau pon tang fareeha kot, coz dia mula blaja ckp n membesar kat sni.kami akn ttp guna melayu or english sket2 bila kat umh, dh emak bpknyer pon nihonggo jouzu janai yo.:P

terus terang, mmg akk ajo dada kat umah setiap hr. bukan utk pressure, tp nk bagi dia biasa, supaya dia tak susah jgk nnti.bnda nih bukan ambik masa sebulan dua, tp lama. so, akk buatkan mcm rutin harian dia, sikit2 tp kerap.setiap hr, 1:mengaji iqra' 1 page,2: baca peter n jane 3 pages,3:buat soklan maths 10 soklan,4:bc cerpen melayu dlm 5 baris gitulah. tp suma depends pd dada, kalu dia penat kdng2 buat 3 out of 4, tgk keadaanlah. kdg2 terlampau penat, langsung x buat apa2 terus tidur ha3x.

dulu2, takde abm.akk potong kadbod n tulis suku kata. dia mmg dh get used to it, bila beli jer set membaca ms blk msia arituh,senang jer nk abiskn bacalah anakku series.

moga2 akk istiqomah dlm usaha ini, insyA. good luck utk kamalia juga.
Kamalia said…
kami dah mula ajr amni guna bacalah anakku, tp itula..x istiqomah..buat skjp je..mcm sy nak ajr amni agk ssh jgk,twin ni mst nk duk mnlong kakak diorg blaja.aritu babah die yg ajar,bolela die ikut,tp itula,babah die pun sibuk yg sgt2..jd,bile sy bc akak pye n3 tu,mmg buat sy trsdr..smlm mula blik mgjr amni..twin pun dh ok,dh bole main sndr,xdela dok ngacau kitorg lg dh..time kasih k.ayu..InsyaAlah, moga kita dipermudahkan dlm usaha mengajar dan mendidik ank2 kita..:D
Qimy said…
ayu!

mcm ni la. xtau sama ada msia aje negara yg mengamalkan belajo taim tadika atau idak sbb dulu kat US tadika dia pon xde akademik. tp umo budak 5thn tu dah kira musti dah stat belajo. tp sebelum umo 5thn mmg kita kena bg dia main puas3..

uncle aku ada sebut, bagus la budak3 skrg bg dia main apa yg patut, jgn paksa dia belajo dulu. sbb nanti bila taim dah kena belajo(5thn keatas), dia dah x pandang dah sgt mainan.

mungkin kelako la bila dipkkan, tp ada betulnya..tu sbb sistem pdd japan/us tekankan bab kendiri n hiburan utk kanak3 umo bawah 5 thn :)

wallahua'lam.
lady zaini said…
interesting article, just exactly what u said there - kita memang tamak. tanak anak terbeban tapi bila kita kena 'tekanan kiri dan kanan' sebab anak org lain pandai..mulala kalut.

the point not to be forgotten, is the kid herself. Kalau dia hepi atau boleh go on dengan sedikit tekanan, why not.. vice versa :)

Banyak dugaan sekarang nih.. :(( kadang2 rasa tersepit nak buat pilihan..
Idayu said…
qim,
oo mcm tuh ker?so kira system kat US secara rasminya start umo 5 thn la ek? awal la dr msia....tq 4 the info anyway!

z,
iya, kita buat yg terbaik utk ank2, dlm masa yg sma biarkn dia jd bdk2...biar dia enjoy puas2 kn? jgn jdk mcm sufiah yusuf sudah laa
amali_ibrahim said…
Salam,
saya baru balik dari tokyo for an educational trip. sempat meninjau hoikuen di sana. sangat tidak dapat dinafikan bahawa kanak2 di sana tidak dibebani langusng. To compare here in Msia, sebenarnya demand from parents menyebabkan preschool kita bersaing dengan slogan mereka masing2..before 5 can read..Itu jadi masalah besar ita apabila readiness dalam kanak2 belum mantap...
saja nak share dengan you..
amali
Idayu said…
amali,
tq for drop by. ya, mmg ada perbezaan, kita amik yg baik buat tauladan. sesuatu perlu diperbetulkan kalaupon tidak diperbaiki dlm sistem kita..tugas sapa tuh ek?

Popular posts from this blog

anjing

fuji san