Speaking London
Sejak kecil, saya begitu teruja untuk bercakap dan memahami bahasa inggeris. Tidak tahu mengapa, tetapi saya sangat beria-ia untuk bercakap inggeris. Namun, persekitaran saya (keluarga, kawan-kawan & masyarakat) tidak menggalakkan langsung untuk saya mempelajari bahasa tersebut. Minat itu tetap subur dalam diri saya sehinggalah zaman persekolahan saya. Bersekolah di sekolah rendah melayu yang rata-rata muridnya terdiri daripada anak-anak orang kampung juga tidak memungkinkan saya untuk bercakap inggeris. Saya hanya belajar inggeris pada waktu pelajaran bahasa inggeris itu sahaja lah. Semasa bersekolah menengah, peluang saya lebih terbuka kerana bersekolah di bandar, dikelilingi kawan-kawan anak orang berpendidikan dan berada yang memang pandai inggeris. Namun, untuk bercakap inggeris secara penuh memang tidak kerana stigma masyarakat melayu terhadap orang melayu yang berbahasa itu, selain sikap kita yang malu jika tersalah grammer atau salah nahunya. Semasa di tingkatan 3, saya me...