Farhan

Sejak mula mengajar, saya selalu dapat pelajar lelaki. maklumlah subjek teknikal, makanya lelakilah yang paling sesuai.  Semasa di kluang, satu-satunya sekolah yang saya dapat mengajar mengikut optian, saya mendapat sekumpulan pelajar yang betul-betul samseng.  Mereka ini langsung tidak diberikan harapan, perokok tegar sejak kecil sampai bibir dan jari birat, pelajar-pelajar bermasalah dan samada gagal/ atau mendapat keputusan tercorot dalam pmr. Pendek kata, kalu tengok muka memang sebijik muka orang pecah rumah lah. Bersama nurul, bukan sedikit ujian dan dugaan yang kami hadapi untuk mendidik mereka, sampai hati sendiri kena jadik keras mcm tembok batu. Dan semalam, seseorang menegur saya di facebook.

Mohd Farhan: salam cikgu 
saya:---- 
Mohd Farhan: sihat..ckgu igt sy ag x? 
saya:---
Mohd Farhan: btl2 
hihi geng degil 
ckgu kt oversea ag ke? 
saya: mcmna interview polis? (dia pernah minta sy doakan ms nk pgi intvw)
 Mohd Farhan: da kje da pn ckgu 
sy kne kt penang 
 saya:--- 
Mohd Farhan: ha'a..2la berkat beleter ckgu la sy dpt plis..
sy tdo ckgu simbah air hihiihihh 
saya:-- 
Mohd Farhan: btol2..
sy x lpe mak ayh sy..
dpt je gji kt dowg dlu sy bg..
time sy nk bls jase2 dowg 
kwen lmbt ag ckgu xde clon hahaha 


Bab dia tidur saya simbah air, serius tak ingat.  Samada banyak sangat orang yg dah saya simbah or banyak benda yg saya dah baling untuk sedarkan diorang, yang pasti simbah air tuh cuma setakat benda2 comel yang pernah saya buat.
Saya tak pasti perasaan saya masa dapat mesej nih, yg pasti hati saya berbunga-bunga.  Sebenarnya kita tak tahu masa depan, setiap orang ada harapan dan kita tak boleh walau sekelumit pon pandang rendah pada mereka. Sekurang-kurangnya saya lega kerana dia menjadi "ORANG".
dan selang beberapa jam, saya dapat mesej nih
Mohd Farhan: salam..
nie no sy..0105672345..24 jam b'operasi..
klau ckgu da blk dtg la penang..jln2..
klau kne saman bg kt sy insyaallah setel..hehehe
yang ini memang confirm saya tak ajar!

Comments

yatie chomeyl said…
sejuk ras ahati kan kak As bila dpt msg engitu dari bekas student. erk, yg msg last dia tu paling menyejukkan hati. tp tu no phone betul Farhan ke kak? baik akak cover kalau tu nombor betul dia, karang ramai pulak yg call dia mintak tlg bila kena saman eheh
JHaZ KiTaRo said…
heheh. nice story... anyway, salam kenal.. kalau nak baca my experience travel ke 46 buah negara, sila2 la singgah my blog (Aku Sebutir Pasir).. :)
lady zaini said…
hahaha...
no tepon tu takper ke publish, nanti ramai pulak orang penang call :P

jadi cikgu dan pendakwah ni, pahala berjalan walaupun selepas mati. iinaa~ :D
Aju Hashim said…
selamat hari raya ayu..nnt nk mintak tolong anak murid setelkan saman..wahaha

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing