Tandas
Orang kata, kalau kita mahu melihat orang lihatlah tandasnya.
Orang juga kata, kalau kita mahu melihat negara lihatlah pemandu teksinya.
Tandas kita macam mana? Tandas-tandas awam di stesen-stesen bas, taman bunga or stesen minyak? Selain bau hancing dan tidak sempurna tahap kebersihannya, dinding-dindingnya juga diconteng dengan luahan perkataan yang tidak sepatutnya. Lebih teruk lagi tiada bekalan air dan sampah sarap juga terutama diaper anak-anak yang dibiar bertaburan. Mungkin tidak semua, tandas-tandas awam di KLCC misalnya jauh lebih baik dan moden. Disebabkan itu, ada tandas-tandas ini dikenakan bayaran kerana dikawalselia oleh pihak swasta yang mana pada hemat saya masih juga jauh jika mahu dibandingkan dengan kualiti tandas-tandas awam di sini.
Di sini, di mana-mana ada tandas, percuma lagi. Semua kedai n tempat yang saya pergi ada tandas. Tahap kebersihan tak payah cerita sebab saya sampaikan boleh bersembahyang di dalam tandas yang dikhaskan untuk orang cacat/menyalin napkin baby disebabkan tiada tempat khas untuk solat(biliknya besar, selesa dan ada kemudahan). Semasa saya di masjid terapung terengganu suatu waktu dulu, waktu itu di awal-awal penyempurnaan pembinaannya sewaktu mahu mengambil wuduk, saya melihat diaper kanak-kanak dibiarkan bersepah-sepah disebabkan tong yang disediakan kecil. Apa yang membuatkan saya begitu marah dan kecewa, diaper itu dibiarkan dalam keadaan terbuka melimpahkan isi dan baunya tanpa inisiatif si ibu untuk menggulung dan menampalnya dengan pelekat yang sedia ada. Itu pon nak kena ajar ker?
Mentaliti rakyat sesebuah negara diukur berdasarkan pemandu teksinya. Itu orang cakap, saya pon tak tahu sejauh mana kebenarannya, mungkin kerana mereka antara barisan hadapan yang berhubung secara langsung dengan pelancong. Pemandu teksi kita macam mana? Selain bercakap hingar bingar soal politik dan busy body atau terlebih ramah, bayaran yang dikenakan jugak tidak berpatutan atau senang cakap tak ikut meter. Kalau ada yang tak puas hati, berpiket dan buat mogok lapar? Tapi, bukan semua kan, mungkin segelintir sahaja tapi segelintir inilah yang mencerminkan dan memberi kesan kepada keseluruhan sistem. Teringat saya kisah dulu-dulu semasa naik teksi dari Pudu yang dipandu oleh pemandu yang bersinglet dan badannya penuh bertatu. Cara pemanduannya yang mengalahkan Michael Schumacher membuatkan saya dan kawan menggeletar dan mengucap banyak-banyak dalam hati. fuuuhhhh! Itu belom cerita handset pertama yang saya beli tertinggal di dalam teksi dan sah-sah dikebas oleh si pemandunya. Boleh sangat jek kalau dia nak pulangkan balik....
Semasa kami di Korea, pemandunya sangat berhemah. Selain berpakaian kemas dan segak, mereka juga tidak banyak cakap atau cakap mana yang perlu sahaja. walaupun kebetulan masa itu jalan jam teruk kerana sambutan krismas, caj yang dikenakan sama sebijik macam yang tertera dalam meter. Begitu jugak kedaaannya semasa kami menggunakan teksi dari Masjid Itaewon untuk balik ke hotel. Jaraknya sangat dekat, tak sampai 1km mungkin tetapi disebabkan cuaca yang sangat sejuk kami memilih teksi dan caj yang dikenakan juga sangat-sangat murah berpatutan dengan jarak perjalanan dan semetinya mengikut meter dan pemandu itu tidak pula mengambil kesempatan disebabkan kami pelancong.
Orang kata banyak berjalan luas pemandangan. Memang betullah bagai di kata, semakin banyak berjalan semakin terbuka luas mata, semakin sakit hati dan semakin sedih mengenang negara sendiri.
Comments
hujan emas di negeri org kan...tp kita bertuah la jgk sbb dibukakan mata utk tgk bnda2 yg "out of the box".
btol, kitalah yg bertnggungjwb nk betulkan itu ini nnti, insyA..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
as,
akk selalu masuk mmg nk tumpang smayg selian salin diaper.
kat sni, tak de kija yg hina dina kan..semua org rasa bangga ngan kija masing2..
uuishhh sampai mcm tuh skali ker? teruk btol..itulah sikap kebanyakan kita sebenarnya. masalah sikap yg mmg masalah utama org malaysia or to be exact org melayu!
sabar mis, sabar! ader hikmah tuh...kot2 pas nih dpt keta br..:)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
ita,
kalu pgi tandas awam kat tmpt2 yg ada matsuri ker, mmg ada kecah skit la tp still consider boleh pakai lagi la..
ha3 button like lupa nk letak!
driver bus pon ada pompuan gak kan. ensem lagi!
wahh mesti tandas umh wie bole buat tdo nih..
tu lah aku pon mcm tuh, kalu tgk tandas x selera mmg sampai sudah terbantut segala 'bisnes'. bila dtg sni tgk tandas bersih gile, sampai jatuh cinta. mmg betul, kalu nk tgk orgnya mcmna, tgklah tandasnya kan?
Interesting observation Ayu.. keep it up
dah baca dah...lagi teruk dia kena "bancuh" ngan taxi driver eh..
thanks!