jodoh terpanjang


BEATRICE dan  Walter, kedua-duanya berusia 100 tahun.

LONDON: Jika hendak berbicara mengenai perhubungan, Walter dan Beatrice Postings pasti mengetahui satu atau dua perkara.
Mereka yang bercinta sejak muda sudah berkahwin selama 80 tahun, sekali gus menjadi pasangan Britain paling lama hidup sebagai suami isteri.
Kini, dengan kedua-duanya berusia 100 tahun, rumah tangga yang mereka dirikan telah melalui dua perang dunia, pemerintahan lima raja dan 19 perdana menteri.
Kakitangan sebuah rumah penjagaan orang tua sering melihat pasangan romantik itu berpegang tangan.
Pasangan itu tidak segan untuk mengaku mereka berbuat demikian setiap hari.
Ketika menjelaskan bagaimana hubungan mereka dapat bertahan begitu lama, Beatrice berkata: “Saya hanya mencintainya. Itu saja.”
Walter yang mesra dengan panggilan Wally pula berkata: “Semuanya berlaku kerana sikap tolak ansur.”
Pasangan yang berasal dari Burnham-on-Sea, Somerset, berkenalan di satu majlis ketika berusia 18 tahun.
Anehnya, Beatrice jatuh hati pada Wally kerana dia sering menarik rambutnya. Mereka berkahwin pada 1929.
Hasil perkahwinan itu, mereka memperoleh tiga anak, empat cucu, lapan cicit dan dua piut.
Pasangan itu menjalankan perniagaan barang antik pada 1951 sehingga bersara pada 1975.Mereka dinobatkan sebagai pasangan paling lama berkahwin selepas kematian Frank Milford dari Plymouth minggu lalu, yang hidup bersama isterinya, Anita, selama 81 tahun. - Agensi

Bila baca artikel nih, rasa sejuk jer hati...bestnya couple nih, relationship diorng last forever. Lagi satu petua berguna, selalu bertengkar pun dapat mengeratkan perhubungan. sebab melalui pertengkaranlah kita memahami kehendak masing-masing. tapi dengan syarat pertengkaran itu mesti diakhiri dengan perdamaian segera iaitu sesapa yang buat salah kena mintak maaf dulu.

Selalu berangan-angan kalau dah tua nanti kalau diizinkan Allah nak habiskan masa bersama-sama hubby,buat gardening sikit-sikit, pegi masjid naik harley davidson (jaguh pon bole),ngeteh malam-malam kat kedai mamak sambil tunggu anak cucu balik time weekend or holidays.

agak-agaknya by that time nak tak hubby:
  • berjalan berpegangan tangan macam muda-muda dulu
  • makan bersama kat McDonalds sambil bercerita kisah-kisah manis dulu
  • tengok wayang cerita romantik bersama
  • membonceng saya dengan basikal tua
  • berpeluk dan bercium di hadapan anak-anak
hehehe selalu berangan tak abis-abis, bak kata orang berangan tuh free, tak kena bayar. Kekadang kita kena tunjuk contoh yang baik kepada anak-anak...apa salahnya kan??

Comments

mis said…
ayu, apsal tua2 br nk naik harley?? x rock la lu... naik la ms muda2 cenggini.. (suh pian hangkut 1 cepat! hahaaaa)
Idayu said…
mis,
haha..x nk la, muda2 naik keta,dh tua br naik motor baru best!!
naik motor pgi masjid senang parking hehe
Nur said…
skrg nk hubby cium ai pun kena marah dgn yana..hehehehe...tp kan, skrg cam da jd budaya bila anak2 da bsr, mk bpk ronda2 spend time together pakai motor besar..:)mmg best!!
Qimy said…
kalo tgk muka pian, ada tokoh la nak kekal sampai tua nanti ayu..

psst, ckp pian since aku dah puji3 tu, sila3 la bg duit raya hik3..
Idayu said…
nur,
kann? best tuh ronda2 naik harley!
oooh yana jeles ek?
Idayu said…
qim,
insyA, amin...dia mana bole idup tanpa aku kekeke.
duit raya? setakat 100 yen no probs!meh sini amik..bukan setakat 100, 500 pon aku bole bg.
Anonymous said…
heheh . moga moga kita semua berkekalan dgn pasangan hidup kita sampai hujung nyawa.. dunia dan akhirat.. ameen
Idayu said…
fireflies...
ameen!!

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing