ppsmi oh ppsmi

sekali air bah sekali pantai berubah.....finally the government has made the decision that science and mathematics will be taught in Bahasa Melayu effective 2012.

tentunya bukan sedikit pertimbangan yang dibuat sebelum keputusan itu diumumkan.

serentak dengan itu juga, pelbagai langkah untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa inggeris turut dikemukakan.

masa depan anak bangsa menjadi taruhan untuk keputusan yang dibuat itu.

memang patut pun ppsmi dimansuhkan.

bahasa jiwa bangsa. bahasa melambangkan bangsa si penuturnya. maksudnya kalau orang melayu bercakap inggeris dia membelakangkan bangsanya.

bahasa melayu perlu didaulatkan. caranya dengan menggunakannya secara meluas dalam semua aspek kehidupan. dengan itu bahasa melayu akan berkembang, maju dan berada di tempatnya yang tersendiri.

penggunaan bahasa inggeris dalam p&p didapati melebarkan lagi jurang pencapaian pelajar2 luar bandar dengan pelajar bandar.jadi, dengan mansuhnya ppsmi, jurang itu dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

guru2 juga didapati ramai yg tidak mahir bertutur dalam bahasa inggeris, juga tidak menggunakannya semasa p&p, jadi lebih baik tak payah guna terus bahasa inggeris.

semua masalah ini dapat diatasi dengan pemansuhan ppsmi.....

tetapi bukankah kita perlu sedikit bersabar sebelum menuai hasil yang diharapkan? bukankah kita perlu bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? bukankah sebuah perjalanan bermula dengan satu langkah.....

watashi???? wakaranai.....



Comments

Ajzie said…
Wakaranai..
Idayu said…
kak azie, watashi mo wakaranai.hehehe

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing