Terima kasih Cik S!

Terpegun dan terharu dengan sikap bertanggungjawab Cik S.
Dia bukan sesiapa, hanya guru sekolah rendah biasa dan yang lebih membuatkan saya kagum lagi bertambah pelik dia berbangsa India dan sudah tentulah beragama Hindu.
Tetapi sikapnya sangat berbeza dengan kebanyakan Melayu yang sah-sah beragama Islam dan memegang kuasa untuk melaksanakan dasar dan menguatkuasa undang-undang.
Setelah mengesan, katanya dia telah memberitahu pihak sekolah dan beberapa guru agama lain di sekolah sama.
Tidak cukup dengan itu dia juga menghubungi pejabat agama islam untuk memaklumkan tentang "penemuannya" yang dianggap serius.  Tetapi katanya juga dia merungut kerana tidak mendapat respon yang cepat daripada pejabat itu.
Beliau seterusnya menghubungi pejabat-pejabat lain termasuklah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat.
Sedar aduannya itu tidak mendapat respon yang diharapkan, dia lantas menelefon penulis akhbar dan juga pendakwah Ridhuan Tee Abdullah.
Melihat kepada usahanya yang begitu bersungguh-sungguh, tidak malukah kita umat islam yang tidak berbuat apa-apa untuk membantu menyelamatkan ummah sendiri?
Sebenarnya isu yang lebih pokok di sini ialah aqidah anak-anak murid cik S yang telah cuba dipesongkan sedikit demi sedikit dengan cara yang begitu halus oleh pendakwah kristian yang cukup bijak dan berdiplomasi.
Tetapi apabila saya membaca artikel ini, perasaan marah lebih ditujukan kepada mereka yang sepatutnya bertindak dan memikul tanggungjawab terhadap isu ini.
Senario pahat hanya boleh bekerja bila ada penukul sememangnya sudah sangat2 sebati dengan kita, sampaikan isu yang ter amat penting ini pun dilengah-lengahkan.
fuuuhhhh, banyak betul benda yang perlu diperbetulkan. kerja siapa nih ek?

Saya memang tertanya2 apakah ganjaran/kelebihan yang cik S dapat melalui usahanya yang bersungguh-sungguh ini, tapi sampai ke sudah saya tak jumpa jawapan.
Tetapi saya sangat pasti, dialah cikgu sejati yang tidak pernah mengenal warna kulit semta-mata untuk mendidik dan memastikan anak-anak didiknya menjadi orang berguna.

Dan setelah penulis akhbar terbabit menyiarkan rencana khas tentang pendedahannya itu, ini respon cik S,

‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.
“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.
“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”


Artikel penuh boleh dibaca di sini

Comments

Umie said…
masyaAllah..doa saya semoga Allah meniupkan NUR hidayah buat cikgu S..;-)

selamat hari raya ye kak Ayu..;-)

Popular posts from this blog

anjing

fuji san