bahagian

melihat seorang kawan menghadapi kesukaran yang amat sangat untuk melahirkan zuriatnya baru-baru ini, membuatkan saya terkenang kembali peristiwa sama 7 tahun dulu.

pengalaman pertama yang masih segar bugar dalam ingatan.
sakitnya memang tidak tertahan, dan tak terungkap dengan perkataan.  hanya yang pernah mengalami dan merasainya tahu bagaimana kroniknya di saat kita bergadai nyawa melahirkan zuriat sendiri.
pernah rasa berperang sendirian dalam labour room selama 8 jam.
pernah rasa dipindahkan secara emergency ke hospital lain semasa rahim sudah pon terbuka 10cm. Driver ambulance memecut mengalahkan schumacher, bunyi hon bertali arus sedang 2 orang nurse memegang badan dan mententeramkan saya.
pernah rasa pengalaman di"vacuum" bayi, dan akhirnya masih tak keluar juga
pernah rasa pengalaman di"forcep"bayi, yang akhirnya bayi berjaya dikeluarkan tapi kepala dan mukanya bengkak dan lebam sana sini.
pernah rasa pengalaman dijahit selama 2 jam sambil mendengar doktor dan nurse bercerita tentang persiapan menyambut raya masing2.
pernah rasa sakit bekas jahitan yang tak hilang2 walaupun selepas seminggu bersalin.

Itulah pengalaman melahirkan Nurkhaleeda dan selepas itu saya mengambil masa 4 tahun untuk menambah zuriat lagi.  Saya bersyukur kerana kesukaran dan kesengsaraan itu membuatkan saya kuat dan tabah.
Kuat berdoa.
Kuat bersembahyang hajat.
kuat mengaji.
Kuat menambah ilmu tentang kehamilan dan kelahiran.
Seingat saya, saya bersolat hajat hampir setiap hari, berdoa mohon dipermudahkan kelahiran kedua.
Mungkin, pada kelahiran pertama saya lalai dan kurang berusaha. Tapi untuk kali ke2, saya mahu lebih bersedia dan kuat menghadapinya.
Tuhan maha adil dan penyanyang.
Kelahiran kedua yang sangat  mudah, cepat dan menyenangkan, walaupun sakitnya masih sama. Alhamdulillah..

Itulah bahagian masing2. ada orang senang bersalin tapi Allah uji dengan kesukaran waktu mengandung. Ada orang senang kedua2 nya, tapi Allah uji pula waktu membesarkan anak.

p/s: saya masih terbayang2 di saat kekalutan mahu melahirkan itu, saya sempat terpikir tentang mati. Agaknya betul kata orang, sakit bersalin itu sakit kedua selepas sakit mati. wallahua'lam.


Comments

Popular posts from this blog

anjing

fuji san