menambah zuriat??

sebelum datang ke mari, mak ngah saya ada berpesan" jangan ada anaklah ya kat sana". rasanya lately, ramai sungguh yang tanya soalan " tak nak tambah ahli keluarga ker?". iyalah, duduk bercuti lama kat sini, daripada goyang kaki lebih baik tambah zuriat kan?

tapi itu pendapat orang, saya dan hubby ada pendapat dan perancangan sendiri. setiap pasangan ada masalah masing-masing dan hanya pasangan itu sahajalah yang tahu. bagi saya, anak adalah sesuatu amanah tuhan yang sangat berharga dan perlu dididik dengan sesempurna mungkin. ia bukan sahaja memerlukan persediaan mental tetapi juga fizikal yang rapi termasuklah soal kewangan dan kesihatan tubuh badan. saya mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang, termasuklah soal penyusuan badan, dan didikan kepada anak tersebut, sehinggalah saya rasa saya cukup kuat dan bersedia untuk menambah lagi zuriat dan si kecil pula cukup mendapat apa yang sepatutnya dia perolehi dalam usianya yang masih kecil itu.

sesungguhnya hanya kita sahaja yang tahu kekuatan dan kekurangan diri. jadi perancangan dibuat mengikut keupayaan dan kemampuan diri sendiri. dalam keadaan hubby yang sibuk, saya tidak fikir saya mampu menghadapi saat-saat sukar sendirian di samping dua orang anak yang kian membesar. saya juga tidak mahu menambah beban kepada hubby. masalah bahasa dan budaya yang berbeza juga menguatkan lagi alasan untuk menangguhkan perancangan memiliki zuriat dalam masa terdekat. jadinya, persediaan rapi memang dibuat untuk tujuan itu:). tetapi, siapa yang mampu melawan takdir tuhan. jika memang ditakdirkan untuk dikurniakan zuriat juga dalam tempoh masa ini, kami menerimanya dengan redha dan syukur.

sebenarnya, saya cukup tabik spring pada kawan-kawan yang mampu bersalin dan berpantang di sini. dengan keadaan yang serba serbi sukar, mereka mampu melaluinya dengan tabah dan sabar. kepada yang ingin dan merancang untuk menambah zuriat, dipersilakanlah. sesungguhnya, pahala bagi sesiapa yang meramaikan umat Muhammad di dunia ini.

berbalik kepada soal perancangan, saya rasa cukup sedih, rimas dan marah(??) apabila setiap kali melihat paparan atau cerita-cerita keluarga miskin di mana bilangan anaknya sangat ramai. sungguhpun anak itu rezeki tuhan, kita masih boleh berfikir dengan waras dan memilih untuk merancang kehamilan. dalam keadaan suami isteri yang dhaif dan serba kekurangan seperti cacat anggota, mereka ternyata cukup seronok menambah zuriat. tidak terfikirkah mereka apa yang mampu mereka berikan kepada anak-anak tersebut? cukupkah dengan sekadar kasih sayang dan makan nasi berkuahkan air? selebihnya meminta-minta belas ehsan orang untuk membesarkan anak-anak yang ramai.

kalau kita lihat masyarakat cina dan india yang miskin, bilangan anak mereka tidak ramai dan pastinya mereka cukup sedar tentang tanggungjawab berat untuk membesarkan anak-anak yang ramai. persoalannya, apakah tiada kesedaran untuk merancang kehamilan, sedangkan berbagai-bagai cara termasuklah ada yang boleh diperolehi secara percuma di klinik-klinik kerajaan. bila melihat senario ini ditambah pula dengan kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa rasanya pendidikan seks di sekolah memang wajar dilaksanakan. tepuk dada, tanya hati!



fareeha 3 bulan, khaleeda 4 tahun.

Comments

salam kak.. ita paling suka entry ni.. sebab ita pun alami benda yang sama.. ita setuju pendapat akak.. kita punya perancangan tersendirikan.. walaupun tahu kita merancang Allah merancang namun perancangan Allah lagi hebat... kalau diberi nak buat macam mana.. tapi di dalam doa biar la sekarang bukan waktunya sebab banyak kekangannya.. kadang terasa juga dengan soalan kawan2 yang seperti tidak memahami tanya berkali2 soalan yang sama.. sampai naik fedup pun ada.. sebab kat sini ramai yang tambah ahli keluarga tinggal ita je belum.. huhuuu.. pening kepala.. tambahan bila wang nak tambah anak ni naik.. bagi ita bukan duit yang dikejar tapi persediaan untuk menjaga anak2 yang cemerlang itu yang patut difikirkan..
Kamalia said…
salam kak..sy pun sm cam kak ita..suka n3 nih..sy sokong pndapat akak...sbb sy penah alami benda nih..amni baru 9bulan, sy preggykn twin pulak..mula2 dpt tau yg sy preggy tu,memg sy sedih sgt(menangis tu xyah nak ckpla..kering air mata)..yela,amni kecik lagi pastu kn stop BF kn die .tapi,2hari lps tu,dptla terima kytaan..rezeki sy tuk dpt ank mmg cepat sgt..jd,skrg ni memang kalau dgn izin Allah,xnak tambah ahli lagila..dah balik mesia sok br tambah..Insya Allah..sy dah rasa mcm2 cabaran n dugaan nak membesarkn ank 3org(twin lg tu)..Alhamdulillah,skang ni sume dah besar sikit,ade rase lapang jugakla.:))
p/s:mereka ni memang concernkn kite,tapi,xpe akak buat xtau je dengan soklan diorg tu..hehehe..
lady zaini said…
kitorang dulu 7 tahun jugak lerr panas telinga dengar orang tanya bila nak ada anak..nak bawak jumpa bomoh la ustaz la itu ini..
tak sedar ke diorang yang bertanya tuh, qada' qadar bukan kita yang tentukan... reseki masing2...

sedih pulak baca komen kamalia..
Idayu said…
ita,
haah, setakat tanya tak pe. tp kalu selalu tnya, mahu tension jgk jdnya.he3x. suma org berbeza, lain org lain cara n kita x bole paksa/suruh org ikut kita. betul, yg penting kualiti bukn kuantiti. kita ada ckp psl bnda nih arituh kn?:)

kamalia,
akhirnya susah pyh awak dh berbaloi bila tgk ada 3 org permata dpn mata.akk mmg kagum dgn kamalia, tak suma org bole thn mcm nih.
anggaplah itu suma pengalaman berharga.

z,
ingt x ms first time kita jupa masing2 xde ank lg. siap bitau kalu sapa ant kita dh pregnant jgn lupa bitau tau...hihihihi...lama tuh 7 thn, kalu sy bukn setakat panas lg...dh terbakar!

Popular posts from this blog

anjing

fuji san