laskar pelangi

kali pertama tengok filem nih selepas membaca tentangnya dalam blog DR MAZA.  kepada sesiapa yang tak tahu, ini sebuah filem Indonesia yang diadaptasi daripada novel dan kisah benar yang berkisar tentang perjuangan bangsa melayu yang miskin dalam menuntut dan mengembangkan ilmu.

cerita bermula di sebuah daerah terpencil, Belitung yang kaya dengan hasil bijih timah dan menjadi tumpuan dan lubuk emas oleh kuasa besar untuk mengaut segala hasilnya.  Sebuah sekolah islam untuk anak-anak miskin didirikan sekitar 1974, dengan segala kekurangannya.  Dua manusia hebat yang berani bermimpi dan mempunyai cita-cita untuk membangunkan bangsanya dengan segala kekurangan yang ada, menghadapi kesukaran yang bukan sedikit.  Mimpi mereka hampir musnah apabila tidak dapat memenuhi syarat untuk sekolah tersebut beroperasi iaitu sekurang-kurangnya 10 murid, sehinggalah ke saat terakhir seorang anak istimewa tetapi berjiwa besar melengkapkan bilangannya, seterusnya membawa sinar kepada guru-guru dan kawan-kawan.

Sebuah sekolah yang mana pendidikan agama dan budi pekerti bukan sekadar pelengkap kurikulum.  kecerdasan bukan dilihat daripada nilai-nilai atau angka-angka tetapi dari hati.  sekolah  yang melahirkan anak-anak hebat, sehebat watak utamanya lintang.  lintang, anak sulung kepada seorang nelayan miskin, menjadi murid pertama di sekolah itu, pemangkin semangat untuk kawan-kawan belajar dan juga seorang genius didikan alam.  Scene di mana lintang lewat ke pertandingan kuiz disebabkan buaya melintangi jalannya ke sekolah begitu memberi kesan, bagaimana tabahnya dia untuk menunggu sang buaya berlalu, sedang kawan-kawan begitu tidak sabar menunggu kedatangan hero harapan mereka.

saya betul-betul menangis apabila lintang akhirnya menjadi murid pertama yang terpaksa meninggalkan sekolah kerana desakan hidup. " kami semua sedar, lintang tidak punya peluang untuk meneruskan persekolahannya. seorang anak laki-laki tertua keluarga pesisir miskin yang tidak memiliki ibu dan kini ditinggal ayah, haruslah menanggung nafkah keluarganya.  ditanggung sepenuhnya oleh anak sekecil itu.  kami harus melepaskan seorang genius didikan alam.  murid pertama ibu mus, orang yang ingin sekolah ini tetap ada, orang yang selalu berusaha datang lebih pagi, sekarang harus menjadi yang lebih dulu meninggalkan sekolah ini"  


kalau ada kesempatan luang-luangkanlah diri untuk menonton.  filem yang suci dan cantik, dengan dialek bahasa indonesia yang mudah difahami, tanpa ada apa-apa tarikan glamour tetapi yang pasti ada 'sesuatu' di dalamnya.  kata-kata berharga daripada bapak guru besar "hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya". Selamat Hari Guru!

Comments

Kamalia said…
salam kak..actually,kami dah lama cr buku laskar pelangi ni..tp xjmp..xtaula pulak ade filem die..nnt cuba tgok filem die ni lak..Selamat Hari Guru..:)
misah said…
Ayu.. Cerita laskar pelangi ni mmg bagus. Adik ipar saya yg download. Kami menonton cerita ni bersama2 sikecil Arissa. Actually mmg elok utk tontonan anak2 supaya mereka tahu erti kepayahan dlm kehidupan. Lagipun bahasa dia pun mudah utk difahami walaupun takde subtitle.

p/s: lagu OST dia pun best jugak.
The best part lirik dia "Mimpi adalah kunci, Untuk kita menaklukkan dunia..."
misuarina said…
happy teacher's day, cikgu ayu!
Idayu said…
kamalia,
terbalik la kita...akk cuma tahu psl filem sbb baca dlm bnyk blog org, tatau plak kisah benar n ader novel ngeheee...silalah berurusan ngan en youtube yea..:)

misah,
mmg best! sy tgk 2x...meleleh-leleh air mata nih, dh ler gembeng! sejak jdk mak nih, gembengnyer menjadi2..ngehehh
haah, lagu dia mmg best n simple!
Idayu said…
mis,
tenkiu...tenkiu...dh tgk cita nih blom?
Anonymous said…
salams,

akak tau citer laskar pelangi ni dari kawan2 indonesia dan allahyarham supervisor akak. kalau dikutkan asalnya dari novel kemudian difilemkan. menurut kwn2 akak tu bukunya lg sedih.. akak bc sekerat citer ni then terstop sbb apa tah tak ingat..

lepas ni akak bertekad nak habiskan bc buku tu (nak kene download) dan nak tgk filem ni..kat mana nak download citer ni ek?

btw, pelakon lintang tu ms dia dewasa tu ario bayu kan? mak dan ayah dia kat nz sini kenalan kitaorg..

thanks for sharing!! love it!bg semangat pd akak..
Idayu said…
kak nani,
waa buku lg best ker? slalu mcm tuh la kan, tp tgk filem pon dh sedeyy n best hu3x..novel tuh mmg best seller kat indon kn?

dwnload tatau kat mna, tp we all tgk kat youtube jer..rerajinkn tgn mengelick ngehehhh.
tatau pasal pelakon, tp diorng ader jejak siapa sebenarnya lintang kat daerah belitung tuh tp x jupa..katanya cuma watak imaginasi penulis jer..pelakon kanak2 tuh suma mmg budak2 belitung katanya..

welcome!:)...good luck anyway!

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing