nilai yang terhakis

walaupun berada jauh, tidak sedikit pun rasa tertinggal dari Malaysia. saya masih berhubung dengan keluarga dan kawan-kawan, makan dan memasak makanan Malaysia, membaca surat khabar melayu, bercakap Melayu dengan anak-anak dan kawan-kawan, malah masih menonton tv dan mendengar lagu-lagu melayu terkini(melalui internet). Pendek kata memang mcm duduk kat Malaysia jugak! Jadinya segala permasalahan sosial yang berlaku begitu ketara sekarang ni memang tidak lepas menjadi kebimbangan saya juga.
isu-isu lapuk seperti pembuangan bayi yang tidak berdosa dan kes ragut yang semakin berleluasa even di dalam pagar rumah sendiri benar-benar menyesakkan lagi dada dan fikiran. segala punca dan langkah penyelesaian kepada masalah tersebut dah banyak dibincangkan dalam surat khabar. Malas dah rasa nak ulas atau panjang-panjangkan..

saya juga seorang ibu, pernah rasa melahirkan tetapi hairan bagaimana mereka ini begitu kuat dan mampu untuk melahirkan sendiri dalam keadaan serba kekurangan dan tak sampai beberapa jam selepas itu punya kudrat luar biasa untuk pergi membuang bayi sendiri..betullah kata orang untuk menutup aib sendiri, perasaan sakit dan lemah ditolak tepi. tetapi tiadakah sekelumit rasa sayang melihat muka si comel yang pernah tumbuh subur dalam rahim sendiri, berapa banyak kah lagi dosa yang perlu digandakan? Dan selepas perbuatan terkutuk itu berjaya ditutup, tenang dan bahagiakah hidup untuk selama-lamanya?


rasanya, kita perlu berbalik kepada langkah untuk memperkukuh dan memperkasa institusi kekeluargaan itu sendiri. anak yang dididik dan dibelai dengan kasih sayang berlandaskan nilai-nilai keislaman yang jitu, insyAllah tidak akan hanyut dan terlindung daripada melakukan perkara-perkara tidak elok. kita pon ader anak-anak kecil, risau bila pikir balik susahnya nak membesarkan anak-anak pada zaman siber nih. uisshh banyak batul cabaran n dugaannya baik kepada ibu bapa dan anak-anak itu sendiri.....
Masyarakat Malaysia terutama melayu sudah semakin hilang moral dan nilai kemanusiaannya, betul ker??

p/s: tengok pics kat atas nih pon dah meleleh air mata, terbayang-bayang muka ari chan..

Comments

misah said…
ayu.. pagi td saya ada tgk rancangan mhi kat tv3. apa yg mengejutkan saya, didalam survey pelajar2 ipta, lebih 50% melakukan seks kuar nikah, a.k.a zina. itu belum lagi perangkaan mengenai peningkatan anak luar taraf setiap tahun.

rasanya sbgai ibubapa zaman siber ni amat mencabar untuk mendidik anak2. pada saya, teori yg kata jgn menggunakan perkataan tidak kepada anak2 tu kene kaji semula. ada kalanya kita mesti melarang dgn terus terang supaya anak2 tau terus maksudnya.

p/s: dekat sekolah pun guru2 tak boleh nak tegur murid2 sekarang ni. klau tegur sikit, mak bapak nak saman guru. padahal guru tu mendidik bukan sahaja mengajar. kebnykkan ibu bapa skrang berkejar2 utk anak dapat results pereksa straight As, guru pula tersepit.

heheh..dah melalut plak saya ni..sori ye..
mama syg said…
yup...kami suami isteri akan terdiam, memendam rasa bile dengar berita buangan bayi ni kak...meruntun sangat jiwa ni...
Idayu said…
misah n mama syg,
thanks for all your concerns..hopefully keadaan will be better soon, kita diberi petunjuk n kekuatan utk mendidik ank2 kita menjadi insan yg kamil...insyA.
lady zaini said…
Zaman kita dulu ayah dah sibuk keja sampai petang, balik tetap ajak main silangkata sama-sama, pastu baca buku sama-sama. Ujung minggu panjat bukit, redah gua sama-sama. Kalau ada hari apa-apa kat sekolah mesti tak penah miss datang. Sibuk macam mana pun, tak pandai macam mana pun, mak ayah tak pernah lepas tnggungjawab kat orang lain. Semua kenangan tuh buat saya tanak buat benda2 yang memalukan orang tua..

-Pendidikan agama..
-Pemantauan anak setakat yang mungkin sehingga dewasa dan berumahtangga
-Dan bab kata misah, tak kejar A semata-mata..

3 benda nih yang saya harap saya tak lupa sampai bila-bila

p/s:(setuju dengan misah, kajian yang jangan kata 'tidak' tuh tak menyeluruh)
Idayu said…
z,
seronok rs bila kenang blk zmn kita membesar dulu ek, serba kekurangan tp penuh dgn kasih syg.ayah sy didik mmg penuh disiplin.

sy pon rs kita mmg kena garang dgn ank2, ikut mcm mak bpk kita dulu didik kita. tp ikut situasi lah. mcm sy kalu bab ngaji tuh, dada main2 mmg sy marah btol2, sampaila dia buat elok2...yg pnting kita didik ank ikut acuan kita sbb hanya kita yg kenal n tahu ank2 kita mcmna.insyA, kita sama2 didik anak-anak kita jd org yang berilmu dan berakal.
sy tatau plak psl kes buang bayi n dera kat nihon nih, ada bukak tv tapi xde plak perasan pasal tuh..manusia dh semakin hilang moral, yg islam pon dh tak mcm islam kan...apapun, baby tuh mmg x berdosa.

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing