orang kita

bila dh duduk jauh nih, dpt peluang balik bukan main melonjak-lonjak lg rasa hati. seronok bukan main. terbayang segala yang indah-indah tapi dalam pada tuh ada benda2 jugak yang menjentik rasa...

masyarakat berbudi bahasa dan penyayang
a)lokasi:KLIA
selepas sampai KLIA, mengikut prosedur biasa penumpang perlu melalui pemeriksaan imigresen. di situ terdapat kaunter beserta pegawai bertugas dan perkhidmatan self service yg menggunakan scanner. ada sekumpulan mak cik malaysia yg mungkin dlm lingkungan 40-an yg br sampai memilih untuk menggunakan perkhidmatan layan diri tersebut. mereka hanya perlu scan pasport sendiri yg mungkin hanya mengambil masa 2 minit untuk selesai.

tetapi berlaku sedikit gangguan pada scanner tersebut menyebabkan palang tidak terbuka. mak cik pertama tuh pon cuba berkali2 dgn gigihnya sambil dibantu oleh kawannya yg juga mak cik. percubaan itu berlangsung agak lama juga sehinggalah sampai giliran kami yg beratur di kaunter. apa yg pelik tidak ada pegawai MAS pon yg dtg membantu menyelesaikan kekalutan itu walaupon jelas berlaku kekecohan. pegawai2 yg bertugas di kaunter pula semacam x perasan atau saje2 buat bodoh. pada hal jam baru menunjukkan pukul 8.00 mlm, takkan la xde pegawai lain yang stand buy dkt2 kaunter self service tuh.

tapi sy tabik spring pada mak cik pertama tuh, kerana akhirnya dia dtg kepada pegawai di kaunter tempat saya berurusan bertanyakan tentang scanner tuh. agak2nya la, kalu kita di tempat mak cik itu, apa yg kita akan buat? may be most of us akan patah balik dan carik kaunter yg ader pegawai jer kan???

b) lokasi: restoran, pasar raya
peluang ini jgk digunakan sepenuhnya untuk merasa suma makanan yg teringin nak makan dan tak dapat makan. bersemangat memilih lauk pauk n makanan, bila sampai di kaunter nak bayar jer terbantut selera tengok muka kakak tuh. dah la masam, mukanya jugak memaparkan segala kepenatannya hari itu.tercari-cari jgk segaris senyuman di wajahnya, tapi x jupa. alahai, dia x suka ker aku beli makanan dia nih? sudahla, malas nak ulas pasal slogan customer first!

begitulah jgk ceritanya masa membeli belah di beberapa pasar raya sekitar jb n kt. sukar mencari muka2 ceria sang pekerjanya, yang ada muka penat dan kening berkerut saje. penat sangat ker? bukankah memang itu kerja mereka, dan itu jer yg mereka kena buat?

kalau di jepon, masuk saje mana2 kedai kita akan disapa mesra, mulut mereka tak henti2 mengucapkan selamat dtg kepada setiap customer, walaupon dtg hanya utk tgk2 saje. slogan customer first mmg dipraktikkan seoptimumnya. itu blom lg mulut cashiernyer yg bising menyebut harga setiap item yg kita beli. mula2 mmg pening kepala dan kelakar, nampak mcm poyo pon ader. tapi at least kita sebagai customer rasa diri dihargai, kerana kitalah yg akan membeli barangan jualan mereka.

malaysia nan indah.
a)lokasi: R&R PLUS Seremban
dulu masa muda2, selalulah outing di bandar jb bersama kawan2. sebutla mana2 shopping complex yg kami x penah singgah, sebutla mana2 cinema yg kami x penah lepak. pendek kata habis dah satu jb kami ukur luas nya. dan bila dah beronggeng tuh sampai lewat, sembahyang kami pon di surau2 shopping complex tersebut la. disebabkan dulu malas bwk telekung, kami belasah jer telekung wakaf di surau complex. bukan setakat rupanya yg kurang menyenangkan, baunya pon x selera untuk dihidu. jadi apa yg sy buat ialah, setiap kali nk pakai sy akan tarik nafas dalam2 dan tahan sampailah kepala saya masuk ke dalam lubang telekung itu.he3x
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
selesai urusan di KLIA, destinasi seterusnya ke Kulai. Berhenti di R&R Seremban untuk sembahyang dan dinner. suraunya memang cantik, open air dan dikelilingi tumbuhan hijau. tetapi keadaannya tidak terurus, kain telekungnya selain masih berkeadaan seperti 10 thn dulu juga bersepah atau digantung tidak kemas. tidak sanggup lagi untuk menyarung telekung yg sudah kelabu asap warnanya. mujurlah, sy berstoking. jadi saya bersembahyang tanpa telekung, hanya dengan baju biasa yg menutup aurat seperti yg biasa kami lakukan di jepon.
soalan saya, sapa yang bertanggungjawab menjaga kebersihan kain telekung nih? pihak PLUS atau pihak lain? kalau bukan pon di PLUS, keadaan telekung masih sama juga di kebanyakan tempat wakaf yang lain. mungkin ada yg membasuhnya, dan mungkin kalu sudah 1000 org guna begitulah jadinya. tapi kenapa keadaanya bersepah? bukankah yg sembahyang itu islam?

b)lokasi: sungai
saya: kat mana nak buang diaper nih, mak cik?
mak cik Q: letak jer kat situ, nanti mak cik buang kat sungai.

errkk.. sungai?? untuk kesekian kalinya saya mendengar jawapan yang sama, tapi tiada kekuatan untuk berkata2. mungkin sebab ada pertalian saudara? alahai..susahnya untuk berkata membetulkan sesuatu. mungkin selepas ini kot. bila? 3 tahun lg? penuhla sungai tuh dgn sampah kalau nak tunggu sy balik 3 thn lagi isk, isk, isk..itu br mak cik Q sorang, mak cik2 yg lain mcmana?mengikut cerita mak cik Q, dulu banyak buaya timbul di permukaan sungai, satu pemandangan biasa. tapi kini, tidak lagi..mungkin agaknya sungai sudah terlalu kotor, buaya pon tak hingin timbul lagi.
Sungai tuh warisan untuk generasi akan datang. bukannya tiada sampah langsung di jepon, tapi bila balik malaysia sampahnya yang bersepah obvious betol! sanggup dan selesakah kita hidup dalam lingkungan sampah sarap dan bau busuk? masyarakat kita terlalu ambil mudah suma perkara, tidak berpikir panjang. Kesedaran yang semakin kurang atau tiada langsung kan?

Comments

lady zaini said…
ada lagi orang yang buang kat sungai yer? huhu~
Idayu said…
z, ader n masih banyak lagi.terukkan?
fara said…
wow fara suka bab pasaraya kat jepun. ustaz yg bagi ceramah dulu pon pnah cerita betapa mesranya mereka layan pelanggan. sampaikan cara mereka mcm akad dalam jual beli pon ada..
Idayu said…
fara,
haah, betul tuh..customer rs dihargai jer.:)

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing