mazhab

semenjak dua menjak nih, terasa malas sgt nk baca surat khabar. mentang2 la bercuti, rasa mcm nk bercuti drp mengetahui semua benda yg menyerabutkan kepala. tapi si dia rajin membaca, mendengar, bercerita, menerang dan ajak berbincang. sengaja menimbulkan masalah, memancing otakku yg semakin berkarat nih utk sama2 berfikir dan mencari sesuatu penyelesaian atau kesesuaian?

berita penahanan seorang alim ulama terkenal yg pada mulanya ditahan tanpa pertuduhan, benar2 memalukan. yag ditahan orang islam, yg menahan pon orang islam, kedua2 pihak sangat arif dan ahli tentang agama islam. sebab2 tersirat yg membawa kepada penahanan itu, rasanya pon semua org dah tahu. bukan setakat kita yang tak berapa arif tentang agama nih pelik,bahkan org2 bukan islam termasuk kafir pon bergelak ketawa melihat insiden ini.

perselisihan pendapat dalam agama memang ada, tetapi yang kita tak faham kenapa sampai berlaku pertelingkahan begini? kebenaran memang pahit, tetapi harus dinyatakan. bukankah bermesyuarah lebih baik? mazhab itu berbeza kerana setiap satunya wujud mengikut kesesuaian masa, tempat dan keadaan pada waktu itu. bukankah islam itu mudah dan indah?

kalu kita di malaysia, di mana keadaannya sangat mudah, tiada darurat dan kemudahan ada di mana2, perkara ini tidak menjadi 'besar'.

tetapi kalu kita di tempat lain, di negara bukan islam misalnya di mana keadaan cuacanya sejuk melampau, susah mencari masjid atau tiada langsung, pilihan makanan halalnya sedikit, anjing berkeliaran di merata-rata tempat, maka perkara ini menjadi sesuatu yang 'besar'.

kadang2, kalau terlalu darurat kami pon melakukan *ibadah sekadar yg termampu kerana kami amat pasti yang Allah itu maha mengetahui, maha penyayang lagi maha pengampun..

*ibadah= perkara2 yg dilakukan kerana Allah
p/s: saya cuma bersekolah agama pondok shj.


Comments

Qimy said…
nape aku rasa mcm pian yg tulis entry ni..hik3
Idayu said…
qim,
apsal?serius sgt ker? hehe sesekali nk jdk ustazah, pe slhnya.dia nk bukak google acc pon tatau la ha3x

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing