iPhone oh iPhone...

Entry nih ada lain sket, rasa terkinja-kinja nak post entry nih sejak petang tadi lagi...:P

Hubby dan saya bukanlah orang yang obses pada benda-benda berteknologi canggih n terkini mcm home audio video or handphone. Di rumah kami dulu tiada set home theater, TV pon cuma brand philips 21" hadiah daripada abang sempena perkahwinan kami 7 tahun dulu. TV tuh pernah rosak sekali, berjaya dibaiki so tak merasalah beli tv baru. DVD player pon yang cikai punya, made in China. Cukup untuk khaleeda tengok cd2 nursery songs. Lepas khaleda main bukak tutup, bukak tutup player tuh pon rosak akhirnya.

Macam tuh jugak la dengan handphone. Merasa pakai handphone sendiri lepas masing-masing bekerja. Brand Nokia 310, line Maxis. Masa tuh,sms hanya boleh digunakan untuk line yang sama saja mcm from maxis to maxis or from celcom to celcom. Saya beli handphone pun untuk memudahkan boyfriend (pada masa itu la:P) menghubungi saya, setelah jenuh kami meminjam handphone room mate. Maksudnya, dia call room mate saya, setiap kali nak cakap ngan saya disebabkan saya tak de handphone...noktah!

Selepas itu, berkali-kali jugak ler kami tukar handphone tapi masih handphone yang biasa2 saja, yang penting boleh call n sms. Tak berminat? Entah la, rasanya duit tuh boleh diguna untuk benda2 lain yang lebih penting. Kalau banyak sangat duit lebih, boleh jer kot! Yang pasti saya n hubby memang seia sekata dalam bab ini. Di kalangan kawan-kawan dan adik-beradik, handphone kami lah yang paling cikai n low class. Even handphone emak n ayah kat kampung pon lebih canggih daripada handphone saya! Tetapi, yang lebih penting kami pakai line, so tak payah pikir pasal kredit dah abis or nak kena top up ke apa. Tak macam adik saya or kawan-kawan yang handphone nyer canggih manggih tapi tak de kredit sokmo! :)

So, ini lah handphone terakhir kami sebelum datang ke Jepon.


iphone 007


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ini handphone pertama kami di Jepon. Canggih? Boleh la, tak pernah pon merasa handphone mcm nih kat msia dulu. Jangan tak tahu, inilah antara handphone yang murah yang ada dalam katalog masa hubby mula2 nak beli handphone tuh. Handphone sharp harga 14000 yen. Hampir semua warga Malaysia kat sini pakai line softbank, so kalau tepon n sms percuma from 1.00 pg-8.00mlm utk seluruh Jepon.

phone2

Tapi skang nampaknya, kedua-dua handphone nih akan dihadiahkan kepada khaleeda(dibuat main) n fareeha(untuk dibaling-baling), sebabnya???

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan mulai petang tadi, inilah handphone terbaru kami. Tak pernah termimpi nak memiliki iPhone. Softbank tengah buat promotion skang nih sebab nk kuar iPhone model baru tak lama lagi. K ebetulan pulak pelan handphone kami pun dah nak habis, so apalagi..alang-alang duk kat sni bila lagi nak merasa teknologinya yang canggih kan? Lagipon monthly charges nya lebih rendah daripada handphone lama,(rm80 jer) plus kami tak perlu bayar apa2 utk harga handphone.

iPhone 3G, 8Gigabyte dengan screen sesentuh. Kat Msia pun baru msuk iPhone, tapi kena ikat kontrak ngan Maxis,rm350 sebulan x 2thn(kalau x silap). Tapi kalu nak compare harga, kat sini of course jauh lebih murah compared to Msia.

Teruja bila pertama kali menyentuhnya, nampak gaya kena ghajin2 explore untuk guna application yang ada. Herm..ibarat beruk mendapat bunga..tolong jangan sambung!!!

iphone 005

iphone 006

iphone 003

iphone

Comments

lady zaini said…
berpinau bijik mata tengok ke'shining'an kotak iphone tu. hehe..sepasang lak tu, bestnya...
teringin..sangat teringin.
tp nntila tunggu harganya kt mesia jatuh sampai rm400 ke bwh..hihi :P
Qimy said…
pasni dah leh surf internet thru iphone..silap3 korang tepaksa guna balik henpon lama sebab fareeha n khaleeda nak tgk youtube kat iphone hikhikhik..
RuHiL said…
waa..! cun tuh.. i like..!
Suhaila Tahir said…
demam iphone melanda nagaoka nampaknya...hehehe
tido mlm td mesti sengih mcm kerang b*c*k *kwang kwang kwang
Idayu said…
zacque,
haah, itu la pasal. kat msia mahal, kena tunggu 2-3 thn lagi kot murah sket:)
Idayu said…
qim,
awal2 pian dh bitau 'kita guna yg basic2 application jer'..mcm x pkai iphone kn?kikiki. nnti pndh umh br bole ler guna wayarless plak.
Idayu said…
ruhil,
i also like. tp yg 16G nyer lg cantik, colour white lagi.
Idayu said…
su,
mcm kerang busuk? iya la kot, x pasan ler..maklum ler penat berkampung kat office softbank smalam.tp, pg2 tadi dh bngun, copy number phone kwn2:P
Anonymous said…
wow.. dh pakai iphone si ayu & cik pian kite.. sy pye hpon pun lama dh xcas.. mcm xbguna jer hpon bile duk cni..
Idayu said…
liza,
ooh iya ker? kat sni bnyk gak kwn2 msia yg nk dicontact:). iphone nih bole pkai kt msia jgk.
Ummu Aqil said…
caya ahh ayu...sambar 2 sekali tu...hehehe...
dah install ape dah?masuk ahh iqiblat ngan iquran...syok gune tau...
Idayu said…
aishah,
tak aci ler kalu hubby sorag pkai..kita pon nk gak.kikiki..x install apa2 pon lg..nih pon terkial2 nk guna..nnti kita blaja ngan awak ler:)
Ummu Aqil said…
boleh aje...tp takde ahh pandai mane pon...tau install yg free yg byr kite pejam mata...hubby je yg settle...ahaks...
mis said…
hebat mung! hebaaaaatttttt!!!!! hahahaaaaaa
Idayu said…
mis,
kalu mung nk ghasa kehebatangnyer, meh maghi sning ar..murah beb!
Idayu said…
aishah,
tu ler..pian pon ckp kita pkai yg basic2 jer la...kalu ader free pe slhnyer..nnti kita xplore ek

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing