Terima kasih Cik S!
Terpegun dan terharu dengan sikap bertanggungjawab Cik S. Dia bukan sesiapa, hanya guru sekolah rendah biasa dan yang lebih membuatkan saya kagum lagi bertambah pelik dia berbangsa India dan sudah tentulah beragama Hindu. Tetapi sikapnya sangat berbeza dengan kebanyakan Melayu yang sah-sah beragama Islam dan memegang kuasa untuk melaksanakan dasar dan menguatkuasa undang-undang. Setelah mengesan, katanya dia telah memberitahu pihak sekolah dan beberapa guru agama lain di sekolah sama. Tidak cukup dengan itu dia juga menghubungi pejabat agama islam untuk memaklumkan tentang "penemuannya" yang dianggap serius. Tetapi katanya juga dia merungut kerana tidak mendapat respon yang cepat daripada pejabat itu. Beliau seterusnya menghubungi pejabat-pejabat lain termasuklah Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat. Sedar aduannya itu tidak mendapat respon yang diharapkan, dia lantas menelefon penulis akhbar dan juga pendakwah Ridhuan Tee Abdullah. Melihat kepada...