karat
pertapaan yang begitu lama, membuatkan otakku semakin berkarat. pemikiran juga semakin tidak fokus selain terasa di awang-awangan.
betapa teruknya saya menggambarkan keadaan diri dan minda ketika ini. selalu lupa dan tidak peka kepada isu di sekeliling. ibarat katak di bawah tempurung
teknologi berubah setiap hari, malah mungkin setiap minit dan saat. maka boleh tak kalau saya katakan ilmu agama juga perlu sentiasa digali dan dipelajari setiap masa. setakat ilmu sekolah pondok yang saya pegang sejak sekian lama dulu, rasanya banyak yang compang camping dan perlu diperbaiki. dulu, saya pegang kenyataan "jika kita berpuasa wajib contohnya qada' puasa ramadhan pada hari yang kebetulan sunat berpuasa contohnya isnin, maka kita akan dikira memperoleh kedua-dua pahala berpuasa iaitu puasa wajib dan puasa sunat sekaligus". atau "jika kita qada' puasa di bulan syawal selama 6 hari, maka kita juga akan memperoleh pahala puasa 6". tetapi ternyata pegangan saya sekian lama itu tidak tepat.
di sini saya sertakan jawapan sebenar kepada persoalan tersebut yang dijelaskan oleh DR MAZA:
Berdasarkan aturan ungkapan dalam hadis ini, maka yang terbaik seseorang yang mempunyai qada puasa Ramadan, sebaiknya hendaklah menyelesaikan qada (gantian) Ramadan dahulu kemudian diikuti enam hari pada Bulan Syawwal. Jika tidak berkesempatan lalu berpuasa enam dahulu dan qada selepas itu, mudah-mudahan amalan itu tetap diterima Allah kerana secara umumnya dia menunai keduanya, cuma tidak berdasar susunan sahaja.
untuk rujukan sila ke sini
kita sebaik-baiknya menyelesaikan yang wajib terlebih dahulu, barulah diikuti dengan ibadah sunat yang lain. Soal sama ada puasa qada' kita selama 6 hari di bulan syawal turut dikira sebagai pahala puasa 6 adalah atas urusan Allah.
sebenarnya banyak lagi perkara-perkara agama yang telah disalahtafsirkan dan disalahmengertikan oleh masyarakat terutama saya. disebabkan pegangan awal yang terpateri begitu lama, saya menjadi begitu degil setiapkali En S ajak berbincang atau lebih tepat membetulkan perspektif lama tuh. betul-betul dalam kepala ada batu!
berbalik kepada otakku yang semakin berkarat, di sini disertakan 4 petua imam syafie untuk menajamkan fikiran iaitu tidak banyak berbual kosong, rajin bersugi, bercakap dengan orang soleh dan bergaul dengan para ulama.
manakala 4 perkara yang menajamkan mata ialah:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
dan 4 perkara yang merosakkan mata pula ialah:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangkan kiblat
p/s: ada sesapa ada petua untuk melembutkan kepala dan hati?? * sigh*
yang nih gambar-gambar masa kami ke anpanman museum arituh

Comments
akak pun pi anpanman museum..hehehe,kami pi jugak time raya aritu..seronokkan anak2 bile pi sana..
pgi jgk ker? haah bdk2 sonok la..mak bdk nih penat nk melyn.
ita,
mmg, akk pon x mula lg posa ganti nih...tgh amik mood ha3x