Bandai bashi

ini projek lukisan yang telah lama siap dan tertangguh untuk dimasukkan di sini. 
bandai bashi
Bandai Bashi, ialah jambatan yang melintangi sungai shinano di Niigata yang dibina pada tahun 1929.  Ia menjadi antara Important Cultural Properties of Japan dan sangat penting seterusnya menjadi kebanggaan rakyat Jepun.

Fikir saya, sempatlah saya mengupdate blog sekerap mungkin, tetapi ternyata masa-masa ramadhan begitu menghambat.  Mungkin dengan masa tidur yang kurang dan kesibukan menyediakan juadah berbuka di samping keletihan menjalani ibadah puasa menjadi kekangan untuk saya berlama-lama di depan pc.

Berpuasa kali kedua di perantauan, kami menjadi semakin biasa dengannya.  Tiada lagi pasar ramadhan yang menyajikan juadah enak-enak di depan mata.  Semuanya perlu disediakan sendiri, termasuklah kuih muih yang menjadi menu wajib untuk difikirkan setiap hari.  Pada hujung minggu, kami masih meneruskan tradisi berbuka puasa beramai-ramai di mana makanan disediakan secara gotong royong mengikut kumpulan memasak yang ditetapkan.  Tetapi malangnya, hanya segelintir warga thailand, indonesia dan bangladesh yang turut serta.  Kebanyakannya warga Malaysialah yang sememangnya menjadi majoriti dalam kebanyakan acara membabitkan hal agama di sini.  Bukti kukuh betapa rapuhnya ikatan persaudaraan Islam antara kita.


Di sebalik berita-berita sejuk dan gembira yang saya dengar tentang kemampuan anak kawan-kawan dan anak buah yang ramai berpuasa penuh kali ini, anak saya Khaleeda masih berpuasa separuh hari.  Namun tahun ini, dia kelihatan sedikit gagah dan berusaha untuk melakukannya.  Saya masih menggunakan pendekatan seperti yang dicadangkan oleh kawan-kawan dalam entry terdahulu(tq kak azie), iaitu mula berpuasa selepas tengahari supaya dia dapat sama-sama merasai kegembiraan waktu berbuka nanti.  Biarlah dia melalui proses ini secara sedikit demi sedikit, yang penting dia punya semangat untuk mencuba kerana berpuasa di persekitaran yang sememangnya tidak membantu dan cuaca panas terik pada musim panas kali ini sememangnya cukup menguji.  Saya cukup tersentuh bila fareeha menyuakan makanan ke mulutnya, dia menjawab " tak boleh, kakak puasa".  


Mood raya di sini sememangnya tiada langsung.  Tiada lagu-lagu raya berkumandang, tiada kuih-kuih raya yang berlambak dijual di bazar, tiada langsir baru, tiada perabot baru malah tidak perlu susah payah menyediakan duit raya.  Persiapan raya kami juga ala kadar sahaja, kuih-kuih raya telah selamat diterima daripada emak dan baju raya kami kali ini cukup istimewa hadiah daripada ayah.   Selebihnya cuma mungkin sedikit juadah istimewa(?) di pagi raya.  Sangat simple dan tidak membazir kan?


Disebabkan tiada kad raya dijual, saya cuba menyediakannya sendiri dan akhirnya kad-kad tersebut berjaya dikirim ke Malaysia dan harapnya sampai sebelum syawal menjelma.
kad raya
seperti orang lain yang berlumba-lumba mengejar ganjaran ramadhan, saya berusaha untuk melakukannya lebih baik kali ini.  mungkin daripada segi ibadah puasa dan sembahyang, amalannya dapat dipertingkatkan.  tetapi satu-satunya ibadah yang cukup payah dan dipandang mudah ialah menjaga hati.  Kali ini saya berusaha menjaga hati dari melakukan maksiat hati seperti berburuk sangka, dengki dan iri hati, antara maksiat yang dilakukan tanpa sedar, nauuzubillah.  antara pendekatan yang diambil mungkin dengan kurang bercakap, kurang berjumpa orang dan kurang melayan fb(??).  Pesan suami, selalulah berlapang dada dan ikhlas. InsyaAllah..

Sehingga berjumpa di entry yang lain, entry raya mungkin, Selamat Mencari Malam Lailatur Qadar..

Comments

Salam.. Kak ayu lama tak post entry... Rindu.. Sikit lagi je nak habis puasa... Kami pun persiapan biasa2 je.. Hanya mungkin raya di embassy kali ni
Idayu said…
ita,
busy sket hehe. bestnyer raya kat embassy, bnyk mknan! kami beraya di kpg nagaoka jek..meh la dtg main snow fuyu nnti.
MyBotanG said…
Ayuuuu..Both Im and I really admire your recent art work.. wow!! well done my friend.. I agree with you on 'menjaga hati'.. i suppose the best way is keeping a low profile.. and hopefully this habit boleh berterusan even selepas Ramadhan nnt.. amiin..
Idayu said…
mybotang,
hehehe tq..abg im, tq...

tuh la, nak bersih2 kan hati..lalalala..gud luck utk kita berdua.
Kamalia said…
salam akak..oo,akak raye kat nagaoka ye?kami turun embassy,sbb kat sini org mesia adelah cmpurkami satu family 7org je..hehehe..nak pakai kan ank baju raye pun malu nnt..igt akak turun skali,kot x bole je jumpe..bestnye everyweeknd ade msk2 n brbuka same2..kat sini,kot nak buat cmtu,sayela yg jadi tukang masak..boring,setiap ari kena mkn masakn sendiri..hik3..
selamat hari raya dari kami sekeluarga..:D
Idayu said…
kamalia,
x la, kami beraya di kpg nagaoka jek...meriah sama mcm kat mesia jugak! meh la dtg sni..rasanya mmg x akan penah beraya kat embassy kot.

mmg best, weekend bole goro-goro di rmh sbb x pyh msk..sonok sgt sbb ader org tulun mskkn.

maaf zahir batin yea..
misuarina said…
ayu, selamat menyambut hari raya aidilfitri utk ko sekeluarga. maaf atas segala salah n silap. semoga ceria2 sokmo! ^_^
Idayu said…
mis,
sama-sama mis. selamat bergumbira di rumah baru!
maafkn salah silap, halalkn mkn minum yea..
Ajzie said…
salam aidilfitri. maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.
Idayu said…
kak azie,
terima kasih, sama-sama lah kita. maaf zahir batin yea n semoga bergembira beraya di german.

p/s: lamanyer x update blog kak??
Ajzie said…
Tutup terus la Ayu.. Malassss..
Idayu said…
kak azie,
ala...mcm tuh ker? xde brita dr german la pas nih:(

Popular posts from this blog

anjing

fuji san