Wanita oh wanita

Sepanjang minggu lepas, fareeha tak berapa sihat. jadi 3,4 malam tidurnya tidak lena, menangis, merengek dan gelisah. jadi, sepanjang masa tuh jugaklah tidur saya terganggu. bila bangun jer pagi rasa pening, nak pitam dan sakit2 badan. maklumlah orang tak cukup tidur. sakit2 badan pulak sebab tidur mengereng menyusukan dia. kadang2 bila dh penat sangat mengadu(merungut??) dgn hubby, mntk tlg picit2kan badan. dan semalam baru ada masa baca email yang dah bersarang dan berkulat dalam inbox tuh. bila sampai satu email tuh, terkedu dan bergenang air mata bila membaca.....

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Ya Allah, betapa dhaifnya hambamu ini. bukan tak tahu, tapi kekadang kita lupa dan leka. bila kebaikan itu diperincikan sedemikian rupa, terasa betapa kecil dan hinanya diri ini. memang tidur saya terganggu, memang saya berjaga melega dan menenangkan dia, memang saya menyusukan dia sepanjang ketidakselesaan itu..tetapi sejauh mana mamamu ini redha dan ikhlas melakukannya, saya sendiri tidak tahu. agak2nya apa lah yang saya dapat sepanjang minggu itu melainkan penat dan ngantuk yang pastinya??

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

saya mengandungkan khaleeda ketika berumur 26 tahun. truly speaking saya tak de apa2 knowledge pasal susu ibu or breastfeeding. selepas disahkan mengandung, bulan ke3 mula buat monthly check up di hospital. dan sejak itulah saya didedahkan oleh nurse2 dan bidan2 hospital tentang kebaikan susu ibu. setiap kali check up, bidan2 tuh akan explain satu persatu, everything pasal breastfeeding dan selama 9 bulan tuh tertanam lah tekad yang bulat di hati ini untuk breastfeed baby sendiri walau apa pun yang berlaku.

selepas khaleeda lahir bermulalah episod breastfeeding ini. Alhamdulillah, tuhan permudahkan dan air susu pun banyak. bila mula bekerja, khaleeda akan minum susu perahan yang disimpan dalam peti sejuk. saya menyusukan dia sehingga umurnya 3 tahun lebih, itupun berhenti sebab mengandungkan fareeha.

daripada segi fizikal dan spiritual, saya dapat pastikan memang dia anak yang sihat, antibodi memang kuat jadi susah nak demam atau terkena penyakit. dia juga anak yang cerdas, aktif dan mudah menerima sesuatu. hubungannya dengan saya memang intim, susah untuk berpisah walau sekejap, kedua-duanya gembeng! saya juga kembali kurus selepas bersalin dengan hanya menyusukan dia secara istiqomah.

tetapi daripada segi ibadah, sekali lagi saya tak pasti. apakah pengorbanan atau penat lelah saya selama 3 tahun itu boleh dikira sebagai ibadah selepas apa yang saya lakukan. walau pun semuanya dengan kehendak sendiri, saya kerap merungut bila badan sakit2 dan lenguh2 kerana tidur mengereng, pernah menangis dan mencubitnya bila dia sudah pandai mengigit(sakitnya tuhan saja yang tahu!), membebel bila baju2 sayu renyok seribu selepas menyusukan dia.

dan kesedaran ini terdetik sekali lagi apabila terbaca email yang sama....

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Duhai hati redha dan ikhlaslah...sesungguhnya pahala menanti setiap amalan yang baik itu.

Comments

mis said…
aku pon sama.. slalu merungut lenguh, asik2 nk 'bergayut'.. ntah dpt ke x pahala.. dpt penat je kot.. adoiilaaa..
Nur said…
tq ayu sbb sedarkan aku ni ha..aku pun selalu merungut sakit bdn masa nyusukan yana dulu...bila baca entry ko,ha kena se-das....
RuHiL said…
huhu.. saya plak kak ayu.. sejak kebelakangan ni slalu gaduh ngan aishah nak stopkan die breastfeed.. yela perut pon da besar n susu pun da tade tuk die.. tp kan btol lah agak nya.. Allah tu maha kuasa.. cukup je umur die 2 tahun ari tu.. langsung die tak mintak dah.. patutnya saya takyah la nak susah2 ati sebelum tu.. n marah2 die suh berenti susu.. sian kat die.. die pun tahu hak die takat mana rupanya.. skang ni mmg langsung die taknak dah.. patutnya kita redha je kan.. sebab sesuatu tu dah ditetapkan..
Idayu said…
mis,
iyalah bila penat, suma lupa..so skang kita kenala ikhlas2 kan diri ek .berazam jd mama yg lebih baik, insyA:)
Idayu said…
nur,
aku bukan setakat se-das, berdas2 kena haha. org pegnant pon bnyak pahala, so redha n ikhlas lah yea cik nur!
Idayu said…
ruhil, ooh yea ker? mesti sedih masa aishah mula2 wean off tu kn? dulu pon mcm2 cara nk bentikan dada, last2 bila pregnantkn ari, susu tuh yg sendiri benti.dia pon ckp susu dh abis, x nak lagi da..masa tuh sedih sgt2..tp kejap jer 'cuti', kuar si kecik, bertugas blk ler kilang ku ini..hehe
RuHiL said…
sian gak kat aishah tu mula2.. tp da 2 mggu ni, sejak kami sekeluarga baik demam.. die pon dah pandai sangat mintak fresh milk isap ngan botol.. siap nak campur perisa coklat plak tu.. lega gak jd nya.. pastu yg daniell pon automatik berenti isap botol.. cam ajaib je.. tp tu la kan.. Allah tu lebih mengetahui dan maha kuasa kan..
Idayu said…
ruhil,
haah..kita jer yg x brapa nk bersabo hehe...bnda2 mcm nih mmg sensitif,ada kwn tuh ms pegnant ckp x moh breastfeed ank, sekali bersalin mmg x kuar langsung susunya.jd, cara terbaik berdoa lah, tuhan dengar sumanya.kita dh cuba bagi yg terbaik utk ank2..
bagus jgk aishah dh stop sndri, lgpon bby kat dlm kena jaga jgk kan?

Popular posts from this blog

Thank you Allah.

anjing