Posts

Showing posts from June, 2010

getting kids to eat vegetables

Image
siapa yang suka sayur? rasanya memang lebih ramai yang tak suka daripada suka.  saya pun sejak-sejak dah 'dewasa' nih jer baru gemar sayur.  being a mother, it is my conscious to ensure the kids to eat more veggies or at least have some green nutrition in their daily meals. and of course getting the children to eat veggies is often a battle. i'm trying hard to persuade them to eat by telling "all the good stories behind" but it seems failed. me:  mama letak sayur dlm jemput-jemput ni ya? dada: kalau sayur tak rasa bole la. sayur tak rasa is either daun sup or daun bawang yang dipotong dengan sangat-sangat kecil.  kalau ada hirisan bawang, dia akan siang jemput-jemput tuh sampai lunyai hingga takde satu hirisan bwg pon! kalau saya sudukan dia mee sup or makanan yang ader sayur, even sudu tuh dah nak masuk dalam mulut dia pun mata dia masih tajam check kat dalam sudu tuh ada sayur ke tak.  last-last dia hanya pilih part yang takde sayur jek .tension! b...

Oguni

Image
i've told her several times that we can't eat meats and drink any kind of alcohol. yet, when we were there the food served was sushi rice bowl, it was some kind of sushi with salads and slices meat over a bed of steamy rice served in a big bowl.  the other side dish made by my Chinese friends which is called gyoza was also have meat in it. so, i just smiled to hubby and we knew that we will get starved that afternoon and the only food that we can eat  was my yummy karipap. sushi rice bowl also known as 'sushi malas' gyoza after the 'kanpai' ceremony (equivalent for "cheers!"), the lunch started.   "make yourself at home, please take anything you want" said Hara san, 62 years old.  noticed that we just stand still with the mango juice in hand without touching any food though, she began to take some bowl to gave us when i finally reminded her that we cant eat meat. " ooh, i totally forgot about that", she said with her guilty face. ...

facebook vs blog

Image
dulu masa mula-mula nak berhijrah, saya ada sms kawan-kawan beritahu tentang pemergian kami ke sini.  reply mereka," ada facebook tak? if ada add aku yea!" . apa kebendanya facebook tuh? almaklumlah, di malaysia masa tuh internet bukan satu keperluan.  masa tuh tahun 2008, apabila di sini kira bermulalah episod facebook saya dan suami. tidaklah sampai gila, seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, tapi cuma beberapa kerat jer sebab benda nih masih baru dan belum ramai yang terjebak dengannya. sekarang nih mood untuk berblogging agak kureng, salah satu sebab utamanya ialah kawan-kawan yang sama-sama aktif berblog dulu pun semakin sunyi. lihatlah bloglist kawan-kawan saya di sebelah kanan  blog nih, ada yang dah berbulan-bulan menyepikan diri. masih hidup...dan sebenarnya mereka masih aktif, tetapi di tempat lain iaitu facebook! kawan-kawan yang menjadi sumber inspirasi saya untuk berblogging dulu pun blog mereka nampaknya semakin dipenuhi lalang dan semak samun. ...

funny fareeha

Image
these are among of fareeha's favourite books. she kept read and study the books until now that she can really recognise some of the animals and fruits name. the funny things happened when it comes to this page, me: what's this? fareeha: mouse... then she pointed to her mouth and said "onaji...onaji".. m-o-u-s-e  and  m-o-u-t-h , are totally two different thing, but to her may be the pronunciation sound similar or mama also dont get the exact idea of it! onaji is 'same' in japanese language. she also can say the abc until z with the correct rhythm, yes-with-the-rhythm-correct-only but most of the letters still sounded blurred and miserable.  but its fine with me, as long as i can still feel the melody of it.*sigh* . again, when it comes to letter I, she will automatically pointed out her finger to her eye, to show how good she is  at tracing things with the same sound. last weekend, we went to a park nearby to have some picnic w...

waterfall

Image
This is my work in progress, painting on waterfall picture. and the drawing will be soon complete, InsyAllah.

menambah zuriat??

Image
sebelum datang ke mari, mak ngah saya ada berpesan" jangan ada anaklah ya kat sana". rasanya lately, ramai sungguh yang tanya soalan " tak nak tambah ahli keluarga ker?". iyalah, duduk bercuti lama kat sini, daripada goyang kaki lebih baik tambah zuriat kan? tapi itu pendapat orang, saya dan hubby ada pendapat dan perancangan sendiri. setiap pasangan ada masalah masing-masing dan hanya pasangan itu sahajalah yang tahu. bagi saya, anak adalah sesuatu amanah tuhan yang sangat berharga dan perlu dididik dengan sesempurna mungkin. ia bukan sahaja memerlukan persediaan mental tetapi juga fizikal yang rapi termasuklah soal kewangan dan kesihatan tubuh badan. saya mahu mencurahkan sepenuh kasih sayang, termasuklah soal penyusuan badan, dan didikan kepada anak tersebut, sehinggalah saya rasa saya cukup kuat dan bersedia untuk menambah lagi zuriat dan si kecil pula cukup mendapat apa yang sepatutnya dia perolehi dalam usianya yang masih kecil itu. sesungguhnya hanya k...

Gandaan Pahala Sedekah

Image
Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut: 1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah. 2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan). 3. Sedekah yang diberi balas...

memandu di jepun

Image
berpeluang memandu kereta di sini, nagaoka khasnya dapat dilihat beberapa perbezaan yang begitu ketara baik daripada segi sikap atau keadaan fizikal. Selain keadaan jalan yang kecik dan sempit yang memerlukan kita supaya lebih berhati-hati, warga tuanya juga masih aktif memandu. kenderaan yang dipandu golongan emas ini selalunya dilekatkan dengan sticker berwarna oren-kuning, selain memandu dengan perlahan terjadi juga kejadian bilamana pak cik nak belok kanan bagi signal kiri! adussss.. pejalan kaki dan penunggang basikal adalah sangat-sangat diutamakan, di mana-manapun terdapat ruang khas untuk penunggang basikal dan pejalan kaki disediakan. oleh itu, mereka sangat lah sesuka hatinya melintas jalan tanpa menoleh kiri kanan kerana priority memang untuk mereka. jadinya kitalah yang perlu lebih alert dan extra berhati-hati dengan golongan ini. lampu isyarat tiada di kebanyakan simpang empat bukan jalan utama dan kebanyakan simpang juga tiada lampu isyarat untuk belok ke kanan. oleh itu,...