pertapaan yang begitu lama, membuatkan otakku semakin berkarat. pemikiran juga semakin tidak fokus selain terasa di awang-awangan. betapa teruknya saya menggambarkan keadaan diri dan minda ketika ini. selalu lupa dan tidak peka kepada isu di sekeliling. ibarat katak di bawah tempurung teknologi berubah setiap hari, malah mungkin setiap minit dan saat. maka boleh tak kalau saya katakan ilmu agama juga perlu sentiasa digali dan dipelajari setiap masa. setakat ilmu sekolah pondok yang saya pegang sejak sekian lama dulu, rasanya banyak yang compang camping dan perlu diperbaiki. dulu, saya pegang kenyataan "jika kita berpuasa wajib contohnya qada' puasa ramadhan pada hari yang kebetulan sunat berpuasa contohnya isnin, maka kita akan dikira memperoleh kedua-dua pahala berpuasa iaitu puasa wajib dan puasa sunat sekaligus". atau "jika kita qada' puasa di bulan syawal selama 6 hari, maka kita juga akan memperoleh pahala puasa 6". tetapi ternyat...